Thursday 20 August 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Email dari kenkawan,makcik nak mereke-reke pantun dan madah indah gini idaklah pandai pun yek...

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

MARHABAN YAA RAMADHAN

Marhaban ya Ramadhan,

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah.

Sungguh cantik kain plekat,
Dipakai orang pergi ke pekan,
Puasa Ramadhan semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung,
Yang ada cuma rumpun jerami,
Harapan hati bertatap langsung,
pada coretan yang sepi ini.

Sebelum cahaya syurga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
Saya mohon maaf lahir dan bathin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

" Doa Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada).

Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri.

Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Seribu senyuman belum tentu menawan hati,
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci,
membina mengambil masa....meruntuh sekelip masa.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Wednesday 19 August 2009

Tahniah

Tahniah buat adindaku tersayang Zubaidah Abd Razak yang Convo pada Isnin lepas, Selepas lima tahun terkejar-kejar membahagikan masa di antara kerjaya dan pelajaran.

Akhirnya segala usaha dan penat lelah tersebut terbayar dengan imbuhan terbaik gelaran Sarjana Muda Sains Pembangunan sumber Manusia ditambah Anugerah Medal.

Bukan calang-calang orang yang punya semangat kental seperti adik untuk berjaya, belajar atas usaha sendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak, yang ada hanya sokongan padu dari keluarga dan teman-teman rapat...dan kini segala kesulitan yang pernah adik lalui telah menampakkan hasil yang dibanggakan.

Moga lepas ni adik akan lebih succes dalam apa jua bidang yang diceburi. Doa ikhlas dari seorang kakak...ameen.

Gambar-Gambar Kenangan Di hari Convocation


Sama tak? Sapa cun? Ahaksss



Bersama ahli keluarga yang menjadi pendorong dan tulang belakang.



Memang spisis lupa diri bila mula bergambar.



Bersama ibu tersayang...Tak habis-habis nangis!



Bersama teman baik yang banyak membantu.



Thursday 13 August 2009

Mak Dan Balang Gulanya

Masa aku kecik dulu aku selalu hairan ngan mak aku punya satu habit yang aku rasa pelik. Apa dia? Haa... setiap kali gi kedai dia mesti beli gula pasir.

Dulu aku rasa macam satu pembaziran plak, apa taknya kami bukan selalu minum atau makan kuih yang manis-manis pun. Apa motif dia simpan gula tu pun aku tak tau. Kalau ada kenduri kendara dia tetap beli gula. Takkan pakai pun gula dia simpan tu, bila aku tanya...dia kata sayang, tak ke pelik gitu...

Tapi bila aku tengok dia masukkan gula tu dalam balang kaca dan susun kat para bertingkat kat umah tu aku rasa lawa la pulak. Dia akan pakai gula tu untuk buat kuih jualan dia saja, tapi yang hairannya gula tu tak luak-luak pun macam tu juga sentiasa penuh dan tersusun cantik...

Rasanya lepas ni aku kena ikut cara mak aku pulak la. Jadi time nak raya macam ni tak pening aku nak mencari gula pasir untuk persiapan raya nanti. Tapi masaalahnya mana nak aku susunkan gula-gula tu takkan dalam almari perhiasan kot...ahakksss...

Wednesday 5 August 2009

Amalkan Doa ni

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli, Friday, July 31, 2009

H1N1 menyerang?

Bacalah doa ini

بسم الله الذي لايضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syaiun filArdhi wa la Fissama'i wa huwassami'ul 'alim


[Dengan nama Allah yang dengan namanya, tidaklah memudharatkan segala sesuatu yang ada di bumi dan langit , Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.( 3 kali)]

Kata Rasulullah saw: Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya."

HR. Abu Dawud 4/323, At-Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332,- rujuk Hisnul Muslim, boleh download di http://intisonline. com

p/s: Tadi di dalam khutbah Shaikh AbdurRazak as-Sa'di menyeru agar jemaah membaca doa ini bagi menghadapi musibah H1N1 yang semakin ganas.

Sunday 2 August 2009

Pengertian...

Hari ni aku buka blog aku baca komen-komen kat post aku tentang perpalinglah sayang tu, ada member-member yang tinggalkan msg. Aku just nak imform k...tu bukan tentang diri aku, tapi tentang someone yang rapat ngan aku, tentang someone yang aku sayang dan someone tu orang penting dalam hidup aku, dia tengah bermasaalah sekarang ni dan dia duk bercerita kat aku meluahkan apa dia rasa.

Mungkin kerana background kehidupan aku juga yang buat dia rasa selesa bercerita dengan aku, yerla aku pun datang dari keluarga yang berpecah belah ni, dan dia pun tau aku bukan nyer jenis yang nak ambil pusing hal orang lain, banyak benda lagi aku boleh buat dari busy body menjaga tepi kain orang.

Aku plak bila dengar-dengar bab macam ni memang tak tahan aku rasa sedih giler tu yang aku teremosi lebih macam aku plak yang melalui tu semua. Aku macam dapat rasa apa yang dia rasa.

Bila dia duk citer kat aku, aku rasa macam sedih sangat sebab aku tak tahu macam mana aku nak tolong meringankan bebanan yang dia tanggung...aku tak tau nak komen apa, aku takut tersilap cakap akan makin menyedihkan dia...

Aku kesian kat dia, kadang-kadang bila ada masaalah-masaalah yang begitu kita perlukan seseorang untuk melegakan hati, yang boleh mendengar dengan baik setiap luahan hati kita. Nak luahkan pada keluarga tak terkeluar dari mulut tu atau tak mahu orang keliling yang rapat turut sama bersusah hati...nak tak nak terpaksa telan sendiri.

Aku hairan bila ada perempuan yang sanggup jadi peruntuh rumahtangga kaum sejenisnya, tak berperasaan ker? kenapa dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni laki orang juga yang dia nak? Bab-bab macam ni aku takla salahkan 100% lelaki tu, dah memang semula jadinya lelaki memang mudah teruja dengan wanita yang lebih muda, yang lebih cantik, yang lebih mengoda senang cakap yang lebih segalanyala...

Tapi kadang-kadang kaum aku gak yang mengedik lebih, yerla kalau bertepuk sebelah tangan takkan jadikan. Jangan salah faham plak aku bukan menidakkan jodoh. Tapi sebagai manusia, kita di kurniakan akal untuk berfikir, akal untuk kita berfikir membezakan antara jodoh atau mengatal, janganla sebab nak hidup senang tak nak bersusah payah sampai sanggup menidakkan hak orang lain...

Janganla tengok lelaki tu cukup semuanya, ingat lelaki tu senang tanpa sedar sebenarnya lelaki tu senang pun banyak ehsan dari si isteri tadi...

Kalau nak juga pandai-pandaila bawa diri belajar-belajarla mengalah, dah terang-terang awak yang terkemudian, mengalah tak bermakna kita kalah...mengalahlah menggunakan akal tanpa sedar kita yang menang sebenarnya...

Sorryla kalau ada yang tak setuju ngan aku, Aku bukan merendah-rendahkan kaum sejenisku...apa yang cuba nak aku sampaikan aku harap orang tak salah faham aku kesian dengan mangsa-mangsa keadaan ini...

Aku kesian pada si suami yang terleka sekejap pada panahan godaan wanita yang ntah siapa-siapa, aku kesian pada si isteri yang tercari-cari dimana silap dirinya dan paling penting aku kesian pada anak-anak yang menjadi mangsa badai keretakkan rumahtangga ibubapanya.