Monday 26 November 2007

Election & Kenaikan Harga Barang

Dua tiga hari lepas ketika mengadakan majlis makan-makan di rumah, menjemput kesemua adik-beradik dan jiran terdekat, terdengar perbualan kaum lelaki termasuk hubby dalam lingkungan berumur 40an keatas.Perbincangan yang lebih menjurus kepada isu semasa terutamanya pilihanraya dan kenaikkan harga barang dan sebagainya, yang kononnya segalanya tak sempurna dengan ketidak adilan jika dibandingkan dengan itu atau ini...

Apa jua kata-kata mereka ini membuatkan aku tersenyum sendirian, betapa selepas 50 tahun kemerdekaan ini, masih belum memberi apa-apa kesedaran kepada orang-orang sebegini. Kebetulan salah seorang yang berbual atau lebih tepat lagi yang dengan banganya mengeluarkan fakta itu dan ini amat aku kenali.

Tidakkah terfikir oleh orang sebegitu dimana dia mencari rezeki sewaktu belum pencen dan atas bantuan siapakah anak-anaknya melanjutkan pelajaran higga berjaya dalam bidang masing-masing jika bukan bantuan Kerajaan ini. Mampukah dia menangung pembelajaran anak-anaknya di Universiti yang kosnya tinggi melambung, kalau tanpa bantuan kerajaan. Seharusnya dia bersyukur, kerana dengan bantuan Kerajaanlah dia mampu memperolehi rezeki bagi menyara keluarganya, bahkan sekarang di saat usia senjanya dia boleh berehat di kedai-kedai kopi, tanpa runcing kerana segala urusan kehidupanya telah terjamin di bumi sendiri. Malah setiap bulan wang pencennya bersih masuk kedalam account.

Negara kita semakin maju kenapa harus di pertikaikan kenaikan harga barang, kalau petrol naik bising tu ada jugala logiknya, ini tepung naik pun kita yang perempuan ni tak bising kaum dia yang lebih. Nak kata menyumbang lebih kepada barang dapur setakat dia yang aku kenal bukan ambil kisah pun tentang itu semua. Semua atas tangungjawab si isteri.

Kalau nak bandingkan Negara lain agak-agaknya Amerika yang maju tu berapa harga seliter petrol dan sekilo gandum? Alang-alang buat perbandingan baik kita bandingkan harga itu semua dengan negara-negara maju kerana negara kita sendiri keera kemajuan. Kenapa harus di bandingkan dengan negara-negara lain yang kurang maju atau berada setakuk atas dari negara kita.

Sebenarnya atau secara jujurnya aku seboleh-bolehnya mengelakkan dari cerita-cerita seperti ini, kerana ianya isu sensetif namun kadang-kadang aku jadi marah juga kepada hamba Allah yang sebegini. Tak sudah-sudah mencari silap orang cuba selidik diri sendiri dulu. Sikap seperti tin kosong tu eloklah di buangkan jauh-jauh. Sekali dua orang bolehla dengar, tapi kalau setiap kali itu yang di suarakan menyampah juga cakap lebih tapi isinya kosong.

Bukan senang nak memerintah sesebuah Negara dan memuaskan hati semua orang, sedang dalam rumah tangga kita sendiri pun, susah untuk kita nak managed bagi memuaskan hati semua ahli keluarga inikan pula dalam sebuah Negara dan berapa juta pula rakyatnya...

Alangkah baik kalau kita lebih risaukan gejala sosial di penempatan kita atau di sekeliling kita, dari memikirkan benda-benda yang mendatangkan tak puas hati kepada diri sendiri.

Kita nak bising harga barang naik; dia tetap akan naik nak boikot, setakat mana kita nak boikot? Seorang kita boikot 10 orang dari kita tetap akan beli benda yang kita boikot, kerana ianya satu keperluan dan ada kepentingan.

