Sunday 28 December 2008

Merenung Ke Langit


Merenung Langit, aku pernah terbaca dalam satu buku, salah satu saat paling bagus untuk berdoa adalah sewaktu melihat kelangit dan berdoa sambil memuji dan bersyukur dengan kebesaran Allah S.W.T yang maha Esa.

Merenung Langit, aku suka...terasa betapa kerdilnya kita sebagai hambanya.

Merenung Langit, Aku suka...betapa cantiknya dengan warna biru keputihan dan berombak-ombak. Betapa sempurnanya ciptaan Allah S.W.T. Membuatkan aku jadi tenang dan lupakan desiran ombak laut seketika...

Friday 26 December 2008

Mc Vs BONUS

Hmmm... tahun ni rekod paling buruk aku pernah ader sepanjang aku bekerja dengan PLUS ni, apa taknya tahun ni saja dan termasuk hari ni rasanya dah genap 15 hari aku mc, setahun 28 hari...ahakkk saja nak bagi tau, tak nak rasa bersalah sebenarnya...

Padahal aku baru jer mc bulan lepas ni dah mc lagi, bab ni yang tak puas hati ni klu aku boss pun, sure aku tertanya betul ker sakit manjang mc jer...tapi apa nak buat aku memang tak larat pung...

Tu belum plus 4 bulan aku cuti tanpa gaji tu (masa hubby sakit)Jadinya tahun ni kalau wat appraisal, tak lehla nak claim berlebih-lebih,(Tak pernah pun claim lebih2kan selalunya Boss aku potong gak)... ahakkk, tapi tahun ni kena terima jerla berapa yang boss aku bagi...

Tapi kira oraitla tu sebab tahun-tahun sebelum ni aku tak wat perangai pun kerja on time siap pun tak dapat apa pun cam tu juga,...(cam tak iklas lak bunyinya kan)jadi okla tu adilla kan

Anyway aku berterima kasih jugak dgn PLUS, kalau aku kerja kat tempat lain belum tentu aku merasa nak cuti 4 bulan tu jaga hubby aku... silap hari bulan kena hantar surat berhenti lagi...bab tu aku bersyukur sangat-sangat.

Tu sebab aku tak kisah sangat tahun ni, walaupun aku pasti tahun ni aku tak der BONUS... tapi ikhsan PLUS pada aku dan hubby aku melebihi BONUS yang aku dapat...

Kadang-kadang kita kena bersyukur juga dengan apa yang kita tak dapat ahakkk...betul ker ayat aku ni... betulla...

Mungkin aku leh dapat BONUS tahun ni, tapi tentula aku tak dapat cuti tanpa gaji untuk jaga hubby sakit aku hari tu... Dan antara duit dgn hubby aku, mana keutamaan aku? surela hubby aku...

Saturday 13 December 2008

Mahalnya

Hari ni pagi-pagi aku dah gi pasar selayang cari perut nak masak ngan rebung, kebetulan dah sampai area sana aku pun ajak hubby gi NSK jap nak beli barang-barang wat Sandwich esok.

Apa yang mengejutkan aku harga barang kat NSK lagi mahal dari kedai supermarket biasanya, contohnya tuna chuck jenama REX, biasanya kalau aku beli kat TC permata harga paling mahal aku dapat rm 3.20, tu bagi aku dah mahal. Kat TC Permatala paling murah setakat ni Rm 3.10, Apa yang mengejutkan aku kat NSK leh jual Rm 4.++ aku tak ingat plak ++ tu berapa tadi. Mak oi mahalnya yang bestnya kat situ siap tulis lagi HARGA AHLI...biar betul... itu harga ahli ker...

Aku rasa NSK sejak menjak lepas terbakar ni memang mahalla, sebelum ni aku paling suka beli barang kat sana harga berpatutan, tapi mungkin juga pihak NSk nak cover balik harga pengubah suaian selepas terbakar kot tu yang mahal tu.

Thursday 11 December 2008

Mencarut

Ha ni aku nak citer... Ada orang masuk blog aku siap kata lagi aku mencarut, puasla aku duk fikir apa yang mencarutnya... rupa-rupanya lyric lagu Denting tu ayat butuh...

Ha mencarut ker? kelakar pulak aku rasa orang boleh terfikir hingga ke situ. Butuh tu dalam bahasa Indo maksudnya memerlukanla... mengapa fikir yang kuning-kuning tu...

Macam-macam ragam manusia ni, susah nak faham mau pun puaskan semua pihak, tapi bagi aku pula apa yang aku tulis dalam blog ni satu kepuasan bagi aku. Malah tak pernah aku niat nak mencarut pun jadi sesiapa yang terfikir macam tu beristifarla banyak-banyak lapangkan minda yang sempit tu...

My Family Members

Keluarga Abang Yang Sulung



Control Ayu Jelita



Anak-Anak Buah Ngan Mak Sedara



My Pretty & Sweet Sis In-Law



Mother In-Law, Sis In-Law & Maid Kita Orang



Keluarga Adik Hubby Yang Bongsu



Third Sis In-Law



Kakak Ipar Kesayanganku & Family, Ni Kira Yang Paling Rapat Ngan Akula



Ha.. Nilah Kawan Gaduh Aku & Buah Hati Aku Ngan Hubby Nurbatrisyia Hanim

Terasa Hati

Hmmm...sedih..kenapa? sebab Waktu hubby aku sakit duk Icu dulu, tak ada sesapa pun yang temankan aku, malah mak aku datang dari kampung 2 hari jer, tu pun semalam dia leh gi tidur rumah sepupu aku...bila fikir balik macam tak ada masa lain dah nak gi rumah org tu....geram... tapi siapalah aku nak bersuara...

Tapi sekarang ni bila bab adik aku bukan main lagi, bukannya sakit pun cuma alah mengandung, hellloooo... bukan anak pertama dah masuk anak ke 4 pun takkan tak faham-faham lagi. Klu aku cakap mengada marah tapi itulah hakikatnya.

Apa taknya aku terasa hati, adik aku alah macam tu dia duk menjaga adik aku sampai 2 minggu berkampung kat rumah orang tu, tak pula fikir ayam ker rumah ker yang tinggal. Tak pulak fikir rugi dah 2 minggu tak berniaga bila bab aku semua risau...Bila bab aku "sayang Long lama sangat mak tak berjual"

Tapi mungkin betul juga cakap org, anak yang lahir dari rahim kita tu walau macam mana pun tetap tak sama dengan anak org.

Pokoknyakan aku ni cuma menumpang kasih. Kadang-kadang aku rasa aku jer yang beria mengambil hati org tapi orang tak pernah kisah pun apa aku rasa...sedihnya...

Wednesday 10 December 2008

Spoken English in broken english

Spoken English in broken english...haa tu lah aku, jujurnya Bi aku berterabur, Aku ingat lagi dulu masa aku mula-mula kerja hotel minta salt and pepper aku pergi cari surat akhbar.

Minta ketchup (Tomato Sauce) mencanak aku naik tangga gi kitchen cari kicap, tak tunggu lift dah.... hellooo mana ada orang makan kat hotel minta kicap apa punya org daaa...Tapi itulah aku...

Kalau nak diingatkan banyak accident-accident yang memalukan aku waktu aku bekerja dulu, maklumla aku bukan belajar tinggi pun nak faham tu semua lagi pulak aku anak orang kampung yang tak terdedah dengan budaya-budaya luar ni.

Tapi sekarang ni aku kira berbangga dengan diri aku sendiri. Walaupun aku tak sepandai mana, tapi sekarang tak banyak sikit aku faham jugala dan bolehla bertutur walaupun broken, tapi okla dari tak tahu apapun.

Cuma sekarang ni aku ingat aku nak sambung belajar balik nak survay kat British Council dulu. Bukanya apa aku cuma merasakan sekarang ni ianya satu keperluan bukan untuk aku jer tapi untuk anak aku juga.

Rasanya belajar ni tak ada istilah terlambatkan asalkan ada kemahuan dan usaha sikit semuanya boleh insyaallah.

Happy Birthday


Sebenarnya aku dah terlupa pun esok hubby punya Birthday, tapi bila masuk blog Cerana baru teringat kebetulan birthday mereka sama... nasib baik, kalau tak kesian hubby aku, aku leh terlupa...

Tahun ni tak ada sambutan istimewa pun kot, cuma esok ajak dinner jer la kot... apa lagi...nak bagi something pun dah tak tahu apa nak bagi...

Anyway... Happy Birthday sayang moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, kita sama-sama telah diberi peluang kedua untuk terus menimati hidup ini(Hubby baru Baik dari sakit)semoga segalanya berkesudahan dengan baik. Ameen.

Tuesday 9 December 2008

Bengang

Hari raya haji ni sepatutnya happy day, tapi nak jadi cerita sebaliknya pulak...
Apa lagi maid akulah,aku cuma buka mulut sikit jer, cakap rendang dia tak kick kali ni sebab kurang pedas terlalu byk serai sampai terasa serai jer lebih pedas tak rasa.

Aku Cakap mcm tu pun sampai bengkak-bengkak mata menangis. Mulanya aku ingatkan menangis kenapa ingat kampung ke? rupanya menangis sebab tu jer...

Sekarang ni aku peratikan makin mengada-ngada cakap silap sikit mula buat drama air mata naik menyampah pulak aku rasa. Aku rasa aku dah cukup baik pun, bukan cukup dah terlebih baik pun dengan dia, tapi since dia buat perangai macam tu terus terangla lepas ni nomorela aku nak bagi muka.

Lagi satu perangai dia yang buat aku naik berbulu... bila apa-apa resepi yang aku ajar dia dan dia dah expert buat, mulalah dia claim dia yang buat dia memang tau pun. Banyak cantik muka... jadi sejak dah banyak kali terkena aku dah tak ajar dah resepi apa-apa yang aku tau buat.. kalu dia tanya aku buat pekak jer...bukan aku kedekut ilmu tapi dengan orang macam tu payah.

Bagi aku apa aku cakap tu tak jadi kudis pun, aku cuma cakap sikit tu jer yang menangis meroyan macam orang mati laki tu napa? Sepatutnya bila aku tegur macam tu dia lain kali ingatla, ohhh ok... macam tu ingat lain kali bila buat kena seimbangkan ayam dengan serai dan cili bukan serai berlebih-lebih sampai terasa berlendir terlalu banyak serai...

Bagi aku komen tu terbuka macam aku cakap kat kakak ipar aku. " kak cake akak buat cair lagi tengahnya tak cukup bakar kut bakar balikla" tak jadi apa pun dia just bakar jer semula...

Disebabkan dah terencat dengan perangai maid aku, awal-awal aku ajak hubby aku balik aku malas nak mengadap muka mengada-ngada tu.

