Thursday 11 November 2010

Kisah Untuk Renungan Bersama

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar
dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta
yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang
tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang
boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab
dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah
mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menenui selembar kertas dengan coretan tangannya
dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik
program didalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya
boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik'
Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan
tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi,
jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang
masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia
Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita
bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari
cerita ini..

Friday 5 November 2010

Semalam Aku Bermimpi

Malam Pertama...

Semalam aku bermimpi....

Aku duduk diatas satu bukit yang tinggi dihadapanku lautan terbentang luas dan di belakangku anak sungai yang airnya mengalir lesu, tetapi anak sungai yang tadinya mengalir lesu dengan tiba-tiba berombak kencang sehingga ikan-ikan didalamnya melompat-melompat tinggi, limpahan besar air sungai tadi menengelamkan keseluruhan rumah dan kawasan-kawasan di sekelilingku sehingga limpahannya membawa ke laut di hadapanku..Aku terkejar-kejar nak menyelamatkan diri walaupun tempat aku berdiri tak terkena tempias walau sedikit pun.

Malam Kedua...

Beberapa minggu yang lepas...

Semalam aku bermimpi...Masih sama aku duduk di satu bukit yang tinggi berladang bersama beberapa orang yang tidak aku kenali, tiba-tiba awan mendung berarak hitam petanda hujan lebat akan turun, masing-masing cuba menyelamatkan diri, tetapi sayang bukan hujan yang turun tetapi angin kuat seolah-olah puting beliung yang meranapkan segala yang ada di sekelilingku tidak ada yang terselamat disitu habis semua tumbuh-tumbuhan dan rumah yang berada di sekeliling itu, cuma aku yang sempat berpaut pada pokok besar...dan saat aku memandang ke bawah aku sempat melihat seorang lelaki yang berjubah putih berserban menghulurkan tangan untuk membantu aku namun tidak sempat kerana datang sekali lagi taufan yang kuat tadi langsung menyapu habis keseluruhan apa yang ada di sekeliling aku sehingga pokok tempat aku berpaut juga terbelah dua...aku masih selamat tetapi tiada apa yang tinggal semuanya hitam hancur lebur...

Dua mimpi yang aku alami, aku tak tahu ianya mainan tidur atau apa, klu nak kata tidur dalam keadaan tak bersih biasanya aku tidur lepas solat isyak masih dalam uduk dan setakat suruh 4 QUL tu ayat QURSI tu mmg sentiasala...

Dlam kedua-dua mimpi itu kesudahannya aku tetap keseorangan, mungkin juga mimpi ini mainan tidur tapi bila terjadi dua kali mimpi yang begini boleh tak aku katakan aku sedang di tegur, aku kena mula muhasabah diri aku mencari mana-mana yang tak betul yang patut aku betulkan...

Ada sesiapa boleh bagi pendapat...

Friday 29 October 2010

Anak Buahku...

Gambar ahli keluarga baru kami, Anak adik ku yang ketiga...Razleen Qaseh NurQhaisara...tergeliat lidah nak menyebut...penjang bebenor....

Nasib ko la dik dapat ibu brutal dalam hari lagi bedung ntah kemana...





Zikir Tawakal

Mari kita kongsi-kongsikan zikir ini....

Hasbiyal-Laahu Wani'mal Wakiil Ni'mal Maulaa Wani'man Nashiir

Ertinya...

"Cukuplah Allah bagiku, Dialah Sebaik-baik Pelindung." (Dialah) sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong."

Info buku panduan "Islam Itu Mudah" Apakah Amalan Bagi Menjauhkan kesusahan Hidup oleh Hj Ahmad Haris Suhaimi.


Thursday 28 October 2010

Pesan Roh Kepada Manusia

::saat perjalanan adalah pencarian diri, moga sentiasa dlm redhaNya::

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Sunday 10 October 2010

Bantuan

Ada sesiapa boleh bantu... ada sesiapa tahu saya mencari bonglo untuk percutian keluarga yg boleh selesa untuk 6 keluarga, yg ada kemudahan memasak & BBQ dan paling penting i nak dekat dgn pantai. Saya nak area PD atau Cherating...