Kekadangan bila bandingkan balik orang-orang pandai macam ni dengan abah aku yang kat kampung yang tak sekolah tu , aku rasa abah aku tu lagi cerdik sikitla. Dia kalau aku cakap banyak dia akan jawab " kau tu anak felda long sedar-sedar sikit, dengan duit hasil getah dan sawit tu lah kau membesar"

Kesimpulannya dalam hidup ini bersyukurla apa yang kita dah ada, jangan terlalu mencari silap sana dan sini, kalau tak puas hati undi tu kan rasia, dan hak kita jadi lepaskan tak puas hati di sana, dari mencanang sekeliling kampung.

Monday 19 November 2007

Deman...

Hari ni kurang sihat sikit, semua tak larat nak buat. bukan hari pertama pun dari hari jumaat tu memang dah tak sihat dah masuk hari ni dah 5 hari demam. Ubat jangan cakapla dah berapa kali tukar ubat pun masih macam ni kepala sakit badan bisa-bisa batuk pun teruk sangat tapi kata doktor mungkin terlalu penat kut... mungkin jugala tu...tapi tak apalah bermula esok dah cuti

Thursday 15 November 2007

Bau Hutan....

Musim hujan...selepas berhenti Sekolah dulu aku sempat bekerja di rumah kakitangan TNB di Batu 8 Tapah, Kawasan yang boleh dikatakan Hutan juga malah ada penempatan orang asli, yang juga jalan naik ke tempat percutian yang berhawa dingin Cameron Highland. Bagiku waktu yang paling seronok disana adalah waktu hujan kerana bila duduk dikelilingi hutan dan waktu hujan akan terbau bauan pokok-pokok dan rumput-rumput yang ditimpa hujan.

Bau yang menyenangkan, malah sekarang pun terasa rindu ingin mencium bau-bauan hutan seperti itu, kalau dulu di Tapah setiap kali hujan atau selepas orang-orang asli datang memotong rumput di kawasan perumahan tersebut akan terbau wangian bau rumput yang di potong. Bau-bauan hutan itu jugalah jadi peneman hati yang keseorangan di kala sepi. Kehijauan persekitarannya membuatkan lupa apa jua masaalah yang membendung diri...

Dan sekarang walaupun boleh di katakan kerap juga bercuti ke Cameron Highland belum berkesempatan sekali pun untuk menyinggah kesana sekurang-kurangnya untuk mengimbau kembali kenangan kali pertama bekerja.

Semalam dan hari ini...

Hari ini seawal 7am aku dah tercegat depan pc. Hubby nak kena bergegas ke pejabatnya jadi terpaksalah bangun awal dia yang hantarkan, so kul 5.45 pagi dah bangun penat semalam tak hilang lagi rasanya. Semalam terpaksa half day dalam keadaan tak ada mood tu terpaksa ke pejabat Imegresen ambil Levi maid, kena bayar Rm 430 lepas tu naik pula Komuter dari Sentul ke Pelabuhan Klang untuk di postkan melalui kapal ke Medan.

Balik semalam masuk jer pintu dapur lagilah bertambah tension rasanya tengok dapur colour pink tak sesuai langsung, kita minta colour orange samar di belinya pink dahla aku memang tak suka colour pink sakit kepala. Ntah kenapa aku paling tak suka colour pink baju pun seumur kedewasaan ini rasa-rasanya tak pernah pun ada baju colour pink. Kalau ada pun yang orang bagi. Baju Hanim jerla banyak pink sebab dia memang suka pink. Nak jer aku tukar colour tapi bila Hubby kata tak apalah tak baik membazir next time kita tukar yek...okla terpaksa gak kesian pula ngan dia.