Sebelum ni kalau adik-beradik kutuk dia, akulah yang duk mempertahankan dia tapi dengan benda kecik macam tu pun, dia nak buat perangai lantaklah lepas ni aku tak nak ambil tahu lagi...kau..kau..aku..aku senang hidup aku...

Sunday 7 December 2008

Denting - Melly

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
sedarkan diriku dari lamunan panjang
Tak terasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga

Sayang kau dimana aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau disana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini

Reff

Rintik gerimis mengundang kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi ku rasa hatiku saat ini oh sayangku
Jika kau disini aku tenang

Friday 14 November 2008

Second Wife

Semalam kebetulan balik dari kerja terserempak dengan jiran depan rumah, almaklumla aku kan jiran yang baik, nak nampak muka sebulan sekali pun payah. Apa taknya aku manjang berkampung rumah mak mentua aku jer...

Permulaan cerita...

Baru balik kerja ker?(ayat skema)...

Senyum.."Yer kak..dari mana tak kerja ker?kata aku...

Kerja, tapi balik awal...kata dia

Aku angguk kepala faham....

Berborakla sekejap isu semasa...

Tiba-tiba soalan dia..

Anak mana?

Ada rumah mak kak, tak nak ikut balik...aku jawab

Ooo...panjang lain macam...soalan lebih best sikit...

Sorang jer ker anak tak nak tambah lagi?

Tak ada rezeki kot...klu ada apa salahnya...

Yerla betulla tu...suami dengan yang DULU tak ada anak ker?

YANG DULU?..dulu apa kak?

Anak suami dengan isteri pertama dulu tak ada ker?

Hah...muka skema plus terkejut beruk...

Yang dulu... ada ker kak? saya tak tau pun...

Awak isteri kedua kan?

Alamak...dia dah kawin ker sebelum aku...

Ntahla kak, rasanya saya jer yang pertama dan harap yang terakhir...

Ayat skema nak cover muka terkejut aku lebih kurang cam ni la...

Agaknya org nampak suami saya tu berumur sikit kot tu org ingat saya isteri kedua lagipun kebetulan saya memang kawin muda kak...padahal hati dengan perasaan aku tgh berperang...yer ker... ni bukan kali pertama org cakap mcm ni.. tapi kali kedua...

Masuk dlm rumah hubby tgh sembahyang magrib aku mandi terus...

Lepas solat dia tak habis lagi masih duk kat sejadah...

Bang...kakak depan tu kata i second wife u...betul ker?

Senyum lebar...elehhh...banggala tu bila orang kata dia kawin dua...ciss...

Ayat skema dia...Tula yang dapat kalau magrib2 duk berborak tak tentu arah, org magrib masuk rumah solat masak untuk makan malam ni tak...

Mula la tu nak elak soalan...lain org tanya lain dia jawab...

Mengelak nampak....

Takla...Dah berapa lama kita kawin? sepanjang tu dari mula higga sekarang rasa2 abg ni pernah jadi suami org atau bekas suami org ker?

Ala...taknakla jawab soalan dengan soalan, jawab jerla...

Senyum lagi... ni yang aku malas ni...

Tetiba...

Renung dan fikir baik-baik cari jawapan...

Ahh...malas nak fikir kusutkan kepala otak jer...

Yang aku tahu setakat hari ni segala keperluan aku cukup, tak ada kekurangan dan setiap hari dia ada depan mata aku. Apa lagi aku nak? tak kisahla yang lain tu. Yang penting selama ni tak pernah org datang jumpa aku sebab aku ambil laki orang. Jadi kesimpulanya akulah yang bertama, kedua, ketiga mahu keempat sekali pun...

Habis citer...

Patutla selama hari ni kalau aku duk selisih dengan jiran2 yang lain tu semua pandang muka aku macam tak sudi jer...mungkin dalam pemikiran dia org tu aku ni ambik laki orang...

Tak apalah hakikatnya bukan begitu Insyaallah...

Thursday 13 November 2008

Lunch


Biasanya kalau kat Faber nak lunch...depan office jer, tapi since pindah ke persada ni payah nyer nak makan. Tempat makannya jauh...malas nak jalan panas pulak tu...dah macam tu hari-hari ler aku masak and bawak bekal.

Pukul 4.30 pagi dah bangun masak, bukan itu jer aku siap leh buat business lagi. Apa lagi, hari-harila aku wat sandwich untuk dijual, macam dulu juga masa hubby aku belum sakit diantara sandwich yang aku jual, smoke chicken slice,chicken bolona,black pepper bolona,chicken shredded,tuna,crab,fish filled,boiled egg and macam-macam lagila termasuk juga vegetarian sandwich. Roti untuk sandwich pula ikut citerasa masing-masingla ada white bread,wholemeal,french loaf and croissant.

okla masuk gak..sambil menyelam sambil minum air...jangan lemas sudah...

Fobia

Now hari jumaat lunch hour...biasalah aku duk kat office ni terasa sunyi sepi, termasuk hari ni dah seminggu aku duk pindah ke Persada PLUS(office baru). Selalunya waktu lunch hour kami duk kumpul ramai2 makan, tapi hari ni kebanyakkan staff keluar...yang tinggalkan pun cuma dua tiga org jer itu pun masing2 duk layan hal sendiri.

Tengah duk sunyi sepi ni tetiba masin fax plak berbunyi, aku sekarang ni ada penyakit baru. Aku rasa, aku dah mula fobia duk dgr bunyi-bunyi yang seangkatan dengan bunyi mesin pernafasan yang di hospital tu termasukla bunyi mesin fax ni. Aku leh jadi cemas tak tentu arah.

Dulu masa abg ipar aku sakit pun bunyi tu yang aku kerap dengar. Almaklumla semasa abang ipar dan yang terbaru hubby aku duk Icu kedua-duanya kerana pendarahan dalam kepala... bunyi tulah yang aku dgr setiap saat, jadi secara tak langsung aku jadi takut...

Saturday 8 November 2008

Pertemuan dan Perpisahan


Sedih rasa hati bila baca kisah Aby dan Norman Hakim ni, Tapi itulah hakikat yang tertulis mungkin setakat itu jodoh mereka, mungkin setakat itu kesetian yang mampu Norman pertahankan, dan setakat itu juga kesabaran yang terdaya Aby berikan.

Kita sebagai manusia cuma mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan segalanya..Tiada satu umat pun didunia ini yang bertemu untuk berpisah. Tiada siapa juga yang inginkan perkahwinan yang dibina hancur dipertengahan.

Namun,

Perkahwinan itu ibarat satu perjudian dalam perperangan, menang atau kalah kita tak akan tahu mahu pun dapat menduga titik perhentiannya...Tapi yang pasti menang dan kalah itu tetap ada, tetap akan ada perhentiannya. Cuma mungkin dlm keadaan yang berbeza. Ada yang perhentiannya dipisahkan dengan kematian atau bercerai hidup.

Bukan mudah mempertahankan suatu kesetian dalam sesebuah perhubungan, Mungkin kita dipertemukan dengan sebaik-baik lelaki untuk bergelar suami untuk kita letakkan seluruh jiwa,raga dan sepenuhnya kepercayaan kita.

Namun diluar sana ada kalanya kaum sejenis kita pula yang bermain kotor dan tersasar melandaskan kasih dan terperangkap dalam permainan yang dicipta sendiri atau itulah yang sebaliknya.

Mempertahankan sesuatu perkahwinan bukan semudah meluahkan janji sehidup semati, dalam sebuah perkahwinan banyak onar dan duri yang harus ditempuh. Tersilap langkah akan berdarah yang menyakitkan.

Rasanya dugaan dari saat kelahiran sehinggalah saat kematian, dugaan sepanjang dalam alam perkawinanlah yang paling panjang untuk kita lalui. Dugaan yang sering kali menguji kekuatan dan ketabahan seseorang tak kiralah sama ada kita seoarang isteri mahu pun seorang suami pasti melaluinya. Cuma mungkin cara yang berbeza.

Tetapi yang Pasti Allah tak akan menduga kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Dan apabila kita telah berusaha untuk yang terbaik namun masih ada kecacatan, maka berserahlah dan terus berdoa supaya diberikan kekuatan dalam mempuh apa jua dugaan yang mendatang.

Thursday 30 October 2008

Moving

We start Moving from:-

PLUS Expressways Berhad,
Level 12-17 Menara 1,
Faber Tower,
Jalan Desa Bahagia,
Taman Desa Off jalan Klang Lama,
58100 Kuala Lumpur.

Contact No:-

(603)7981 8000
(603)7621 0808

To:-

PLUS Expressways Berhad
Menara Corporat,
Persada PLUS,
Persimpangan Bertingkat Subang,
KM 15 Lebuhraya Baru Lembah Klang,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Contact No:-

(603)7801 6666
(603)7666 4666

Monday 27 October 2008

Cara mendapatkan bantuan PLUSRonda ketika berada di lebuh raya.

Ambil langkah-langkah berikut untuk mendapatkan bantuan PLUSRonda ketika berada di lebuh raya PLUS, ELITE, KLBK dan linKedua:-

a)Guna telefon kecemasan

Telefon-telefon kecemasan disediakan di setiap 2 kilometer di sepanjang lebuh raya PLUS.Telefon yang berwarna jingga ini membolehkan pihak PLUS mengesan kedudukan pemanggil secara automatik sebaik sahaja ianya diaktifkan.

Cara menggunakan Telefon Kecemasan:-
a1)Tarik tombol kebawah
b2)Tunggu Jawapan dari PLUS
c3)Bercakap dengan jelas dan sertakan maklumat berikut:-

1)Jenis-jenis kerosakan
2)No pendaftaran kenderaan/jenis kenderaan

Panggilan dari telefon kecemasan akan terus disambungkan ke pusat-pusat komunikasi wilayah terdekat yang beroperasi 24-jam setiap hari.

b)Menerusi PLUSLine (1800 88 0000)

Talian kecemasan PLUSLine beroperasi 24-jam setiap hari.
Setiap panggilan akan disambungkan terus ke Pusat Kawalan Trafik PLUS di ibu pejabat.

Monday 22 September 2008

Novel vs Korean Dvd

Lama rasanya blog ni tak aku update nak kata tak ada masa tu tak juga, cuma kebelakangan ni penyakit malas tu keterlaluan rasanya. Masa yang ada biasanya aku dok giler melayan novel atau tonton korean movie/drama.

Tempoh bercuti sebulan menjaga suami aku operation, tambah lagi anak dara aku sorang tu masuk wad seminggu kerana lelah, qatam koleksi novel yang tertinggal yang tak sempat dibaca sebelum ni. Dalam banyak-banyak novel yang aku sempat habiskan masa bercuti tu, aku paling suka ulang baca novel Naqiah Khalidah dah dua kali ulang pun.

