Monday 25 May 2009

Hutang

Sekarang ni every weekend aku cabut balik kampung tulun mak aku apa yang patut, biasala selagi majlis kawin adik aku belum selesai selagi tu la kami semua kebusy-busyan, Aku just nak kongsi satu citer ni jer.

Ada sorang hamba Allah ni aku rasa dia tak tau pun aku balik kampung agak nyer... sebab selalu tuh kalau balik dengan kete hubby, tapi last weekend aku balik ngan kete aku...

Kebetulan member tu datang hantar ubi kayu yang mak aku pesan,lagi satu biasala kalau dah dekat2 ni kenduri kendara ni jiran-jiran duk datang bertanya kan kerja apa nak buat. Kenduri kat kampung tak sama cam kat kl ni semua kena wat sendiri paling tak pung upah katering jer...mungkin tu salah satu sebab juga dia datang nak menolong...

Aku perasan member tu terkezut nengok muka aku, aku wat selamba jer... dia pun sama kontrol cun...kami duk sembang-sembang almaklumla lama tak jumpa. Dalam duk rancak bersembang tu member dapat call. Naik berpeluh aku dengar dia bercerita dalam phone tu, mana taknya dalam gawat-gawat ni cakap takder nyer yang rendah projek main puluh ribu jer...

Projek-projek ribu-ribu pun hutang aku setakat seribu setengah sampaila ni tak berbayar dah makan tahun rasanya...apa punya orang pun aku tak tau la manusia-manusia yang macam ni. Dia boleh duk berbual ngan aku tanpa ada rasa malu atau bersalah pun...

Kalau aku plak berhutang ngan orang selagi tak selesai selagi tu ler aku rasa ada batu berat kat bahu aku nih yang aku harus pikul tapi org leh wat dont know jer...muka punya selamba tanpa rasa bersalah pun... tak malu ker woiii!!!

Tensionnya aku...dulu bila aku tanya, dia selalu bagi alasan tak cukup duitla macam-macam lagila, la ni bila aku wat senyap member lagila senyap...aku sampai dah malas nak minta aku cuma doa jer kalau dia mampu gerakkanlah hati dia untuk bayar duit aku tuh, tapi kalau dia betul tak mampu ikhlaslah hati aku untuk halalkan jer hutang dia tuh... tapi bila dengan cara dia bercakap tu ikhlas aku ntah kemana-mana dah terbangnya...

Bagi aku dia bukan tak mampu nak bayar tapi memang jenis liat nak bayar...

Aku nak bagi peringatan la kat manusia-manusia yang suka berhutang nih... kalau dah namanya hutang tu bayarla... jangan lari-lari atau buat-buat lupa, hutang ni ko lari dalam lubang kubur pun dia tetap mengejar... takkan lupus gitu jer... kalau dah rasa-rasa susah sangat berbahasala pasang niat memang nak bayar hutang orang yang kita berhutang tuh...

Disamping tu usaha dan doa setiap kali solat tu, Ni aku nak ajar baca doa ni...

Ya Allah Ya Tuhan kau permudahkanlah rezekiku lapangkanlah dan perluaskan rezekiku serta kau berkatilah apa jua yang kau rezekikan kepadaku, janganlah kau duga aku dengan sesuatu yang diluar kemampuan aku sebagai hambamu, janganla kau duga aku dengan kesusahan sehingga aku hidup terpaksa meminta-meminta dan di kelilingi hutang, Ya Allah ya Tuhanku janganlah kau matikan aku dalam keadaan berhutang sesama manusia...permudahkanla ianya bagiku...

DOA AGAR
TUKAR TAKDIR BURUK


اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِي شَقِيًّـا ، فَـامْحُنِي وَاكْتُبْنِي سَعِيْدًا

Ya Allah, sekiranya Engkau sudah tulis (dalam loh mahfuz) bahawa aku akan menderita, maka hapuskanlah (takdir buruk itu) daripadaku dan gantikanlah agar aku bahagia.
(Doa yang diamalkan oleh Abdullah Bin Umar Bin Al-Khattab)

Doa yang kat atas tu memang yang selalu aku amalkan setiap kali aku solat dan nak tidur, minta-minta dijauhkanla ajalku di jemput selagi aku ada terikat berhutang sesama orang disekelilingku...

Doa yang kat bawah tu aku dapat dari kawan-kawan yang gi class ustaz Abdullah Yasin...itu pun elok kita amalkan...

Wednesday 6 May 2009

Happy Mother's Day

Sebenarnya aku dah lupa pun bila mother's day ni, tapi semalam balik kerja jemput Hanim, tetiba dia bagi bunga ros sekuntum siap ngan kad buatan sendiri lagi, and siap cakap "Selamat Hari Ibu Mama...Hanim tak tau bila hari ibu tapi Hanim tengok Iklan kat tv jadi Hanim terasa macam nak bagi mama hadiahla"

Patutla hari selasa tuh dia minta lima henget ngan aku siap pesan jangan tanya dia nak wat apa...ada suprise nanti tuk mama...touching plak rasanya...

Hanim memang selalu wat kejutan pun bila hari-hari penting ni, macam tahun-tahun sebelum nih mother's day mak-mak sedara pun dapat kad ucapan buatan sendiri dari dia...tapi faham2 jerla budak umur 7 tahun nyer kad ucapan kelakar pun ade...

Macam tu juga kalau bday atau annniversary kami dia yang dulu ingat, tapi yang tak best nyer...dia pau aku dulu tuk beli hadiah bagi kita orang, jangan harap nak pakai duit dia...habis sebijik ikut perangai hubby aku...nasib baik kalau ikut perangai boros aku nih habis laa...

Nih copy paste jer dari email kenkawang pagi tadi... Happy mother's day to all mum in this world

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Monday 4 May 2009

Jemput Ler...

Sekarang ni aku tak punya masa nak update blog aku nih.. hari2 balik kerja jer... tugas aku duk merebang kerumah sedara-mara sekitar kl nih menghantar kad jemputan(rasa cam makcik-makcik jer bila kena buat kerja nih).

Malam plak aku sibuk duk membungkus hamper2 comey hadiah tetamu untuk majlis kawin adik aku...sampai letih jari-jari aku tension tuh, tak lama dah...pejam celik dua minggu lagi majlisnya tuh...

Toa all friend yang baca blog aku nih nak datang sila-silakan lah...tapi adatlah yek aku tak wat kat dewan-dewan atau hotel-hotel lima bintang tapi kat rumah buruk kat kampung aku tuh jer...majlis akad nikah dan berinai 30/5 dan langsungnyer 31/5/2009.

Sesapa nak nengok dua-duanyer leh la mula booking Era Golf & Country Resort(10minit jer dari umah aku)tu untuk bermalam. Sebab kalau kenduri kendara cam nih gumah aku sedara mara aku jer dah penuh...aku pun dah booking 6 bilik untuk keluarga sebelah mentua aku... so sesapa yang sudi nak datang tu anda dialu-alukan yek...

Nonie dan Ina tak yah kad lagila yek... aku jemput kat blog ni jer datang ler...

*Nih alamatnyer...terlupa daa...kang ader yang kata tak ikhlas kang macam beriyer-iyer menjemput add nyer tak dak... sowiila...

No 200 Block 9 Felda Gugusan Raja Alias 4,
72120 Bandar Baru Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus