Thursday 6 October 2011

Puisi KHALIL GIBRAN

Cinta yang agung

Adalah ketika kamu menitikkan air mata

Dan masih peduli terhadapnya…

Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu

kamu masih menunggunya dengan setia...

Adalah ketika dia mulai mencintai org lain dan kamu masih bisa tersenyum sambil berkata

"AKU TURUT BERBAHAGIA UNTUK MU"

Apabila cinta tidak berhasil... bebaskan dirimu...

Biarkan hatimu melebarkan sayapnya

Dan terbang lagi ke alam bebas...

Ingatlah bahawa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya

Tapi ketika cinta itu mati...

Kamu tidak perlu mati bersamanya 

Orang terkuat bukan mereka yang selalu menang...

Melainkan  mereka yang tetap tegar ketika mereka

Walaupun cintaku masih tiada di dalam hatimu...

belajarlah menerima diriku seadanya sayang...

Titipan Buat Dia

Suatu ketika kau masih disisi...Aku tak pernah merasai apa-apa

Kini bila kau pergi aku masih merasai perasaan yang sama...

Kau tiada disaat aku benar-benar memerlukan kau disisi...Namun kau tak pernah ada untukku.

Kini perasaan itu masih sama...tiada bezanya antara ada dan tiada...
Kerana kita memang tak pernah ada untuk satu sama lain

Zahirnya kita dilaluan yang sama, cuma kita mungkin berada di lain persimpangan...

Aku pujuk hati ku untuk merasai dan menyelami rasa apa yang mereka rasa disaat kehilanganmu, namun tetap tak dapat ku rasai kerana dalaman diriku tak pernah merasai bagaimana rasanya kehadiran dirimu disisiku...

Bukan salahku jika tidak pandai menzahirkan rasa...

Ya benar aku menangis...tapi tangisku bukan kerana kehilanganmu...tetapi tangisku hanya kerana melihat insan-insan yang ku sayang menangis kerana kehilanganmu...

Keraskah hatiku?

Tidak...cuma aku tak mampu berpura-pura sedih atas kehilangan dan pemergianmu...

Walau sekeras mana hatiku...

Aku masih insan yang sentiasa berada disisimu sewaktu di akhir hayatmu...

Dan ku coretkan lagi dalam diari bisuku ini....

Pagi itu setelah pemergianmu...sesaat dirimu telah dimandi dan dikafankan....itulah kali pertama dan juga terakhir aku mengucup dahimu, kali pertama dan terakhir juga aku merasa bersentuhan denganmu walaupun dalam keadaan kaku...

Aku mengucup dan memegang tubuh yang telah dingin dan kaku...

Kalau semalam aku masih melihat jasatmu...kini jasatmu juga telah pergi...

Semalam kau ada kita jauh...dan kini setelah kau pergi kita akan lebih jauh...cuma yang mungkin akan mendekatkan kita bacaan yaasin seusai solatku dan setulus doa sebelum mataku terpejam untuk tidur yang sementara...

Aku tak mampu menzahirkan rasa sayangku padamu kerana aku tak pernah tahu bagaimana rasa itu antara kita...

Cuma yang ada rasa tanggungjwab... dan kini walaupun setelah kau pergi aku akan terus menjalankan tanggungjawabku sewajarnya...

Tanggungjawab yang akan kupikul sehingga giliranku menyusulmu tiba...mungkin hari ini, esok, atau mungkin lusa...tapi yang pasti masaku akan tiba jua...

Dan terakhir kalinya doaku di coretan bisu ini, moga-moga rohmu ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.

Pelabuhan Sepi

Dalam rintihan jiwa yang kekosongan
Kesepian, kedukaan yang berpanjangan
Di tinggalkan tanpa titipan kata-kata
Pada suatu pergorbanan yang sia-sia


Kekusutan menodai diri,
lara...Sengsara dalam kemelut jiwa
Terancam dalam sendu menyeksa
Sendu sebuah kisah duka...


Jangan biarkan luka ini berpanjangan
Pergi jauh di bawa bayu seberang...
Berikan diri sedikit kekuatan
Supaya kembali ketenangan yang hilang


Wahai bayu penyampai pesanan
Sampaikan jua pesanan kemaafan
Tiada Dendam di hati ini
Kepada dia insan pilihan...


Kisah semalam satu pembelajaran
Untuk meneruskan sebuah kehidupan...
Sesaat lembayung senja menampakkan warna
Petanda berakhir sehari kehidupan


Walau aku yang kau tinggalkan
Kehidupan ini harus di teruskan
Ke satu saat ia terhenti...
Membawa erti tiada lagi aku disini...


Pelabuhan ini sebuah persinggahan,
kala dihimpit kesepian,
kesinambungan sebuah penantian...
ketenanganmu mendamaikan jiwa yang lara...