Tak cukup dengan tu layan pulak dvd korea yang aku beli tak done nak tengok lagi. Aku paling suka hero Kwon Sang Woo jadinya aku layan dulula citer-citer lakonan dia. Antaranya Bad Love,Stairway To Heaven dan Sad Love Song. Aku suka mamat ni bila dia nangis mata sayu dia tu, bawa aku sama terasa sedihnya. Tiga-tiga citer ni memang sedih gilerla, bengkak juga mata aku nangis tahu-tahu jerla aku pun memang kuat nangis pun plus pulak lagu-lagu dia yang touching tu lagila...


Mungkin ada yang kata aku buang masa tapi bagi aku ini saja caranya aku merehatkan badan ngan otak aku ni,almaklumla since hubby aku sakit setahun ni kami tak kemana-mana pun bercuti, terperap jer kat rumah bosan juga tapi kalau bercuti pun memang novel tu aku tak pernah tinggal dah serasi dengan aku. Aku rasa kosong kalau tak membaca.

Cuma bila dah masuk bulan puasa ni aku jadi baikla sikit, itu pun sebelum kena perli dengan hubby aku...kang kalau dia mula bersura kang pedihla telinga paling tak pun ayat skema dia macam ni la lebih kurang... " bulan-bulan puasa ni kalaula dengar tadarus atau baca buku-buku ilmiah banyak jugala faedahnya" jadi sempena bulan puasa ni aku stopla semua tu concenratela plak pada apa yang patut.

Nak citer bab raya plak, pejam celik lagi seminggu jer nak raya, aku biasala kalau bab soal baju raya ni seawal bulan dua lagi aku dah siap tempah baju aku ngan hubby. Untuk hanim pun macam tu jugala aku tak suka nak shopping last minute awal-awal lagi aku dah siapkan untuk dia, hanim yang penting bagi aku dan hubby ala kadar jer.

Kalau bab kuih raya pulak ni tahun kedua aku tak membeli apa-apa pun kuih raya, bukannya apa tahun-tahun sebelum ni ada juga aku beli tapi yang untungnya tong sampah. Beli raya tahun ni raya tahun depan pun ada lagi. Jadi jalan paling selamat jangan beli langsung jimat pun jimat. Kebiasanya raya-raya ni keluarga aku lebih
tertumpu heavy food jadi membazir jer kalau duk beli biskut raya ni tak bermakan. Jadi biasanya kalau ada yang berhajat nak datang rumah ni kena call dulu supaya senang nak prepare apa-apa kalau tak air kosong jer la...

Jadi sempena lagi seminggu nak raya ni aku dan family nak wish selamat hari raya dan maaf zahir batin dari kami sekeluarga.

Tuesday 5 August 2008

Buat Seorang sahabat

Ieta...seorang insan yang paling aku sayang dalam hidup ku, dia lah teman tempat aku bercerita segalanya. Perkenalan kita sewaktu aku mula-mula menjejakkan kakiku bekerja dihotel. Kita takla rapat pada mulanya, tapi lama kelamaan ujud keserasian dan kita menjadi rapat malah bukan kita saja tapi keluarga juga.

Ibu bapa kau telah aku anggap sebagai ibu bapa ku sendiri, malah lebih dari itu. Dengan keluarga sendiri pun aku tak serapat itu. Boleh aku katakan aku belum ada kawan yang rapat seperti aku rapat dengan kau. Aku tak pernah berkira.

Sewaktu kau berkahwin aku juga teman yang paling kau harapkan kehadirannyakan? malah masa tu aku rasa teramat dihargai sebagai sahabat kau, sehinggakan kepada semua kaum kerabat kau, kau nyatakan aku ni kawan baik kau...

Kau ingat tak sewaktu keluarga kau mahu memulakan perniagaan tanpa ragu-ragu kami bersedia membantu.

Tidak ada hitam putih perjanjian termaktup antara kita hanya berteraskan kepercayaan hati...alhamdulillah kalian memang tak mencemari kepercayaan yang aku dan suamiku berikan.

Namun kini,

Atas sebab sebidang tanah itu kita bermusuh kenapa ya? memang ikutkan hati aku marah,sedih dan rasa tertipu tapi apakan daya kita cuma manusia biasa mampu merancang tapi tuhan dah tentukan. Sebidang tanah yang kau janjikan tu tak mungkin jadi milik kami.

Kalau dulu aku panas...marah tapi kini dah lama aku lupakan malah aku maafkan apa yang terjadi. Kini aku lebih mengerti dan faham setiap apa yang terjadi tu ada hikmahnya.

Cuma Ta...aku nak kau tahu...

kebelakangan ini kau teramat aku ingati, apa khabar agaknya kau dan keluarga kau. Aku terasa rindu nak memangil kau TIKUS macam dulu-dulu zaman nakal-nakal kita. Dah habis berkawinkah kesemua adik beradik kau. Apa khabar Mak dan abah kau? aku sentiasa doakan kau dan keluarga kau sihat.

Agak-agaknya pernah tak dalam solat, kau mendokan aku supaya lembut hati kita untuk saling bermaafan? seperti yang sering aku lakukan. Aku sering lakukan itu Ta...sebelum aku tidur sering aku doakan, supaya tergerak hati kau untuk call aku paling tak pun sekadar bertanya khabar.

Najib?

Aku tahu dia pun dah lama melupakan sengketa kita, Dia yang aku kenal takkan menyimpan dendam dengan apa yang pernah terjadi dan tambahan dia juga banyak berlajar dari apa yang terjadi.

Ieta...

Kiranya kau terbaca ruangan ini calllah, aku masih bekerja disini, kau tahukan tak susah pun kat mana kau nak cari aku. Aku dah cuba call kau, tapi kau dah pindah dan no handphone kau dah lama hilang sekali dengan handphone aku.

Monday 4 August 2008

Dah faham rupanya.



Satu petang...

Mama, kita dah lama tak holidaykan? sejak papa sakit kita tak ada pergi jalan kemana-mana. Hanim boringla asyik duduk rumah jer. muka sedih...

Sabarla sayang macam mana kita nak bercuti, papakan sakit...hanim tak sayang papa yek? tak kesian tengok papa macam tu? lagi nak bercuti...nanti after papa baik kita pergi holiday macam selalu ok

Sayang...hanim sayang...tapi hanim jemula. Selalu bila mama cuti kita mesti jalan-jalan tapi sekarang kita dah lama tak cuti, rumah nenek pun kita dah lama tak balik.

Okla next weekend office mama ada buat hari keluarga kat PD. Nanti mama masukkan nama hanim nak? Hanim pergi dengan makndak ok? Tapi kena promise dari hari ni sampai hari nak pergi tu, mama tak perlu ingatkan setiap tugasan hanim yang perlu dibuat boleh?

Okkk...menjerit kesukaan.

Tapi sebelum tu cuba senaraikan dulu apa tugasan yang wajib hanim buat setiap hari tanpa mama, atuk atau makcik yus ingatkan...

Dari pagi?

yeap...dari awal hanim buka mata sampai tidur malam...

Alaa...hanim tak taula...sebab kadang-kadang hanim tak buat. Mama bagi list la.

Ok mama bagi tugasan tapi ni kalau mama cakap boleh ingat ker?

Hanim dengarla ni nanti mama tulisla...

Aik...apa kes pulak mama yang kena tulis?

Okla mama cakap jer atuk ngan makcik yus ada jadi saksi...nanti kalau lupa hanim tanyala atuk atau makcik yus.

No, mama tak suka macam tu. Mama nak hanim tulis. mana note pad yang mama suruh catitkan apa-apa peringatan yang penting untuk hanim?

Jap...ambil note pad...

Kejut sekali jer pagi terus masuk bilik air mandi,gosok gigi dan pakai baju bersiap untuk kesekolah.

Balik sekolah salin baju, makan, rehat sekejap tengok buku dan buat kerja sekolah. Tepat pukul 4 kena mandi dan terus pergi mengaji.

Balik mengaji pukul 5 sampai sebelum magrib hanim free untuk buat apa saja(termasuk makan malam).

Tapi habis jer solat magrib hanim kena buat latihan matematik untuk 45 minit(WAJIB).

Kemas buku sebelum tidur.

Dan yang paling utama mama tak nak dengar lagi lepas ni atuk atau makcik yus mengadu dah suruh solat banyak kali baru nak buat.

Mama nak sejak sekarang ni Hanim tak perlu diingatkan lagi tentang solat. Dengar saja bang terus ambil wuduk dan solat boleh? dari subuh sampai ke isyak boleh? tak perlu atuk atau makcik yus nak ingatkan.

Dan setiap hari ahad kena kapur kasut sendiri jangan nak tunggu makcik yus ingatkan.

Rasa-rasa hanim boleh tak ikut tu?

Boleh...

Confident giler! aku senyum...

Ok mama nak tengok.

Tapi mama kena janji tau Hanim boleh ikut makndak pergi PD dan hanim boleh bawa handphone dan mama kasi rm 10?

Aikkk...kenapa mama bersyarat juga? kalau macam tu tak payah pergi. Duduk jer rumah.

Kalau nak pergi ikut peraturan mama, duit mama kasi but NO handphone awak careless!

Okla...No handphone tapi nanti mama kena call hanim tau kat makndak...

Ok dear i'll...

..................................................................................

Now dah beberapa minggu balik dari PD...

Dah solat dan check buku untuk esok?

Dahla mama...

Mama ni nak mula bebella tu...balik sekolah tadi lagi orang dah susun buku untuk esok tau.

Aikk...rasanya aku cakap 2/3 patah jer tadi...

Aku angkat kening kat yus...

"Sekarang ni balik ngaji jer dia dah kemas barang dia untuk esok dah za"... tak perlu yus cakap lagila...

Alhamdulillah... dah faham rupanya anak aku ni. Senyum sendiri...

Tapi yang peningnya sekarang ni dah pandai menjawab dan membidas cakap aku plak...geram juga...

Hati yang Terluka

Kerana dia melukakan hatimu
Aku yang kau tinggalkan
Api dendam takkan padam
Tanpa kau sendiri memadamkannya

Hari ke hari luka ini makin dalam
Aku takut tak mampu bertahan
Jangan aku kau tinggalkan
kerana kedaifanmu tentang cinta

Kerana cintamu aku terluka
Aku bertahan kerana cinta ini masih bersisa
Sehingga tak mampu untukku membenci
Kasih dan sayang ini tidak bertepi

Kesabaran hatiku jangan kau duga
kerana kesabaranku pasti ada penghujungnya

Jangan biarkan api cintaku ini jadi pudar
Seketika dia pudar kau pasti telah kehilangan
Kehilangan kasih sayang dan cintaku buatmu

Wednesday 9 July 2008

Sepi

Puas...itu ayat paling sesuai untuk digambarkan selepas menonton filem Sepi ni, memang since citer ni kuar pun aku dah plan nak pi tengok. tapi hasrat tu terpantut coz tak der partner nak teman, kebetulan semalam ada yang sudi teman jadi dapat gakla tengok. Thanks dik sudi jadi peneman...walaupun suka kutuk aku, sebab aku nangis terima kasihla bebanyak.