Tuesday 3 August 2010

Jalan-jalan Syurga

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga"
ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.
Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi
saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

Monday 26 July 2010

Pelabuhan Sepi

Dalam rintihan jiwa yang kekosongan
Kesepian, kedukaan yang berpanjangan
Di tinggalkan tanpa titipan kata-kata
Pada suatu pergorbanan yang sia-sia

Kekusutan menodai diri,
lara...Sengsara dalam kemelut jiwa
Terancam dalam sendu menyeksa
Sendu sebuah kisah duka...

Jangan biarkan luka ini berpanjangan
Pergi jauh di bawa bayu seberang...
Berikan diri sedikit kekuatan
Supaya kembali ketenangan yang hilang

Wahai bayu penyampai pesanan
Sampaikan jua pesanan kemaafan
Tiada Dendam di hati ini
Kepada dia insan pilihan...

Kisah semalam satu pembelajaran
Untuk meneruskan sebuah kehidupan...
Sesaat lembayung senja menampakkan warna
Petanda berakhir sehari kehidupan

Walau aku yang kau tinggalkan
Kehidupan ini harus di teruskan
Ke satu saat ia terhenti...
Membawa erti tiada lagi aku disini...

Pelabuhan ini sebuah persinggahan,
kala dihimpit kesepian,
kesinambungan sebuah penantian...
ketenanganmu mendamaikan jiwa yang lara...

Titipkan aku pesanan bahagia,
Pengubat hati yang duka,
Ingin ku kirimkan bicara rindu,
Tapi tidak kutahu kepada siapa...
Kerana pelabuhan ini masih sepi tidak berpenghuni...

Kerinduan Ini

Ketika kerinduan sering datang megentuk pintu hati
Kenangan yang membuat kita sama terluka
kenangan itu juga menjadi peneman
Saat lenaku yang sukar bertandang

Lewat perkenalan itu...
Sering mengundang rasa rindu dijiwa,
Mengajar diri ini menjadi si pemuja,
Saat itu juga diri ini mula mengerti makna cinta pertama...

Perasaan yang membuat kita sama terleka
saling memberi sebuah harapan...
Mengenali dirimu suatu perkara tak pernah diriku sesalkan dalam hidup ini,
Kita mengamyam kasih menyimpan angan untuk saling memiliki...

Namun...

Mana mungkin mengharap pada suatu ikatan yang tak pasti
Kerana kita saling dimiliki,
Masih ada ikatan lain diantara kita yang terlalu suci untuk dicemari...

Mengapa kita begitu sukar untuk memujuk hati..
Antara kita masih ada jurang dan batasan antara sedar mainan perasaan...

Biar kasih pernah kecundang
Hidup perlu diteruskan dalam kesedaran
Jangan mengharap mimpi semalam
Cukup sematkan sebagai kenangan...

Saat itu dan cerita semalam hanya satu dugaan...
Hadir dirimu sebagai ujian
Menguji diri sebuah kesetian...
Kesetian dia pemilik hati ini..

Hadirmu

Sayang,

Hadir dirimu saat diri ini terasa kekosongan,
Kau peneman saat lena sukar bertandang,
Tawa ceriamu menemani saat malam ku yang kelam
Tutur bicaramu pengubat hati yang kehilangan,

Sayang,

Padamu ingin rasanya ku luahkan rasa cinta yang bertandang
Padamu jua ingin kutitipkan kerinduan ini
Padamu jua ingin kusandarkan keresahan hati,
Padamu jua ingin ku kongsikan rasa bahagia dihati,

Namun…

Mana mungkin aku melabuhkan rasa cinta dihati
Jika dalamnya masih tersemat cinta semalam
Mana mungkin kerinduan ini ku titipkan pada mu
Jika tiada kepastian hati antara kita
Mana mungkin jua kusandarkan keresahan hati
Jika kau jauh disana

Cuma….Apa yang temampu dan aku pasti…
Kita sedang berkongsi rasa yang sama

Sayang,

Aku masih terasa sakit dengan kenangan semalam
Aku pernah terasa pedih kerana terluka
Aku masih merasai merasai segalanya sehingga kini
Pedih, sedih, sakit, dan sayang saat aku ditinggalkan

Rasa itu membuatkan aku takut untuk memulakan semula
Walaupun aku pasti aku telah pun merasai rasa itu…..