Titipkan aku pesanan bahagia,
Pengubat hati yang duka,
Ingin ku kirimkan bicara rindu,
Tapi tidak kutahu kepada siapa...
Kerana pelabuhan ini masih sepi tidak berpenghuni...

Kerinduan Ini

Ketika kerinduan sering datang megentuk pintu hati
Kenangan yang membuat kita sama terluka
kenangan itu juga menjadi peneman
Saat lenaku yang sukar bertandang


Lewat perkenalan itu...
Sering mengundang rasa rindu dijiwa,
Mengajar diri ini menjadi si pemuja,
Saat itu juga diri ini mula mengerti makna cinta pertama...


Perasaan yang membuat kita sama terleka
saling memberi sebuah harapan...
Mengenali dirimu suatu perkara tak pernah diriku sesalkan dalam hidup ini,
Kita mengamyam kasih menyimpan angan untuk saling memiliki...


Namun...


Mana mungkin mengharap pada suatu ikatan yang tak pasti
Kerana kita saling dimiliki,
Masih ada ikatan lain diantara kita yang terlalu suci untuk dicemari...


Mengapa kita begitu sukar untuk memujuk hati..
Antara kita masih ada jurang dan batasan antara sedar mainan perasaan...


Biar kasih pernah kecundang
Hidup perlu diteruskan dalam kesedaran
Jangan mengharap mimpi semalam
Cukup sematkan sebagai kenangan...


Saat itu dan cerita semalam hanya satu dugaan...
Hadir dirimu sebagai ujian
Menguji diri sebuah kesetian...
Kesetian dia pemilik hati ini..

Hadirmu

Sayang,

Hadir dirimu saat diri ini terasa kekosongan,
Kau peneman saat lena sukar bertandang,
Tawa ceriamu menemani saat malam ku yang kelam
Tutur bicaramu pengubat hati yang kehilangan,

Sayang,

Padamu ingin rasanya ku luahkan rasa cinta yang bertandang
Padamu jua ingin kutitipkan kerinduan ini
Padamu jua ingin kusandarkan keresahan hati,
Padamu jua ingin ku kongsikan rasa bahagia dihati,

Namun…

Mana mungkin aku melabuhkan rasa cinta dihati
Jika dalamnya masih tersemat cinta semalam
Mana mungkin kerinduan ini ku titipkan pada mu
Jika tiada kepastian hati antara kita
Mana mungkin jua kusandarkan keresahan hati
Jika kau jauh disana

Cuma….Apa yang temampu dan aku pasti…
Kita sedang berkongsi rasa yang sama

Sayang,

Aku masih terasa sakit dengan kenangan semalam
Aku pernah terasa pedih kerana terluka
Aku masih merasai merasai segalanya sehingga kini
Pedih, sedih, sakit, dan sayang saat aku ditinggalkan

Rasa itu membuatkan aku takut untuk memulakan semula
Walaupun aku pasti aku telah pun
merasai rasa itu…..

Berpalinglah Sayang

 

Sayang...

Mengapa dan apa yang kurang lagi dalam hidup kita sehingga kasihmu kini beralih pergi, segala yang kita sulam selama ini tidak lagi memberi erti kepadamu, tidak mengapa aku terluka...

Tapi berpalinglah sayang walau sebentar lihatlah cahaya bening pada mata anak-anak kita... anak-anak hasil kasih sayang dan ukapan cintamu selamu ini...

Saat ini sudah seminggu kau pergi meninggalkan aku dan anak-anak kita, selepas berbulan kau memusuhiku hanya kerana kehadiran dia dalam hidupmu... disaat aku memujukmu pulang hanya kata-kata kesat dan makian darimu yang aku terima...

Ya aku terima segalanya demi anak-anak kita... ikutkan hati aku tak mahu dan tak ingin merintih kepadamu namun semua ku lakukan ini hanya kerana anak-anak kita.

Sayang,

Ini bukan kali pertama hati ini kau lukai, malah hati ini berkali-kali dilukai lagi dan lagi...tetapi sehingga ke saat ini aku tak pernah lelah mempertahankan mahligai kita, dan aku tak akan pernah mengaku kalah...

Kerana disaat hati ini ingin membenci dirimu, sering ku pujuk hati ini...mungkin kali ini kau masih sama...kau melatah, kau terleka dengan nikmat dunia yang tak memberi jaminan apa-apa, dan yang berlaku ini mungkin diluar kesedaranmu...

Sering ku pujuk hati ini betapa kau mencintai aku...betapa suatu ketika dulu susah untuk kita mengukir bahagia...kita sering memujuk sesama sendiri untuk mempertahankan hubungan kita.