Berbaloi rasanya ambil half day semalam semata-mata nak tengok filem Sepi ni sebab memang best,the best part tentula bab Adam(Aflin Shauki) dan Ilyana(Vanida Imran), part untuk Adam ni memang kelakar gilerla lagi-lagi watak Suzy(Nasha Aziz)andartu, tak sangka dia boleh bawak watak perempuan sengal macam tu...hidup betul.

Second part Sufi(Tony Eusoff)dengan Marya(Eja), part yang ni aku touching sikitla...meleleh gak sikit bila Sufi nangis cakap ngan Ashraff " sorry papa tak dapat selamatkan mama" Aduss...tak tahan air mataku.

Tapi antara 3 part ni, part sufi ni la yang paling aku suka walaupun aku tak dapat tengok endnya kena keluar awal ada kecemasan. Mungkin rasanya nak gi tengok sekali lagi sebab, nak tengok kesudahan Marya dan Sufi.

Untuk bab yang ketiga,Imaan(Baizura Kahar)tu rasanya ada yang kurang sikit...cuma dalam part ni, kekuatan cerita ni rasanya lebih kepada watak Khalil(Pierre Andre)yang lebih menghidupkan jalan cerita tu...

Dan lagi dalam filem Sepi ni semua lagu-lagunya best terbuai sekejap...

Satu lagi dalam filem ni, baru aku perasan betapa cantiknya Taman Tasik Taiping tu padahal selalunya bila lepak kat sana tak pulak aku perasan tempat tu cantik sebenarnya...

Jadi sesiapa yang belum tengok filem Sepi ni kalau teringgin nak tengok pergila tak rugi besttttt....

Sunday 6 July 2008

Asam Pedas Ikan Mayong

Ikan Mayong? pelik sangat ker? apa halla dia orang ni ikan mayong pun tak tau ker... dengar aku sebut nak masak asam pedas kepala ikan mayong masing-masing buat muka... lantakla nak makan..makan tak nak sudah...aku leh makan...

Sebenarnya keluarga mertua aku pelik sikit, mereka tak makan ikan yang lain sikit ni, bagi mereka kalau asam pedas mesti nak ikan tengiri atau parang, kalau ikan lain tu macam tak kena gayala.

Lagi satu perangai pelik dalam keluarga in-law aku kalau mother in-law aku tak makan sesuatu lauk tu, atau apa-apa punla yang bersangkut paut dengan makanan seluruh ahli keluarga tu,dari atuk sampai ke cucu cicit tak makan.

Kekadang aku jahat juga benda yang dia orang tak makan itula yang aku masak. saja jer. Macam dulu hubby aku tak makan telur itik masak lemak, tapi yang hairannya bila telur ayam masak lemak makan pulak, so nak ajar dia makan telur itik tu...oneday aku masak gak telur itik campur belimbing buluh,kan sedap tu lauk orang kampungla.

So dah siap masak aku ajakla hubby aku makan, so aku duk jeling member makan berselera semacam jer. Dah kenyang hubby aku cakap lagi "next week cuti kita cari belimbing lagi k nanti za masak telur ayam campur belimbing macam tadi yer sedap"...selamba jer aku jawap "pa tu bukan telur ayam tapi telur itikla sedapkan?" "next time apa-apapun makan dulu jangan nak terus kata tak suka kan sedap tu".

Biasanya macam tu aku ajar keluarga mertua aku makan sesuatu benda yang pada mereka pelik sikit. macam mother in-law akula last time bila aku cakap aku makan kaki ayam dia angkat-angkat bahu geli. Aku beli juga kaki ayam buang semua bahagian jari-jari ayam tu ( dah tak nampak macam kaki ayam ) aku rebus then buat kerabu, member tengok-tengok...belek-belek...aku jeling jer, "apa ni za?" "kerabu tulang ayam"...ambil satu...dan satu lagi... lama kelamaan sekarang ni dia pulak yang suruh buat kerabu kaki ayam...

So berbalik pada citer asam pedas kepala ikan mayong, so last week aku pun pergi la pasar tani cari kepala ikan mayong, balik aku masak asam pedas.

Aku punya asam pedas biasala aku tak suka letak benda-benda mengarut ni aku cuma letak daum kesum jer. Resepi asli...hehehe...lunch aku tengok mother in-law aku makan ambil sikit jer tak kisahla sekurang-kurangnya nak juga dia rasa.

Masuk bab Hubby aku soalan pertama dia...ikan apa ni za? " ikan baung bang...tryla sedap tau ikan baung masak asam pedas" ikan baung biasanya aku salai buat masak lemak atau pun masak tempoyak memang dia sukala...

"ooo mana dapat ikan baung ni makngah bawa"?(selalunya ikan baung kami import dari segamat)" takla za jumpa kat pasar tani tadi abang makanla"...diam makan..."halus isi ikan ni manis tak macam selalu pun rasa dia" aku semyum jer...tak sampai hati nak perli maklumla member tak sihat lagikan.

Tu cerita last week, this week hari sabtu awal pagi mother in-law gi pasar tani. balik aku duk tanya..."mak beli apa mak dan nak masak apa"? dia pun senaraikanlah senarai apa yang di beli lastly bukan aku silap dengar tau " ada kepala ikan mayong...tu masak esokla ramai sikit kat rumah ni"( biasa weekend memang adik beradik semua berkumpul)

Aku just senyum jer pandang Yus...tak makan yek...aku menang lagi....

Yang peliknya hubby aku dia tak makan dan tak nak mencuba benda-benda macam tu, tapi bila balik kampung aku, kalau abah aku masuk hutan dapat kijang,pelanduk atau binatang hutan yang lain tu nak pulak dia makan. Takla pula banyak soal jawabnya, paling tak pun dia tanya daging apa tu? bila mak aku cakap seladang takla pula dia pelik tapi teruja lagi nak makan adalah.

Bagi aku senang jer selagi benda tu halal dan tak memudaratkan makan jerla..kalau nak ikutkan tak makan ada juga benda yang aku tak pernah makan masa dengan keluarga aku...tapi bila dah besar aku suka mencuba, cuba dulu lepas tu baru deside tekak aku leh terima atau tak.

Thursday 3 July 2008

Kerja Giler

Minggu ni rasa macam nak pencen baca buku coz last week naik terjuling biji mata baca buku, bayangkan last week aku leh habis 8 buah buku dalam masa 5 hari kerja giler tak? giler yek. tapi nak wat camner last week aku rasa bosan giler jadi ubatnya bukula.

Rasa-rasanya kalau baca Al-Quran menjelang puasa ni leh la katam itu pun kalu aku baca cam baca bukula...lupa semuanya. Tapi yerla baca Al-Quran mana leh main redah jer cam baca buku ni. Bayangkan 8 buah buku tu bukannya nipis, kira teballa juga. Novel ni ha...Harum Chempaka, Sakitnya Sayang, Permaisuri Hati, Kekasih Pujaan, Bukan Klon Bukan Duplicate, Selagi Ada Dia, Bertakta Dihati dan Kasih Antara Kita.

Rasanya ni la first time aku duk buat kerja giler cam ni, membaca sampaikan minggu ni aku takleh dah nak pegang buku kat kepala katil tu, terus rasa pening nak muntah pun ada. Padahal ada 4-5 buah lagi buku baru yang dibeli belum baca.

Kebelakangan ni pulak aku ada hobi baru, hari sabtu dan ahad aku memang tak usik buku sebabnya, sabtu dan ahad aku leka tengok cd drama Korea plak. Puncanya tengok Princess Hour la tu terus kemaruk. Banyak gak cd yang dah aku beli. Saja suka-suka buat koleksi.

Wednesday 2 July 2008

Kisah Hartina

Seorang teman forwardkan kisah hartina ni pada saya pagi tadi and rasanya tak salah untuk saya letakkan di sini pula supaya kita yang sesama muslim ni saling ingat mengingati.

Assalamualaikum. .......... .. .kita baca la apa yang ditulis ni....buat pedoman kita dan keluarga kita....... kes hartina Moga kita semua jadikan sebagai pengajaran dan jenguk2 lah anak2 kita, adik2 kita,saudara2 seIslam kita....

Trully,Kes Hartina Kamarudin heboh diperkatakan sekitar awal tahun 1996 lagi.Bagi mengetahui hal sebenar, pihak majalah Muslimah sempat menemui bapanya, Encik Kamaruddin Abdul Karim,abang sepupunya En Borhan Abd. Aziz dan adiknya Syukur Yazit Kamaruddin yang sudi menceritakan rentetan peristiwa tersebut.

Malangnya ibunya, Puan Kalsom Ghani tidak mahu ditemubual atas sebab peribadi. Berikut adalah penjelasan En. Kamaruddin yang sudah terlalu
banyak menempuh dugaan dan ujian dalam memastikan anaknya Hartina dapat dikembalikan kepada Islam.

Hartina dilahirkan pada 15 Mac 1974 di Kampar Perak. Beliau mendapat pendidikan awal pada peringkat rendah dan menengah di Anglo Chinese School A.C.S), Kampar. Hartina merupakan anak kedua daripada empat beradik.Yang pertama meninggal ketika berusia 15 hari , kedua Hartina, ketiga Azliza (17tahun) dan keempat Syukur Yazit (16 tahun). Dari segi kasih sayang, tidak dinafikan Hartina mendapat sepenuh perhatian, mungkin ini salah satu dari kesilapan yang telah kami lakukan.

Perbezaan antara Hartina dan adiknya agak jauh iaitu kira-kira enam tahun. Dia amat manja, maklumlah bagi pasangan seperti kami yang telah merasai kehilangan anak sulung semasa dalam pantang memang menyedihkan. Bayangkan bagaimana perasaan kami setelah kehilangan anak, mendapat penggantinya setahun kemudian.Kehadiran Hartina mengubah hidup kami , kasih kami tertumpah kepadanya ibarat kata pepatah "bagai menatang minyak yang penuh".