Rasa di saat aku mula akui aku selesa bersamamu…

Sunday 25 July 2010

Hati Yang Terluka

Kerana dia melukakan hatimu
Aku yang kau tinggalkan
Api dendam takkan padam
Tanpa kau sendiri memadamkannya

Hari ke hari luka ini makin dalam
Aku takut tak mampu bertahan
Jangan aku kau tinggalkan
kerana kedaifanmu tentang cinta

Kerana cintamu aku terluka
Aku bertahan kerana cinta ini masih bersisa
Sehingga tak mampu untukku membenci
Kasih dan sayang ini tidak bertepi

Kesabaran hatiku jangan kau duga
kerana kesabaranku pasti ada penghujungnya

Jangan biarkan api cintaku ini jadi pudar
Seketika dia pudar kau pasti telah kehilangan
Kehilangan kasih sayang dan cintaku buatmu

Thursday 24 June 2010

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

Jom kita kongsi-kongsikan

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Ja wapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Wednesday 2 June 2010

KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR SUNGAI DALAM LAUT

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.











Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus."
Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidakditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silamakhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar.
Dengan seketika dia pun memeluk Islam.Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.
"Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua.Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.




Tuesday 18 May 2010

Coretan Diari Yang Bisu

Suatu ketika kau masih disisi...Aku tak pernah merasai apa-apa

Kini bila kau pergi aku masih merasai perasaan yang sama...

Kau tiada disaat aku benar-benar memerlukan kau disisi...Namun kau tak pernah ada untukku.

Kini perasaan itu masih sama...tiada bezanya antara ada dan tiada...
Kerana kita memang tak pernah ada untuk satu sama lain

Zahirnya kita dilaluan yang sama, cuma kita mungkin berada di lain persimpangan...

Aku pujuk hati ku untuk merasai dan menyelami rasa apa yang mereka rasa disaat kehilanganmu, namun tetap tak dapat ku rasai kerana dalaman diriku tak pernah merasai bagaimana rasanya kehadiran dirimu disisiku...

Bukan salahku jika tidak pandai menzahirkan rasa...

Ya benar aku menangis...tapi tangisku bukan kerana kehilanganmu...tetapi tangisku hanya kerana melihat insan-insan yang ku sayang menangis kerana kehilanganmu...

Keraskah hatiku?

Tidak...cuma aku tak mampu berpura-pura sedih atas kehilangan dan pemergianmu...

Walau sekeras mana hatiku...

Aku masih insan yang sentiasa berada disisimu sewaktu di akhir hayatmu...

Dan ku coretkan lagi dalam diari bisuku ini....

Pagi itu setelah pemergianmu...sesaat dirimu telah dimandi dan dikafankan....itulah kali pertama dan juga terakhir aku mengucup dahimu, kali pertama dan terakhir juga aku merasa bersentuhan denganmu walaupun dalam keadaan kaku...

Aku mengucup dan memegang tubuh yang telah dingin dan kaku...

Kalau semalam aku masih melihat jasatmu...kini jasatmu juga telah pergi...

Semalam kau ada kita jauh...dan kini setelah kau pergi kita akan lebih jauh...cuma yang mungkin akan mendekatkan kita bacaan yaasin seusai solatku dan setulus doa sebelum mataku terpejam untuk tidur yang sementara...

Aku tak mampu menzahirkan rasa sayangku padamu kerana aku tak pernah tahu bagaimana rasa itu antara kita...

Cuma yang ada rasa tanggungjwab... dan kini walaupun setelah kau pergi aku akan terus menjalankan tanggungjawabku sewajarnya...

Tanggungjawab yang akan kupikul sehingga giliranku menyusulmu tiba...mungkin hari ini, esok, atau mungkin lusa...tapi yang pasti masaku akan tiba jua...

Dan terakhir kalinya doaku di coretan bisu ini, moga-moga rohmu ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Sunday 9 May 2010

Hari Ibu

Semalam aku dapat kejutan hari ibu dari Hanim. Since umur dia 5 tahun pun, dia memang dah selalu suprisekan aku ngan hubby dengan kad-kad ucapan yang dia wat sendiri. Tapi kali ni aku rasa aku dapat card paling cantik aku pernah dapat dari dia...

Biasanya bila ulangtahun perkahwinan,Birthday or Mother & Father day, Hanim akan create dia nyer own creativiti kad for us, bukan beli nyer tau tapi dia wat sendiri guna manila kad...