Habis citer tentang cat Hanim pula bagi surat dari sekolah esok( hari ni) ada jamuan perpisahan kat Tabika kena sumbang kuih sikit. Lagilah sakit kepala apa nak aku bagi? kuih raya pun memang aku tak ada tahun ni(lebih tertumpu kepada heavy food jer masa raya tu). Nak ditempah tak sempat dah, bayangkanlah dah pukul 9 malam lagi pun pada siapa... aku tak berapa tahu bab tempah menempah kat area rumah ni. Lastly minta hubby tolong pergi kedai carila apa-apa yang boleh aku masak mihun ke apa-apa jerla. Hubby balik jer... abang beli agar-agar dengan cendol siap santan sekali Za buatkan Puding Cendol jerla senang sikitkan? fuhhh....lega nasib baik dia boleh berfikir saat aku tengah kusut ni. Akhirnya siap jugalah Puding Cendol untuk Hanim malah bukan itu saja aku buatkan juga seloyang kuih Kasui untuk hubby ngan mak mentua...Tengok hubby dengan mak mentua selera makan hilang rasa penat.

Lepas tu barula mula berkemas dapur sikit-sikit yang mana terlarat faham-faham jerla bila renovate rumah, macam tongkang pecahla rumah gamaknya kemas jugala sikit-sikit yang mana terlarat. Tapi tak apalah paling lewat pun hari jumaat depan Yus(maid) dah balik kot bolehla minta tolong kemas balik yang mana kurang.

Esok sabtu kena bangun awal pula Hanim ada sukan sekolah dan penyampaian sijil sekali. Alhamdulillah si kecil tu dapat no 2 kedudukan dalam class. Aku dengan hubby pun macam tak caya jer almaklumla beberapa bulan kebelakangan ini dia pergi kesekolah pun boleh di kira dengan jari apa taknya asyik demam jer tak sangka pula boleh dapat no 2 tu. As a mom walaupun Hanim baru Tabika tapi bangga juga mungkin itulah perasaan kebanggaan seorang ibu bila anak yang didik menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran, itu aku ibu yang anak baru tadika cuba bayangkan perasaan ibu-ibu yang anak-anaknya menjadi yang berjaya tentulah lebih lagi...moga Hanim juga membanggakan aku suatu hari nanti...Amin.

Wednesday 14 November 2007

Kemaafan dendam yang Terindah...??

Hmmm....hari ni aku tersentap sikit, sedih... tapi nak menangis tak boleh dah tak ada air mata. Tapi bila di fikirkan balik aku pun bukan tak biasa pun dalam situasi yang aku hadapi hari ni, memang dari dulu pun dari zaman kanak-kanak lagi aku dah terbiasa dengan apa yang aku rasa hari ini.

Namun waktu itu aku masih terlalu muda untuk menerima ujian seperti apa yang aku alami hari ini aku tidak faham apa-apa cuma waktu itu aku tahu aku dibezakan dengan mereka dan teman setiaku setiap waktu hanyalah airmata, tapi kini setelah meningkat dewasa aku semakin kuat dan mungkin juga dah matang dalam membezakan dua kata yang berlawanan marah-sayang, suka-benci dan aku dah tahu membezakan saat aku diperlukan atau tidak.

Namun sepanjang kedewasaan ini aku telah cuba berlaku baik dan adil pada insan-insan yang aku sayang di sekelilingku walaupun kadang-kadang terbit juga perasaan dendam dengan apa yang aku lalui masa silamku namun cepat-cepat aku kikiskan, Malah ucapan kemaafan itu sentiasa aku latihkan di hati dan bibir dengan apa yang pernah terjadi, malah setiap malam saat merehatkan badan sebelum terpejam mata ini aku sering memanjatkan doa memaafkan orang-orang disekelilingku yang pernah menyakitkan hati dan tubuh badanku menghalalkan seluruh hutang piutang orang terhadapku dengan seiklas hati. Sekurang-kurangnya mereka tak terikat dosa menganiaya aku dengan apa yang mereka pernah lakukan terhadap ku. Memang memaafkan itu menyakitkan tapi saat hati kecil ini membisikkan kata maaf kepuasan dihati secara tak langsung datang bertandang betapa besar kuasa kemaafan.