Disebabkan sewaktu itu hanya dia seorang anak kami, segala permintaannya kami penuhi.Setelah tamat sekolah, dia mengikuti kursus komputer diKampar. Tidak lama kemudian dia mendapat pekerjaan di Hock Hua Bank Jalan Klang Lama Kuala Lumpur . Pada tahun 1993 diabertukar ke MayBank, juga terletak di Jalan Klang Lama. Inilah kali pertama kami berjauhan dengannya.Untuk kemudahannya saya telah membelikan sebuah rumah untuknya yang terletak di Sri Sentosa.. Dia tinggal bersama rakan-rakannya di rumah itu.Bermula dari situ perhubungan keluarga kami mula renggang kerana kami sudah tinggal berasingan. Walaupun begitu kami sering menziarahinya di Kuala Lumpur .

Segalanya bermula pada 26 Mac 1996.. Saya bersama isteri pergi kerumahnya di Kuala Lumpur kerana kebiasaannya pada 15 Mac setiap tahun kami menyambut hari lahirnya. Pada tahun tersebut (1996) dia kata tidak dapat balik kampung.. Di sebabkan pada tarikh itu saya ada menerima tempahan sate En.Kamaruddin berniaga sate di Pekan Kampar, Perak), jadi kami tidak dapat pergi ke rumahnya pada tarikh itu. Kami pergi dua minggu selepas itu iaitu pada 26 Mac 1996. Setibanya di rumahnya, kami dapati rumahnya berkunci, telahan saya mungkin dia belum pulang dari kerja.Kebetulan saya memang ada kunci spare, saya membuka pintu dan masuk ke dalam rumah. Lebih kurang jam 6.00 petang. Dia pulang bersama seorang lelaki India .

Dia terkejut melihat kedatangan kami dan saya sendiri terkejut kerana tidak menyangka dia pulang bersama seorang lelaki. Memang sebelum ini ramai yang ingin masuk meminang dan dia menyatakan yang dia telah ada seorang kawan, saya kata kalau ada kawan lebih elok terus datang meminang. Setelah melihat keadaannya, baru terlintas difikiransaya kawan yang dimaksudkan ialah lelaki India tersebut..

Walaupun kami datang setiap bulan,kami tidak dapat menghidu langsung pergerakannya dan dia sendiri menyembunyikannya dari pengetahuan kami.
Melihat keadaannya , saya menyoal Hartina "Siapa yang kamu bawa ini?"Baru kami tahu hal sebenarnya, yang lelaki India itulah teman lelakinya. Sebaik
saja kami bertanya Rajeswaran (lelaki India tersebut) bila dia ingin memeluk Islam jika benar-benar inginkan Hartina, Hartina terus menunjukkan surat-surat di antaranya surat sumpah bertarikh 1 September 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak mempraktikkan agama Islam lagi, telah menukar namanya kepada Nivashiny Rajeswaran dan surat pendaftaran perkahwinan mereka bertarikh 24 Mac 1996. Saya mempertikaikan surat sumpah tersebut kerana bagaimana mereka (pihak berkuasa) boleh mengesahkan apa saja kenyataan pemohon tanpa meneliti terlebih dahulu.

Berdasarkan surat sumpah melalui peguamnya yang menyatakan dia tidak mempraktikkan ajaran Islam, ternyata pembohongan semata-mata. Sepanjang zaman tempoh dia tinggal bersama kami dia telah dididik dengan ajaran Islam,sepanjang zaman persekolahannya saya tidak pernah mendengar apa-apa mengenai Hartina tidak mempraktikkan Islam walaupun daripada kawan-kawannya sendiri. Setelah berlaku perkara ini barulah saya tahu rupa-rupanya lelaki India itu bersekolah di sekolah yang sama dengan Hartina dan tinggal di Mambang di Awan,Kampar. Memanglah di sekolah Hartina ramai kawan lelaki tetapi saya tidak pernah mengesyaki apa-apa, maklumlah zaman sekolah memang banyak bergaul dengan rakan lelaki. Kami juga baru tahu si lelaki ituBekerja di Public Bank di Jalan Kelang Lama. Ini bermakna sudah lama mereka berkawan yang hairannya kami tidak dapat menghidu langsung perhubungan mereka.

Bermakna sepanjang tempoh berulang dari Kuala Lumpur ke Kampar setiap bulan pun kami tak dapat hidu.Sedangkan pada hari Raya Puasa tahun 1996 iaitu pada 21Feb 1996 Hartina balik kampung dan kami sekeluarga bersembahyang bersama-sama. Bermakna ketika itu dia telah berkawan dengan lelaki India itu dan telah menukar nama dan agamanya, bagaimana kami tidak mengetahuinya langsung? Pada hari itu (26 Mac 1996) selepas bertembung dengan mereka pada 6.00petang, kami telah berbincang mengenai kedudukan mereka sehingga 10.30malam.

Keadaan menjadi tegang kerana si lelaki tetap dengan keputusannya untuk tidak menukar agamanya dan mengatakan Hartina telah menjadi isterinya. Dia mula memegang hand-phone sambil mendail nombor.Tidak lama kemudian seorang demi seorang kawan-kawannya tiba di rumah itu. Mereka sudah ramai sedangkan saya hanya bersama isteri. Yang menghairankan saya Hartina ketika itu membisu sahaja. Semasa itu saya yakin Hartina masih Islam tetapi telah dipaksa membuat surat sumpah yang mengatakan dia tidak mempraktikkan lagi agama Islam. Berhubung dengan itu mereka (pihak lelaki) telah menukar namanya dari Hartina kepada Nivashiny Rajeswaran.Dalam peraturan perkahwinan India, seseorang yang masih bernama Islam tidak boleh berkahwin dengan lelaki India.Oleh sebab itu Hartina menukar namanya terlebih dahulu kemudian baru membuat pendaftaran perkahwinan.

Saya yang tidak dapat pergi ke Kuala Lumpur pada 15 Mac1996 untuk menyambut hari jadi Hartina dan telah pergi pada 26 haribulan sedangkan pendaftaran perkahwinan telah dibuat pada 24 Mac1996 ini bermaknasaya telah terlewat dua hari. Bermakna hak Hartina sebagai anak sudah tiada kerana dia telah menjadi isteri orang. Bila orangnya sudah ramai di rumah tersebut,baru lelaki itu berani menunjukkan segala dokumen-dokumennya. Bila ditunjukkan kepada saya, saya terkejut, jantung saya berdegup.Saya sebelum ini memang ada penyakit jantung.Ditambah dengan kejadian hari itu saya benar-benar terkejut.Saya bersama isteri berpandangan sendiri.

Apa yang boleh kami lakukan sedangkan kami hanya berdua sahaja. Saya mencadangkan kepada isteri saya agar kami membuat laporan polis. Kami terus ke balai polis berhampiran iaitu di Petaling Jaya. Laporan itu tidak diterima kerana polis mengatakan yang perkahwinan mereka sah. Yang
menyedihkan polis itu juga orang Melayu dan urusan endaftaran perkahwinan dan tukar nama sebelum ini semua dikendalikan oleh orang Melayu. Jadi saya kata, kepada siapa saya dapat mengadu ?.Mereka menyuruh saya membuat laporan ke Jabatan Agama Islam Wilayah(JAWI) mengatakan anak saya telah dilarikan. Jadi pada 27Mac 1996 (sehari selepas itu) saya membuat laporan polis. Selepas membuat laporan polis, saya dan isteri pulang ke rumah, kami tunggu Hartina dan lelaki India itu tetapi mereka tidak pulang kerumah pada malam itu.

Selepas itu saya membuat aduan di pejabat Agama Wilayah Persekutuan tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil. Inilah yang mengecewakan saya kerana awal-awal lagi saya telah menemui pegawai Pendaftaran yang bertanggungjawabmen ukarkan nama anak saya, saya kata kepadanya "Tuan sepatutnya memaklumkan terlebih dahulu kepada saya sebab di dalam kad pengenalannya tecatat alamat saya, kenapa Tuan tidak memaklumkan kepada saya?"

Dia kata yang pihaknya telahpun memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Wilayah. Bila saya semak di JAWI,pegawai di JAWI berkata mereka tidak menerima apa-apa laporan daripada Jabatan Pendaftaran. Bermakna dalam tempoh yang singkat saya telah berulang-alik kesana kemari tanpa sebarang tindakkan yang diambil ke atas Hartina mahupun lelaki India itu. Selepas kejadian itu mereka langsung tidak pulang ke rumah di Sri Sentosa itu. Saya
cuba mencari seorang rakan si lelaki itu yang turut sama berada pada malam 26 Mac itu. Lelaki itu bekerja di Pizza Hut, Subang Jaya.

Saya meminta bantuan polis mencarinya untuk mengetahui di mana Hartina dan teman lelakinya tinggal. Lelaki yang bekerja di Pizza Hut itu mahu
bekerjasama dengan polis dan telah menunjukkan tempat tinggal Hartina iaitu di Jalan Kelang Lama. Polis berjaya menangkap mereka.

Keadaan Hartina tetap seperti dahulu, langsung tidak mahu bercakap dengan saya.Ketika itu saya sudah mahu bertindak tetapi apabila memikirkan orang
sebelah pihak lelaki India itu ramai, saya membatalkan niat saya.Saya
hairan kenapa Hartina langsung tidak mempunyai perasaan lagi pada ibu bapanya. Saya hairan perangainya benar-benar berubah. Jika pada saya dia tidak sayang tidak mengapa tetapi bagaimana dengan ibu yang telah mengandungkannya?

Selepas itu saya telah membawa Hartina ke Pulau Pinang dan tinggal bersama saudara-mara. Sedar-sedar dia telah tiada. Adik saya di Perak telah
menelefon saya mengatakan pihak lelaki akan mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah dewan di Perak.Pihak lelaki telah mengedarkan kad jemputan kahwin kepada kaum India.Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya terus sahaja bertolak ke Perak.

Setibanya saya di Perak, saya terus membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Perak dengan mengatakan pada 15 hb April 1996 pihak lelaki India itu akan mengadakan majlis makan malam. Pada 14April,kira- kira pukul 12.00 tengah malam, Jabatan Agama Islam Perak membuat serbuan dan berjaya menangkap Hartina dan menahannya di Balai Polis Ipoh.

Keesokannya Hartina dibawa ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan perintah reman selama seminggu. Sebelum sampai tempoh seminggu saya mendapat panggilan telefon dari Jabatan Agama Islam Perak yang mereka ingin menyerahkan Hartina kepada saya.Atas faktor keselamatan saya telah menyerahkan Hartina kepada kawan adik ipar saya yang berada di Kelantan.

Jadi pada 20 April1996 dengan bantuan Jabatan Agama Islam Perak, kami berjaya membawa Hartina ke Kelantan.Kami menetap di sana sehingga 1 Mei 1996. Semasa kami di sana , saya diberitahu bahawa pihak lelaki telah menyaman Jabatan Agama IslamPerak kerana telah memalukan mereka di atas pembatalan majlis perkahwinan mereka.