Tapi mama dia idakla anggun macam gambar dia wat nih...idaklah seslim dan seseksi itu...

Nih yang dalam...tersentuh hatiku, pantun tu aku gelak pun ada...apa taknya pantun tak der kena mengena pun ngan hari ibu tu...adatla budak darjah 3 tulis apa ajala wat syarat jer tuh..
Siap ada hadiah lagi... sat nak buka...

Dah agak pun tiap-tiap kali celebrate something mesti bunga atau yang seangkatan dengan nyer almaklumla itu yang murah...Anyway Thanks mama suka sangat semua yang anak mama bagi...Lap you dearrr...

Friday 7 May 2010

Forgive & Forget

Satu ketika dulu, dia orang yang paling aku sayang seperti adik, apa saja yang aku lakukan dia yang aku utamakan...namun kini semuanya telah berubah...

Aku bukan sesiapa lagi dimatanya, sewenang2nya dia memburukkan aku...puas aku terfikir dimana silapnya...adakah aku yang terlalu memberi muka sehingga ke saat ini aku balik yang di injak2...

Susah nak di perkatakan soal hati, kadang-kadang aku melihat dia sebagai contoh atau idola yang patut di contohi. Solat sentiasa terjaga malah soal agama ni aku memang tabik springla kat dia memang tip-top...

Namun kini segalanya berubah hormat dan rasa kasihku hilang sama sekali, dia yang aku rasakan baik adalah manusia yang cukup pandai berpura-pura, yang bersikap baling batu sembunyi tangan,sanggup menikam kawan untuk kepentingan diri sendiri,ibarat kata orang seperti gunting dalam lipatan...

Namun aku reda, tapi besar pengajaran yang aku dapat. Berbaik2 dengan orang perpada2la...jangan terlalu percaya. Aku tetap mendoakan yang baik-baik untuk dia...suatu masa aku cuma berharap dia sedar apa yang dia lakukan...

Dan kerana dia juga aku kini mula belajar jadi manusia yang paling hipokrit. berhadapan dengannya aku menjadi manusia yang paling baik, penuh dengan kata-kata yang manis, namun hakikatnya jauh di sudut hati ALLAH yang lebih tahu...hanya DIA dan aku yang tahu...

Insyaallah i still can forgive and i'll work hard to forgett....

Tuesday 13 April 2010

Score A Program

Salam, ni nak share ngan kekawan klu ade yang berminat, saya dah try dah. Bagus juga untuk anak-anak, sesapa ada anak tu cuba-cubalah baca mana tau berminat, klik bawah ni tekan online Demo masukkan ID 82828 untuk tau lebih detail apa itu Score A atau nak detail lagi, mail me at this add izah_shb@yahoo.com

Klick here
http://www.scorea.com

Bagaimana cara untuk melangan Score A Program?

Score A Programe

Terdapat 2 pilihan pembelian.

Pilihan pembelian 1.

1 kad/portal SAP yang berharga RM 298 :
Pendaftaran untuk 1 orang anak i.e 1 Activation Code (RM50).
Penggunaan akses) selama 3 bulan i.e. 1 Top-up Code (RM248).
Tambahan RM50 bagi pendaftaran setiap tambahan anak ke 2 dan seterusnya, sekali sahaja seumur hidup.

Top-up RM248 bagi penggunaan semula selama 3 bulan seterusnya bagi kesemua anak.

Pilihan pembelian 2.

2 kad/portal SAP yang berharga RM 596 :
Pendaftaran untuk 1-2 orang anak i.e. 2 Activation Code (RM50 x 2 orang anak).
Penggunaan(akses) selama 6 bulan i.e. 2 Top-up Code (RM198 x 2 orang anak).
Tambahan RM50 bagi pendaftaran setiap tambahan anak ke 3 dan seterusnya, sekali sahaja seumur hidup.

Top-up RM198 bagi penggunaan semula selama 3 bulan seterusnya bagi kesemua anak.
Pilihan pembelian 3.