Namun aku sendiri tak pasti sehingga bila hati ini dapat terus bertahan dan terus memaafkan walaupun hati ini parah dilukai, bukan sekali malah berkali-kali luka dan terus menerus dilukai, menyakitkan...malah teramat sakit namun apa yang mampu aku lakukan hanya titipan doa kepada yang maha esa supaya ditambahkan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan hidup ini.

Tuesday 13 November 2007

We are Family

Hari minggu lalu ada majlis perkahwinan adik perempuanku berlainan ayah, sesal sedikit rasa hati bila aku tak dapat menghadirkan diri.. yerla dengan keadaan mak mentua dan anak yang tak sihat dan rumah tengah berkembur sakan mana ada mood nak kemana-mana pun( renovate dapur). Tapi alhamdulillah aku bersyukur juga walaupun tak dapat nak pergi hari ahad tu, sekurang-kurangnya aku dah pergi hari jumaat tu dari pagi sampai kemalam takla rasa bersalah sangat. Sebenarnya aku dan mak kandungku baru berjumpa selepas hampir 26 tahun terpisah kerana perceraian antara mak kandung dengan ayahku.

Walaupun jarak masa telah memisahkan aku dan ibu kandungku, alhamdulillah kami tak terus dipisahkan oleh perbezaan kasih sayang, walaupun agak terlewat masuk dalam keluarga ibu kandungku alhamdulillah aku terasa di sayangi dan dihargai oleh kesemua adik beradik tiriku yang lain. Sesekali berkumpul ramai-ramai sambil mengubah bakul telur dan memupuk inai pengantin terasa kemeriahannya bila adik-beradik ramai, yerla anak ibu kandungku dengan suami barunya 8 orang 3 darinya telah berumahtangga. Bayangkanlah berapa riuhnya dengan ahli keluarga yang ramai. Aku betul-betul sayang apa yang aku ada hari ni 3 ibu (+ ibu mertua) dan dua ayah.

Dalam minggu yang sama (hari Deepavali) adik yang sebelah ibu tiri satu ayah berlainan mak pula mengikat tali pertunangan dengan jejaka dari Kelantan. Itu pun aku tak dapat nak balik ke kampung juga masih kes yang sama mak mentua dengan anak tak sihat, tapi minggu sebelum deepavali tu dah balik dulula tunjuk muka jangan tak balik langsung kecil pula hati orang tua tu.

Walaupun agak payah untuk memuaskan hati semua pihak sekurang-kurangnya aku dah cuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati ke dua-dua belah pihak keluarga kandungku. Semoga ikatan kekeluarga ini makin utuh dari hari ke hari kerana sebagai seorang anak tak ada kebahagian lain yang aku inginkan cukup kalau melihat orang yang aku sayang disekelilingku turut bahagia dengan kehidupan masing-masing.Aminnn...

Monday 12 November 2007

Permulaan Bulan November....

Dah Lama tak menjenguk ke sini terasa rindu juga nak mencoretkan perkembangan selama beberapa minggu ni, dari sebelum hari raya sehinggalah ke hari ini dah habis raya dah pun. Kebelakangan ini sibuk yang teramat dengan bill phone yang dah tertangguh berbulan belum di update, masak jugalah kepala otak almaklumlah satu HQ ni punya phone bill yang nak di update dan summit. Kalau keadaan mengizinkan boleh jugalah nak buat overtime tapi keadaan sekarang ni susah sikitla dengan anak dan mak mentua yang tak sihat.
Maid pula masih bercuti insaallah kalau tak ada aral dalam mungkin 2 minggu lagi baru dia balik ( lama betul cuti dekat 6 bulan masakkk.... ) tapi tak per kesian gak kat dia banyak yang nak diuruskan balik ke sana tu kerana dia salah seorang mangsa Tsunami dan balik tu pun sebab nak uruskan rumah pemberian kepada mangsa-mangsa Tsunami.Nasib baikla dalam tempoh ketiadaan dia ada juga pembantu sementara lega sikitla kerja kat rumah.