Pegawai Jabatan Agama Islam Perak meminta kami membuat surat sumpah daripada Hartina .Pada 31 April, kami terus membawa Hartina ke Pejabat Agama Islam Kelantan.Di sana Hartina telah mengaku masih beragama Islam dan kembali mengucap dua kalimah syahadah dihadapan tuan Kadi. Tuan Kadi telah mengeluarkan satu surat pengesahan mengatakan bahawa Hartina telah memeluk agama Islam kembali. Surat itu kami hantar ke Kuala Lumpur .

Bermakna kami telah menang atas tuduhan mencolek Hartina Rupa-rupanya ia tidak berhenti setakat itu.Selepas itu sampai lagi satu surat saman malu
daripada si lelaki.Di dalam surat itu mereka menuntut gantirugi sebanyak 30juta daripada KerajaanNegeri Perak, Polis, Majlis Agama Islam Perak dan Jabatan Agama Islam Perak atas dakwaan memalukan mereka pada majlis makan malam meraikan perkahwinan mereka. Ini bermakna mereka tidak berpuas hati dan terus mencari alasan untuk merampas Hartina daripada kami.

Dari Kelantan saya terus kembali ke Pejabat Pendaftaran Petaling Jaya untuk proses penukaran kembali nama kepada Hartina di atas persetujuannyaSetel ah segala-galanya selesai, pada 1 Mei 1996 kami sekeluarga telah membawanya ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang keadaan Hartina seperti biasa, dia tetap bergaul dengan saudara mara seperti biasa. Tiba-tiba di sana kami menerima sepucuk lagi surat saman daripada si lelaki mengatakan kami telah menculikisterinya. Saya membawa Hartina ke Mahkamah Pulau Pinang dan peguam di sana telah mengatakan surat itu adalah afidavit tertuduh jadi kami memerlukan seorang peguam dan satu jawapan bertulis.

Pada 9 Mei 1996 saya bersama anak berjaya mendapat seorang peguam dan saya menetap di BatuCaves untuk menguruskannya. Tiba-tiba saya mendapat berita dari Pulau Pinang yang mengatakan Hartina telah tiada. Saya terus mengesannya di Pulau Pinang tetapi tidak berjumpa.Kemudian saya terus ke Shah Alam dan bertemu dengan polis yang mengendalikan kesnya. Pegawai polis tersebut mengatakan bahawa dia ada menerima laporan daripada Hartina yang mengatakan dia keluar daripada rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang secara sukarela.Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Ketika itu tidak dapat dinyatakan bagaimana perasaan saya,bayangkanlah dalam tempoh yang singkat dan badan yang sudah uzur, saya terpaksa melalui segalanya seorang diri.Saya tinggalkan rumah dan perniagaan sayaberbulan- bulan. Saya asyik berulang alik sahaja ke Kelantan,Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Shah Alam.

Walaubagaimana banyak laporan yang saya lakukan,tiada langsung tindakan susulan diambil untuk mengesan Hartina dan lelaki India itu boleh pihak berkuasa. Alasan mereka, mereka tidak tahu di mana anak saya dan lelaki itu
berada. Akhirnya saya mengupah seorang kawan saya untuk mengintip mereka.Empat minggu kawan sayamencari, minggu keempat baru jumpa.


Kawan saya itu memerlukan masa yang lama kerana dia menguruskannya seorang diri,tambahan pula dia bekerja di waktu siang. Menurut rakan saya
ini,Hartina dan lelaki India itu menetap di Taman Medan , Jalan Klang Lama. Apabila saya mendapat tahu saya terus ke Balai Polis Shah Alam dan mengadu ke bahagian Penguatkuasa. Saya amat Seterusnya saya ke pejabat Kemajuan Islam (JAKIM), Pusat Islam. Mereka menyuruh saya membuat satu laporan baru. Menerusi laporan yang saya buat, saya Mengatakan yang pihak si lelaki telah menggugat akidah anak saya. Mereka telah menetapkan 5 September 1996 sebagai tarikh untuk menyerbu rumah itu..

Pada 5 Sept 1996 kira-kira jam 11.00 pagi saya bersama seorang pegawai Pusat Islam, dua orang Pegawai Polis dan seorang Penguatkuasa JAIS telah pergi ke rumah tersebut. Kami meminta kebenaran masuk, setelah masuk, kami meminta mereka memberi keterangan diri pula.Bila mendapat keterangan diri,baru saya mendapat tahu Hartina telah menukar kembali namanya kepada nama Hindunya. Pada 31 September 1995 dia menukar namanya kepada nama Hindu buat pertama kali, pada 30 April1996 saya menukarkan pula nama Hindunya kepada nama Islamnya dan pada 27 Mei 1996 dia menukarkan Namanya kembali kenama Hindu. Bermakna semasa dia keluar dari rumah bapa saudaranya diPulauPinang pada 9 Mei 1996 hanya pada 27 Mei1996 dia menukar kembali namanya ke nama Hindunya. Ini bermakna proses pertukaran nama hanya dalam masa dua minggu sahaja. Sebelum daripada itu saya ada menalipon pegawai pendaftaran yang bertugas di bahagian menukar nama dan memberi ingatan kepadanya agar jika ada percubaan dari pihak Hartina dan teman lelaki Indianya itu ingin menukarkan nama Hartina kembali, cuba lengahkan.Saya sentiasa berhubung dengan pegawai ini tetapi hasilnya tetap mengecewakan. Hal yang saya tidak ingini tetap berlaku.

Bermakna jika proses pertukaran tidak berlaku tentu kami akan menang kes ini. Tindakan Hartina dan teman lelaki Indianya lebih cepat, ini bukan bermakna saya tidak bertindak,saya telah melakukan dengan sedaya upaya saya, tetapi seperti apa yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya melakukannya seorang diri dan pihak berwajib tidak memberikan sepenuh kerjasama kepada saya sekeluarga.

Kejadian serbuan 5 September 1996 itu benar-benar mencabar kewibawaan saya. Ketika Pegawai Penguatkuasa itu berkata"Kami tak boleh berbuat apa-apa", saya terus naik ke tingkat atas, dalam masa saya naik, si lelaki membawa Hartina masuk ke bilik dan menguncinya dari dalam.Kemudian lelaki itu berdiri di hadapan pintu sambil mencekak pinggang.Tujuan saya naik ketika itu adalah untuk memujuk Hartina, tetapi lelaki India terlebih dahulu telah membawa Hartina masuk ke dalam bilik.. Saya bersuara dengan lembut untuk memujuk lelaki itu supaya memeluk Islam dan selepas itu dia boleh mengambil anak saya sebagai isteri dan saya boleh memberikan rumah saya di Seri Sentosa itu kepada mereka. Itulah perkataan yang saya ulang beberapa kali, tetapi lelaki India itu diam sahaja. Tidak lama kemudian dia bersuara dalam bahasa Tamil dengan perkataan yang sungguh kesat dan kurang bersopan. Katanya: "kalau hendak mengadu, mengadulah, apa kerajaan Malaysia boleh tolong kamu?" Sambil itu dia mengutuk Islam dengan kata-kata yang lucah.Ketika itu saya tahu bukan dia seorang sahaja yang terlibat,tetapi mungkin ada dalang di belakangnya. Ketika dia menghina Islam, saya tidak dapat menahan perasaan, kesabaran saya tercabar. Hati saya benar-benar panas, saya mengeluarkan pisau lipat dari poket seluar dan saya tidak sedar yang pisau itu saya gunakan untuk mengelar lehernya. Saya juga tidak menghiraukan polis yang ada di belakang saya yang ketika itu sedang menghubungi ketuanya untuk mendapatkan kebenaran pecah pintu untuk membawa Hartina kebalai.Polis itu terkejut dan segera menahan darah yang memancut keluar dari leher Rajeswaran dan membawanya turun ke bawah.

Berikutan peristiwa itu saya telah ditahan sehingga 16 Sept 1996 dengan jaminan RM3000.00 Setelah dibebaskan, sepanjang bulan September saya tidak ke mana-mana lagi , hanya duduk di rumah sahaja. Pada 1 Oktober 1996 saya mula berniaga. Kegiatan saya selepas itu hanya berniaga dan duduk di rumah sahaja. Kebetulan pada 1Disember 1996 Hartina dan Rajeswaran datang bersama dengan rombongannya dan minum betul-betul dihadapan tempat saya berniaga.Apa niat sebenar mereka ?.

Saya mula berniaga jam 6.00 petang dan saya ditemani anak bongsu saya Syukur Yazit yang ketika itu berumur 14tahun.Semasa saya baru mengeluarkan barang perniagaan sate saya, lebih kurang empat atau lima meterdihadapan saya, saya nampak mereka semua sedang minum. Saya meletakkan barangan sate saya dan cuba pergi kearahnya (Hartina). Tujuan saya adalah untuk bersembang dan memujuknya sekali lagi. Man a tahu jika hatinya terbuka untuk kembali semula kepada Islam. Seelok sahaja saya sampai, Hartina bangun, seorang demi seorang kawan-kawannya bangun. Saya tahu mereka bersedia untuk menyerang saya, saya berpatah semula ke gerai untuk mengambil parang untuk mempertahankan diri.Tanpa saya sedari di belakang saya orangnya sudah menunggu.Lelaki yang bertubuh besar itu menendang saya dari arah belakang. Saya yang sememangnya ada penyakit jantung dan sakit belakang tidak mampu melawan.Saya jatuh tersungkur.Selepas itu kawan-kawannya yang lain datang meluru ke arah saya, ada yang menendang, memijak, menumbuk dan bermacam-macam lagi mereka buat pada saya.

Ada juga yang melemparkan batu ke arah saya.Akhirnya saya pengsan kerana tiada tenaga untuk melawan. Apabila saya tersedar saya dapati, saya berada di Hospital Kampar. Dari Hospital Kampar saya dihantar ke Hospital Ipoh. Semasa di hospital saya nampak ada seorang polis menuju ke arah saya. Saya ingatkan polis mengawal saya, tetapi rupa-rupanya mereka menjaga saya agar tidak melarikan diri kerana saya disabit melakukan jenayah di atas aduan Hartina yang mengatakan saya menyerang mereka.

Saya menyoal polis itu: "Apakah hanya untuk minum petang sanggup datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk minum di situ?" Berdasarkan lapuran polis yang dibuat oleh Hartina itu, keluar saja dari wad saya terus dibawa ke balai dan ditahan didalam lokap selama lapan hari. Bayangkanlah dari wad saya terus ke balai tanpa pulang ke rumah dahulu.