10 kad/portal @ bersamaan 5 set portal yang berharga RM 1788:
Pendaftaran untuk 10 orang anak i.e. dah jimat untuk Activation code (RM50 untuk setiap anak).
Penggunaan (akses) selama 2 tahun 6 bulan, bersamaan 30 bulan akses.
Tidak perlu belian top up selama 30 bulan.(Jimat lagi).
Boleh digunakkan secara percuma sekiranya:
Ø Anda mempunyai 5 set portal bersamaan 10 kad untuk penggunaan selama 30 bulan.
Ø 2 set anda gunakkan untuk anak anda.
Ø 3 set anda berkongsikan dengan adik beradik,sedara @ kawan2..dimana mereka gunakan dan anda dapatkan balik modal.(RM596 x 3 kad = RM 1788).
Ø Jadi 2 set tersebut anda telah gunakan secara percuma.

Di sini saya hendak tunjukkan perbandingan antara pilihan 2 dan pilihan 3, seperti berikut:
RM 596 + RM 198 x 8 kali (top-up) = RM 2182 Pilihan 2
6 bulan 24 bulan 30 bulan
Jadi sekiranya pilihan 2 = RM 2182 – RM 1788(pilihan 3) = RM 394.00 (berlakunya penjimatan)

Perbandingan am dengan kos pengajian di kelas-kelas tuisyen konvensional.

Nota: Pengiraan Kos Pembelajaran Score A Programme™Kos 1 anak sebulan, untuk semua

subjek, 24x7: • Ada 1 anak = RM298 / 3 bulan / 1 orang = RM99.33 sebulan• Ada 2 anak = RM596 / 6 bulan / 2 orang = RM 49.66 sebulan• Ada 3 anak = RM596 + 50 / 6 bulan / 3 orang = RM 35.88 sebulan• Ada 4 anak = RM596 + 100 / 6 bulan / 4 orang = RM 29.00 sebulan• Ada 5 anak = RM596 + 150 / 6 bulan / 5 orang = RM 24.86 sebulan

Terbukti ianya MURAH ! murah !Lebih murah daripada harga melanggan Astro !Lebih murah daripada kos pembelajaran tuisyen i.e. rm60 sebulan untuk 1 orang anak, untuk 1 subjek, 4 jam seminggu.

Sunday 21 March 2010

Salah Siapa

Lama kiranya blog ini saya tinggalkan tanpa khabar, sekarang ni saya dah mula giler dengan membaca novel semula, dulu dah terasa bosan untuk membaca almaklumlah hari-hari hubby duk bising suh baca buku ilmiah plak, pegang jer buku ilmiah mata pun terpadam…so nak buat cam ner terpaksalah senyap sekejap tunggu mulut hubby senyap sambil tu merapu-rapula dalam blog ni…

Tapi memang betulla tak lengkap hidup rasanya tanpa membaca jiwa rasa kosong… rasa bodoh pun ada. Sudahnya sekarang ni mula balikla hobi lama tu membaca, adatla bila dah mula kemaruk membaca bersawang pula blog saya ni..

Apa pun sesuatu yang saya rasa patut di kongsikan dengan semua orang disini, tentang pembuangan bayi, yang terparu semalam di Ipoh seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di temui didalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah.

Sayangkan? Dan dah tentu diantara kita mengutarakan rasa sayang dah kasihan. Tetapi cukupkah setakat kata – kata sayang dan kasihan begitu yang paling mudah terluah dari bibir bukan hati, Mengapa saya katakan begitu?

Kebanyakkan kanak-kanak yang di buang begitu biasanya bukan anak-anak yang lahir dari sebuah perkahwinan yang sah, Kata sopannya anak tak sah taraf mana kala kata kasarnya anak luar N…h.

Mana mungkin seorang ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan sanggup membuang zuriat mereka seperti sampah begitu jika anak itu terhasil dari sebuah pernikahan yang sah.

Bila terjadi kes-kes pembuangan seperti ini siapa yang selalu di persalahkan? Tentu ibu atau gadis-gadis yang mengandung luar nikah di persalahkan seratus peratus.

Tapi pernah kita terfikir yang kita juga mungkin tergolong dalam peyumbang gejala pembuangan bayi seperti ini

Atas sebab apa saya katakan begitu? Kerana saya sendiri pernah melaluinya…bukanlah saya yang mengandung, tapi saya pernah memelihara anak yang tidak sah taraf ini.

Bertahun saya berkahwin mungkin rezeki tak menyebelahi saya dan hubby kami tak di kurniakan zuriat, jadi kami mengambil keputusan mengambil anak angkat. Kalau sebut anak angkat ni.