Sungguh pun kedua keluarga kita saling membenci namun kita berkeras pertahankan ikatan ini kau bertahan menunggu di saat kedua keluarga kita merestui sehingga keakhirnya kitalah menantu kesayangan keluarga.

Sayang,

Seringku renung diriku apa yang kurang, ikutkan dulu dan sekarang... sekarang hidup kita punya segalanya...mengapa disaat aku ingin menarik nafas lega kau tersasar dalam mengatur perjalanan hidupmu...

Kau lelaki yang ku pertaruhkan seluruh hidupku...Kau lelaki yang aku cintai sejak aku mengenal apa itu cinta...kau satu-satunya lelaki yang berjaya manakluki seluruh kehidupanku...namun mengapa ini kesudahannya...

Sayang,

Jika benar tiada lagi rasa cinta dihatimu...lepaskan aku pergi mencari bahagiaku, jika semalam-semalam dalam hidup kita kau sering mengugut melepaskan aku pergi...lepaskanlah...walaupun perit tapi aku masih ada tiga kekuatan yang akan menumpang aku disaat aku ingin rebah...

Anak-anak kita yang menjadi nadi kekuatan bagiku, anak-anak yang sering berkongsi air mata disaat kau lupa siapa aku...anak-anak yang sering menjadi penawar disaat aku kesakitan terluka dengan setiap perbuatanmu...

Pergilah sayang jika benar bersamanya kau bisa bahagia yang mungkin tak kau temui disaat kita bersama... doakan juga bahagia itu juga milikku dan anak-anak

Pertemuan & Perpisahan

Bertemu dan berpisah, Lumrah sesuatu ikatan mahu pun perhubungan, Tapi itulah hakikat yang tertulis mungkin setakat itu jodoh kita untuk bertemu, mungkin setakat itu kesetian yang mampu kita pertahankan, dan setakat itu juga kesabaran menduga diri kita.

Kita sebagai manusia cuma mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan segalanya..Tiada satu umat pun didunia ini yang bertemu untuk berpisah. Tiada siapa juga yang inginkan perkahwinan dan perhubungan yang dibina hancur dipertengahan.

Namun,

Perkahwinan dan perhubungan itu ibarat satu perjudian dalam perperangan, menang atau kalah kita tak akan tahu mahu pun dapat menduga titik perhentiannya...Tapi yang pasti menang dan kalah itu tetap ada, tetap akan ada perhentiannya. Cuma mungkin dlm keadaan yang berbeza. Ada yang perhentiannya dipisahkan dengan kematian atau bercerai hidup.

Bukan mudah mempertahankan suatu kesetian dalam sesebuah perhubungan, Mungkin kita dipertemukan dengan sebaik-baik lelaki untuk bergelar suami untuk kita letakkan seluruh jiwa,raga dan sepenuhnya kepercayaan kita.

Namun diluar sana ada kalanya kaum sejenis kita pula yang bermain kotor dan tersasar melandaskan kasih dan terperangkap dalam permainan yang dicipta sendiri atau itulah yang sebaliknya.

Mempertahankan sesuatu perkahwinan bukan semudah meluahkan janji sehidup semati, dalam sebuah perkahwinan banyak onar dan duri yang harus ditempuh. Tersilap langkah akan berdarah yang menyakitkan.

Rasanya dugaan dari saat kelahiran sehinggalah saat kematian, dugaan sepanjang dalam alam perkawinanlah yang paling panjang untuk kita lalui. Dugaan yang sering kali menguji kekuatan dan ketabahan seseorang tak kiralah sama ada kita seoarang isteri mahu pun seorang suami pasti melaluinya. Cuma mungkin cara yang berbeza.

Tetapi yang Pasti Allah tak akan menduga kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Dan apabila kita telah berusaha untuk yang terbaik namun masih ada kecacatan, maka berserahlah dan terus berdoa supaya diberikan kekuatan dalam mempuh apa jua dugaan yang mendatang.

Hati yang Terluka

Kerana dia melukakan hatimu
Aku yang kau tinggalkan
Api dendam takkan padam
Tanpa kau sendiri memadamkannya


Hari ke hari luka ini makin dalam
Aku takut tak mampu bertahan
Jangan aku kau tinggalkan
kerana kedaifanmu tentang cinta


Kerana cintamu aku terluka
Aku bertahan kerana cinta ini masih bersisa
Sehingga tak mampu untukku membenci
Kasih dan sayang ini tidak bertepi


Kesabaran hatiku jangan kau duga
kerana kesabaranku pasti ada penghujungnya


Jangan biarkan api cintaku ini jadi pudar
Seketika dia pudar kau pasti telah kehilangan
Kehilangan kasih sayang dan cintaku buatmu