Bila saya masuk lokap, saya lihat Yazit sudah ditahan. Dia dimasukkan dua hari sebelum saya ditahan.Baru saya tahu rupa-rupanya semasa saya diserang, Yazit telah bertindak mngambil parang dan membelasah orang-orang rajeswaran. Itulah kasih anak, dalam usia14 tahun sanggup menggunakan senjata tajam semata-mata untuk mempertahankan bapa.( En.Kamaruddin terhenti seketika sambil menyapu airmata).

Selepas sembilan hari kami dibebaskan dengan jaminan RM2000.00 seorang.Selepas itu saya hanya berehat sahaja dirumah kerana badan saya masih terasa sakitnya. Walaupun saya berehat di rumah,saya terus berhubung dengan peguam saya untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan Hartina dan rajeswaran.

Setelah empat bulan berehat, saya mendapat surat dari Mahkamah yang telah menetapkan 4 Mei 1998 sebagai tarikh perbicaraan pertama dijalankan. Rajeswaran adalah saksi ketiga.Selepas dua minggu daripada tarikh perbicaraan itu, iaitu pada 20 Mei 1998 pada sebelah pagi, Rajeswaran terkena dua das tembakan.

Maknanya sejak dari Mac 1996 Rajeswaran tidak kena apa-apa tembakan pun, tiba-tiba pada 20 Mei iaitu selepas tarikh perbicaraan dia terkena
tembakan. Berdasarkan atas apa yang mereka lapor sebelum ini ada mengatakan jika ada apa-apa terjadi ke atasnya,orang pertama yang disyakki adalah saya. Berikutan dengan itu saya telah tahan sekali lagi di Balai Polis Kampar selama tiga jam pada 20 Mei 1998.Saya diheret bersama Yazit yang turut juga disyaki.

Yang menghairankan ialah Yazit turut dituduh terlibat sedangkan ketika itu usianya baru 16tahun. Jika benar saya melakukan, takanlah budak seusia Yazit yang akan saya babitkan bersama.. Kami berdua digari.Polis yang menggari kami juga terkejut melihat saya. Sebenarnya sebelum kejadian itu polis telah berjumpa dengan saya, memberi nasihat agar tidak lagi melakukan kekecohan dan menasihati saya agar melakukan solat hajat dan berdoa.

Saya ikut nasihatnya, tambahan pula saya baru selesai menjalani pembedahan tulang belakang.Takkanlah saya tergamak melakukan perkara merbahaya itu? Tetapi saya tidak berkuasa, saya hanya menurut perintah dan arahan pihak polis. Kami telah disoal,Yazit telah dipaksa mengaku bahawa kami yang
merancang kejadian tembakan itu.

Selepas seminggu Yazit dibebaskan, saya masih ditahan selama dua minggu.Segala akuan saya disiasat. Mereka bertanya saya telahmengupah siapa dan berapa yang saya bayar untuk mengupah penjenayah itu.Saya tetap tidak mengaku kerana saya tidak tahu apa-apa. Mereka memukul Yazit dengan tujuan supaya saya mengaku setelah melihat Yazit diseksa dengan teruk.

Akhirnya Yazit terpaksa berbohong dan mengaku ada melakukannya kerana sudah tidak tahan dipukul dengan teruk. Saya katakan kepada polis, apabila
keadaan semakin teruk, segala yang benar menjadi palsu dan perkara palsumenjadi benar. Saya tetap tidak mengaku sehingga polis menangguhkan kes saya untuk di bicarakan.

Selepas dua minggu saya di bebaskan,sehingga kini ia masih dalam kes. Itulah serba sedikit kejadian dan rentetan peristiwa yang dialami oleh kami sekeluarga. Bukan tujuan saya untuk membuka aib sendiri,bahkan ianya lebih bertujuan sebagai pengajaran dan panduan kepada oranglain.Apa yang saya harapkan agar tidak ada lagi Hartina kedua selepas kejadian yang menimpa Hartina, anak saya itu.

Sebelum tidur macam-macam perkara yang saya fikirkan. Adakalanya timbul persoalan, kenapa begitu kuat ujian yang saya perlu tempuhi?. Kenapa saya yang melalui segala ini? Apabila teringatkan terjemahan ayat dari surah An'am ayat 125 saya beristighfar. Ayat yang bermaksud. "Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah, akan dibuka pintu hatinya dan sesiapa yang tidakdikehendakki, maka akan disempitkanNya" . Apabila sesuatu perkara telah menimpa ke atas kita, kita harus menerimanya sebagai salah satu daripada rukun Iman. Qada dan Qadar dari Allah, itu adalah kehendak Allah. Itulah caranya saya memujuk hati saya.Harapan saya sekarang ialah agar Hartina kembali kepada Islam. Dunia ini luas, duduklah di mana-mana asalkan dalam agama Islam. Tidak perlulah dia kembali kepada kami. Bukan kami tidak memaafkannya, tetapi cukuplah penderitaan dan penyiksaan yang kami lalui atas perbuatannya itu.

Jenaka hari ini

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku..

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh kedalam tasik.. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... 'ya, itulah isteriku...'

Pari Pari pun marah, 'Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak'.

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, 'Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...'.. Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua'.aku ni setia pada yang satu..hu hu…

Tuesday 1 July 2008

Blind

Mungkin apa yang nak saya luahkan ini sedikit kurang ajar tapi rasanya kurang ajar lagi mereka-mereka yang tak faham apa itu blind atau ayat lebih sopan sikit BUTA.

Sebenarnya partner saya kat sebelah ni termasuk dalam senarai OKU kerana dia juga mengalami masaalah mata yang teruk (rabun yang teruk). Apa yang nak saya luahkan ialah sikap sesetangah manusia ni yang tak bertimbang rasa atau lebih tepat lagi tak berhati perut.

Semalam, dia (partner) menerima satu panggilan telephone yang minta di sambungkan ke extension Zila, nak di jadikan cerita partner saya ni pun jawabla Zila mana? teramatla kurang ajarnya bila jawapan yang diterimanya; awak ni tak nampak ker atau tak tau? setiap kali saya telephone mesti awak tanya Zila mana? Berapa ramai zila yang ada kat situ.(Dia ingat dia sorang jer kot yang call cari Zila tu).

Jadi partner saya ni pun secara jujurnya memberitahula maaf cik saya memang tak nampak saya ni BUTA. Barulah caller tu menjawab dengan kasarnya Norzila Saidla bodoh! mungkin dia ingat partner saya ni bergurau.

Kadang-kadang saya rasa orang-orang macam ni teramatlah kurang ajar, walaupun mungkin kawan saya ni jawab pada pendegaran caller tu kurang ajar, tak semestinya dia menjawab soalan kami ni dengan cara yang kasar walaupun mungkin kerja kami ni setakat operator tanpa apa-apa kelulusan tinggi dan partner saya tadi tanpa penglihatan juga, tapi partner saya juga punya perasaan.

Takkanla kerja kami operator ni bodoh sangat. Takkanla kalau dah satu zila tu,kami nak tanya lagi Zila mana, sebab ada lebih satu Zilala maka kami kena tanya zila yang mana. Bayangkan Lebuhraya Plus ni dari Utara ke Selatan dua zila di HQ sahaja, yang lain tu tak taula berapa ramai. Macam Hisyam dekat HQ ni saya ada 4-5 orang yang mengunakan nama Hisyam jadi satu kesalahan ke kalau kami ni bertanya Hisyam yang mana?

Ini cuma salah satu contoh sahaja tapi sebenarnya banyak lagi, itu caller dari luar cuba bayangkan kalau ada juga dari kalangan staff berkelakuan macam tu, yang mempertikaikan keupayaaan dia jangan cakapla terang-terangan pun ada.Tetapi sewaktu saya perlu bercuti tanpa gaji selama 3 bulan menjaga suami yang sakit tak ke diantara mereka ini yang perasan siapa yang melayan call mereka hari-hari tu tanpa bantuan mereka yang celik pun.

Ada masanya dia yang angkat call tapi cari saya semata-mata nak suruh buat pindahkan call dari nomber ke nomber. Bukannya partner saya tak boleh nak buat. Secara tak lansung parner saya mesti terasa.

Sometimes saya rasa kesian. Langkah Plus memberi peluang kepada ramai OKU untuk mempunyai kerjaya seperti kita yang normal bagus sangat. Namun sikap setengah-setengah orang di sekeliling ini kadang-kadang menyedihkan. Tak boleh ker mereka fikir bahawa orang-orang seperti mereka ini juga punya hati dan perasan.

Saya sendiri secara jujurnya kadangkala terasa kerdil dengan orang-orang seperti ini. Mungkin saya agak rapat dengan partner saya ni,hari-hari bekerja bersamanya saya nampak dimana kelebihannya yang tiada pada saya.

contohnya saya sendiri yang celik ni perlu diulang sesuatu nomber untuk diingati namun partner saya ni sekali cakap jer tangan dia akan terus laju mendail nomber tersebut. Mungkin kekutan ingatannya itulah kelebihan yang Allah bagi bada dirinya. Betulla dalam dunia ini tak ada suatu apa pun yang sempurna dan setiap apa kekurangan itu pasti ada lain pula kelebihannya.

Kita sebenarnya patut bersyukur dengan orang-orang yang seperti ini walau pun ada kekurangan masih berusaha mencari rezeki untuk diri sendiri, bukan hanya duduk di kaki-kaki lima sambil menadah tangan dan mengharapkan bantuan dari pihak lain.

Tak rugi rasanya kalu kita sama-sama membantu mereka dengan apa yang termampu, walau sekadar sekeping doa moga di permudahkan segala urusan yang menjadi kesulitan bagi mereka.

Wednesday 18 June 2008

Agama bukan mengkhayalkan orang miskin..Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (good reading)

Saya tertarik apabila membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga. Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki tali pinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitulmal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabi-Nya S.A.W (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al- Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun atas permintaan penaja yang membayar harga ceramah akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat. Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah, bercerita kepada makcik-makcik yang khusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'. Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk penganjur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas. Maka insaflah makcik dan pakcik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka. Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan', "Apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?" Sebelum harga minyak naik, telah sekian lama mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup pada kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.

Pembaziran

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27). Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun. Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah? Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri? Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'. Apakah patut pada saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka? Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat. Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka? Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan. Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua. Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala- galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An- Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al- Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan. Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: "Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan kedua-duanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?" (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr). Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: "Dari mana diperoleh ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: "Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir). Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini. Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa. Saya kadang- kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat? Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan Rasu-lNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Tanggungjawab

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana. Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekah kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program televisyen lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang? Pada masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Wednesday 4 June 2008

Neraka Wail Bagi Yang Melambatkan Sembahyang

Apabila Allah telah sempurna menjadikan Adam, Allah memerintahkan semua malaikat sujud kepada Adam, sebagai menghormati kejadian Allah. Sujud ini diistilahkan sebagai ``sujud tahyat''. Semua malaikat sujud, kecuali iblis. Ketika ditanya sebab keengganannya, iblis menyatakan bahawa Adam itu dijadikan daripada tanah, pada hal dirinya dijadikan daripada api. Api lebih mulia daripada tanah.