Mana ada ibu-bapa yang sanggup menyerahkan anak mereka pada orang lain. Mereka sanggup tak makan dari menyerahkan anak mereka kepada orang lain untuk di pelihara.

Alhamdulillah dalam kami tercari-cari kami dapat seorang wanita yang hamil yang ingin menumpangkan anaknya kepada kami dalam jangka waktu yang dia sendiri tak pasti berapa lama.

Dan menurut perjanjian anak itu akan saya pelihara sehingga si ibu tadi mampu berdikari sendiri dan keadaan hidupnya dah stabil semula, Pada saya dan hubby pulak tak kisahla niat kami pun cuma membantu di samping menumpang kasih, sampai masa nanti dia nak ambil semula silakan, asalkan jangan terputus hubungan sudah.

Apa yang ingin saya katakan di sini pandangan masyarakat sekeliling yang suka menghukum wakaupun dah terang-tarangan silapnya bukan si anak. Namun si anak juga yang di hina bukan itu saja kami yang memelihara ni pun sering di peril-perli.

Tak perlu keluar rumah. Yang dalam rumah, orang yang terdekat dengan kita pun kadang-kadang menyakitkan hati kita kerana memelihara anak seperti itu. Apatah lagi di luar.

Pernah sewaktu mahu mendaftarkan dia di Sekolah Agama Rakyat, hubby memberikan surat beranak kepada ustaz tujuan pendaftaran, Dengan lantang ustaz tu berkata” Bin Abdullah? Ic Encik lain? Hubby pun menyatakan “saya penjaga dia” jelas kedengaran suara-suara di belakang hubby menyebut “anak luar nikah la tu.

Sedihnya… kami yang menjaga dia tuhan jer yang tahu. Yang menyedihkan kami anak kami menjauhkan diri keluar dari klass tersebut, faham mungkin orang bercerita tentang dirinya, hubby lebih lagi la malu nyer kerana orang-orang di belakang menganggap itu anak luar nikahnya.

Sikap ustaz tu sepatutnya dia lebih arif tentang tu tak perlulah sebut benda-benda yang boleh mendatangkan syak wasangka pada orang lain tu kuat-kuat. Itukan dah di kira membuka keaibkan orang.

Namun tak semua orang bersikap seperti Ustaz tersebut, Ramai juga yang berperi kemanusian. Sewaktu mendaftar di Sekolah Kebangsaan tak timbul pun ayat sumbang seperti itu. Bila melihat surat beranak dan saya memberikan isyarat mata dan bibir bahawa saya penjaga guru tersebut terus diam tak kedengaran sebarang komen yang tidak baik pun.

Dan sekarang anak ku itu sudah balik ke ibu yang melahirkannya, saya tak pernah kesal diberi peluang membesarkannya selama 11 tahun, sekarang dia dah berumur 16 tahun, namun sekarang dia dah tak mahu bersekolah lagi, saya faham apa yang dia lalui.

Cuma selalu yang saya ingatkan dia. “tak berjaya dalam akademi tak semestinya tak berjaya dalam hidup selagi ada usaha dan kemahuan selagi itu ada kejayaan menanti kamu,Cari kelebihan dalam diri kamu, dengan kelebihan itu kamu majukan diri kamu.

Bila kamu berjaya takkan ada orang pertikaikan siapa kamu, kamu tetap ada mak, mama dan papa yang sentiasa menyokong kamu.

Setengah masyarakat kita ni masih berfikiran kolot menteliti kelas ke tiga, lagi-lagi bangsa kita sendiri bukan nak membantu menghina lagi adalah. Bila terjadi kes-kes buang bayi macam ni masing-masing menunding jari menyalahkan orang sana sini tapi bila di fikirkan balik siapa yang bersalah sebenarnya.

Ibu-bapa memberikan pendidikkan yang sempurna dunia akhirat, anak-anak menjadi mangsa arus kemodenan dan pembangunan hingga lupa lupa halal haram, Nak salahkan komodenan dan pembangunan tak boleh juga sebab ianya satu keperluan.

Terlanjur, mengandung kesal ingin pulang ke pangkal jalan, tetapi sikap kita yang selalunya memesongkan niat mereka. Akhirnya apa yang terjadi? Itulah kesannya bersalin dalam toilet takut pandangan masyarakat dan takut nak bertanggung jawab, buang…mudahkan?