Akibat keengganannya itu, Allah menjadi murka, melaknat iblis, dihukumkan kafir, dan akan dimasukkan dalam neraka. Menyedari kemurkaan Allah, iblis merasakan bahawa semuanya terjadi adalah akibat daripada Adam, kerana itu iblis (dan konco-konconya) bersumpah akan membinasakan Adam dan keturunannya. Iblis bersumpah akan menipu manusia, menyebabkan manusia tunduk kepada nafsu, merasakan apa yang diperintahkan Allah itu buruk, manakala apa yang diharamkan, yang ditegah itu baik, menyebabkan banyak manusia yang mengingkari perintah Allah.

Allah telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. sembahyang lima waktu, yang terlalu banyak memberi pengaruh dalam pembentukan peribadi yang luhur. Sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Bermaksud, bahawa sekiranya seseorang itu berupaya melakukan sembahyang dengan betul, sah sembahyangnya, dan diterima oleh Allah, maka orang yang berkenaan akan terhindar daripada perbuatan jahat dan kemungkaran.

Atas pemahaman inilah, maka tidak pelik kenapa iblis dan syaitan itu berusaha supaya manusia itu tidak melakukan sembahyang. Leka dengan kerja harian, mesyuarat, berniaga, berforum, bertemu kawan, main bola di padang, berdebat di meja persidangan dan sebagainya tanpa mempedulikan masuk waktu sembahyang.

Iblis dan syaitan menguliti manusia supaya melupakan sembahyang. Sembahyang mengganggu kerja-kerja dan urusan harian, manakala orang yang hendak sembahyang, akan didatangi oleh iblis dan syaitan supaya melambat-lambatkan sembahyangnya seperti yang berlaku pada diri saudara. Bagi orang yang tidur, iblis datang menguliti agar terus terlena, dan langsung tidak sembahyang.

Dalam sebuah hadis dijelaskan bahawa Nabi s.a.w. ada bersabda menyatakan, apabila seseorang itu tidur, iblis akan mengikat di atas kepala orang yang berkenaan tiga ikatan. Iblis berkata, kau mempunyai masa tidur yang panjang. Tidurlah! Apabila orang yang berkenaan terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah, maka terhurailah satu ikatan. Apabila ia berwuduk, maka terhurailah ikatan yang kedua, dan apabila orang yang berkenaan sembahyang, terhurailah ikatan yang ketiga. Dengannya orang yang berkenaan akan menghadapi waktu pagi dalam keadaan cergas, kalau tidak dia akan menghadapi waktu pagi dengan malas lagi monyok.

Apabila seseorang itu berwuduk, kumpulan iblis yang dinamakan ``Al-Wilhan'' akan datang mengganggu orang yang berkenaan, sehingga menyebabkan ada orang yang mengambil wuduk berjam-jam lamanya sehingga basah kuyup. Apabila seseorang itu mendirikan sembahyang, iblis dan syaitan akan mengganggu manusia ketika sembahyang; ketika sedang berniat, iaitu ketika membaca takbiratul ihram, menyebabkan niat itu dilakukan berulang kali. Ketika membaca Al-Fatihah, iblis dan syaitan mengganggu manusia, menyebabkan sesetengah orang mengulangi kalimah-kalimah Al-Fatihah berulang kali.

Terlalu banyak gangguan iblis dan syaitan ketika seseorang itu sedang sembahyang. Ada orang yang rasa terkentut ketika sembahyang, atau terasa terkeluar air kencing pada hal ketika di luar sembahyang, gangguan seumpama ini tidak berlaku. Begitu juga dengan gangguan lain, iaitu dengan mendatangkan pelbagai ingatan yang telah berlalu, ketika berada di pejabat, ketika mesyuarat, termasuk harga saham yang menjunam, harga kelapa sawit yang sedang menurun dan sebagainya. Semua ingatan ini datang menyelinap dalam ingatan orang yang sedang sembahyang, semata-mata supaya seseorang itu tidak ada rasa khusyuk ketika sembahyang.

Fenomena yang dijelaskan di atas ini membuktikan bahawa gangguan iblis dan syaitan ketika seseorang itu sedang sembahyang bukan satu rekaan, atau bidaah semata-mata, tetapi ia memang benar-benar berlaku. Rasulullah menyuruh setiap orang itu berwaspada daripada gangguan iblis dan syaitan. Petua untuk mengatasi masalah bagi orang yang suka melambat-lambatkan sembahyang adalah mudah, iaitu sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang. Apabila saudara dapat melakukannya, pada satu tahap tertentu, saudara akan merasa tidak senang, rasa gelisah selagi saudara tidak mendirikan sembahyang. Dan apabila saudara telah sembahyang, saudara akan merasa lega, nikmat dan tenang kerana telah menyempurnakan sesuatu yang difardukan ke atas saudara. Ketika itu saudara akan benar-benar berupaya menghayati ibadah sembahyang, dan tentunya tidak akan bermasalah untuk mendirikan sembahyang di awal waktu.

Allah menjelaskan seperti yang tersebut dalam surah Maryam: 58 tentang mereka yang diberi nikmat Allah, yang terdiri daripada para nabi dari keturunan Adam, iaitu Nabi Noh, Ibrahim, Nabi Musa (Maryam: 51), Harun (Maryam: 53), Nabi Ismail, juga Nabi Idris (Maryam: 56). Apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang maha pemurah kepada mereka, mereka menyungkurkan diri bersujud dan menangis (Maryam: 58).

Dalam Surah Maryam: 59-60 tersebut firman Allah: Maka datanglah sesudah mereka pengganti yang mensia-siakan sembahyang dan menurutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh.

Menurut Ibn Abbas, yang dimaksudkan dengan ``mensia-siakan sembahyang'' itu bukan mereka yang meninggalkan semua sembahyang, tetapi mereka yang mengakhirkan atau melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Menurut Said bin Al-Musayyab, seorang ketua golongan tabiin, seorang daripada tujuh orang fuqaha yang terkenal di Madinah, yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah orang yang tidak sembahyang zuhur hinggalah tiba sembahyang asar, tidak sembahyang asar hinggalah tiba maghrib, dan tidak sembahyang maghrib hinggalah tiba waktu isyak, dan tidak sembahyang isyak hinggalah terbit fajar, dan tidak melakukan sembahyang subuh sehinggalah naik matahari. Barang siapa mati, apabila ia terus menerus dalam keadaan sedemikian rupa, dan tidak pula bertaubat, Allah memberi amaran balasan ``Al-Baqhy'' untuknya. Al-Baghy itu ialah satu lembah yang terdapat dalam Neraka Jahanam yang dalam lagi kotor makanan penghuninya.

Sa'd bin Abi Waqaas, seorang daripada 10 orang yang dijanjikan syurga, di antara orang yang awal memeluk Islam berkata, beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang mereka yang lalai terhadap sembahyang. Baginda menjawab menyatakan bahawa mereka itu adalah orang yang melambat-lambatkan sembahyang. Mereka sembahyang tetapi mengambil ringan menyebabkan sembahyang di akhir waktu. Allah menjanjikan mereka ``Neraka Wail'', iaitu satu neraka yang amat sakit azabnya. Sesetengah ulama menyatakan Neraka Wail adalah satu lembah yang terdapat dalam Neraka Jahanam. Seandainya dilalukan bukit-bukit yang terdapat di dunia ini di atasnya, nescaya cair semuanya kerana sangat panas. Neraka itu adalah tempat tinggal mereka yang lalai terhadap ibadah sembahyang kecuali mereka yang menyesal dan bertaubat.

Dalam Surah Al-Munafiqun: 9 dijelaskan bahawa orang yang dilalaikan oleh harta juga anak-anak adalah terdiri daripada golongan orang yang rugi: Wahai orang yang beriman, janganlah harta-harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Barang siapa berbuat demikian, mereka adalah orang yang rugi.

Ahli-ahli tafsir menafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan perkataan, ``mengingati Allah'' itu adalah sembahyang lima waktu. Maka barang siapa yang sibuk dengan hartanya, dengan berjual beli, urusan harian, kehidupannya, kilang, untung rugi, juga urusan anak-anaknya, daripada mendirikan sembahyang pada waktunya, maka mereka adalah termasuk dalam golongan orang yang rugi.

Dijelaskan dalam sebuah hadis, riwayat oleh Al-Bayhaqiy, atau namanya yang sebenar Abu Bakar, Ahmad bin Al-Husain bin Ali, seorang imam hadis, yang dilahirkan pada tahun 384 Hijrah, bahawa Umar bin Al-Khattab, telah berkata, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. Be-liau bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan-amalan yang lebih digemari oleh Allah Taala dalam Islam? Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembah-yang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang itu tiang agama.

Ketika Sayyidina Umar ditikam oleh Abu Lu'luah Al-Majusi, telah diberitahu kepadanya: Sembahyang wahai Amirul Mukminin. Beliau menjawab: Ya. Sesungguhnya tidak ada tempat bagi seseorang dalam Islam yang meninggalkan sembahyang. Beliau telah menunaikan sembahyang pada hal darahnya mengalir dari liang luka.

Dalam sebuah hadis lain dijelaskan bahawa Baginda s.a.w. ada bersabda: Barang siapa mengumpulkan dua sembahyang tanpa uzur, maka dia sesungguhnya telah mendatangi satu pintu yang besar daripada pintu-pintu dosa besar. Memang benar orang yang melambat-lambatkan sembahyang itu telah menunaikan kewajipan yang tertanggung ke atasnya, tetapi berdasarkan kepada dalil-dalil al-Quran, juga hadis-hadis, mereka yang berbuat demikian diberi amaran oleh Allah dengan azab yang pedih. Ini memperlihatkan bahawa mereka tetap berdosa. Dalam masa yang sama ditakuti orang yang terlibat meninggal dunia sebelum sempat mendirikan sembahyang pada hal waktunya telah tiba. Sebenarnya, tidak ada formula atau petua bagi orang yang suka melambat-lambatkan sembahyang kecuali terus bangun sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu. Selain daripada itu kesedaran tentang dosa dan amaran Allah ke atas mereka yang bertabiat sedemikian rupa boleh menginsafkan diri.

Tuesday 27 May 2008

Kalau Tak Suka Pulangkan

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.

Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

----------------------------------------------------------------------------

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..

"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."

---------------------------------------------------------------------------------

"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ." "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

----------------------------------------------------------------------------------

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

----------------------------------------------------------------------------------

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila"

------------------------------------------------------------------------------------

"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan................