Wednesday 26 September 2007

Something abt me....

1. Suka masak apa yang aku suka makan jer. Kalau yang aku tak suka, aku tak ambik pot pun nak belajar contohnya kari, sebab aku tak suka makan maka aku tak belajar pun buat. Pernah gak try buat bila hubby aku cakap tak sedap tak der pun keinginan aku nak terus masak lagi biar jadi sedap. Tak perla hubby aku suka kari mak mentua aku rajin melayan...

2. Aku jadi lupa segala-galanya bila aku dah mula mengadap Novel sampai orang panggil pun aku tak dengar...

3. Aku sensitif, baca novel yang sedih sikit pun aku leh meleleh air mata sadis betul masaalah ni, tapi kalau depan hubby aku kena control sebab takut dia ngan anak aku dok pakat kutuk aku..hehehe...anak ngan bapak sama jer.

4. Disamping kuat nangis aku mudah ketawa gak bila aku rasa susah hati aku ingat lawak-lawak bodoh yang aku pernah baca atau dengar automaticly aku leh gelak.

5. Kalau aku nak kuar gumah aku kena pastikan rumah aku dari A-Z perfect kalau tak mulalah aku susah hati.Dan perkara yang paling malas aku nak buat ialah menggosok dan melipat kain baju. Aku sanggup buang duit hantar dobi dari aku kena gosok, kalau kena gak gosok comfirmla ada jer tangan aku yang kena gosok gak,tak banyak pun sikit paling tak pun baju aku tu berlubang, kalau nak kira tak terkira dah. Dan kalau bagi pilihan suruh basuh baju guna tangan berbesen-besen dari mengosok baju sehelai, jangan terkejut kalau aku kata aku pilih membasuh, salah satu sebab aku suka main sabun...hehehe...

6.Aku tak suka shopping atau keluar window Shopping lagi-lagi kat dalam kl ni rasa jam dalam kepala otak aku ni samala jamnya dengan jalan dalam KL ni.Aku shopping setahun sekali jer itu pun time nak raya kalau tak aku lebih suka kirim kat orang jer tolong belikan.

7. Aku tak suka orang yang kuat membebel contoh terdekat hubby akula sapa lagi, dia pantang rumah bersepah, aku plak kalau baca buku aku letak jer mana aku suka. Masa tulah kalau nak dengar betapa buruknya mulut orang lelaki kalau dah membebel, dia pandai bebel jer pun aku gak yang kemass...huhuhu...

8.Aku sukaaa sangattt...dengan laut bagi aku laut mendamaikan itu sebab setiap kali aku bercuti aku suka pergi tempat yang ada laut. Biar pun tempat tu gak yang aku gi setiap kali bercuti(almaklumla nak gi jejauh kekadang tak mampu)tapi tak per asalkan aku leh dengar bunyi ombak menghempas pantai tu dah memberi seribu ketenangan pada aku.

9.Suka bau hutan dan rerumput terutama sekali lepas hujan...

10. Aku suka tengok bunga rose warna biru dan putih, rose merah aku tak suka! tapi dalam kehidupan harian aku lebih suka warna kuning kehijauan Dan choklat muda...

Cinta itu...

Di kala tubuh dah tak bernyawa
Saat ku sampai ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat dari zahirnya
Cintaku kan tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu
Kau sampai dahulu...

Tuesday 25 September 2007

Penat

Dalam minggu ni terasa jenuh kepenatan penat minda penat badan. Penat minda kerana memikirkan, penat badan kerana turun naik pejabat yang sepatutnya untuk urusan yang berkaitan.Tapi demi sebuah cita-cita yang aku impikan sejak kecil aku lakukkan juga. Actualy aku tengah uruskan sesuatu yang bersangkut paut dengan masa depan, moga-moga segalanya dipermudahkan untuk ku. Amin...

Thursday 20 September 2007

Nurin Jazlin Jazimin

Takziah kepada pasangan En.Jazimin dan isteri atas pemergian adik Nurin Jaslin Jazimin. Anak yang berusia 8 tahun itu meninggal akibat dari kekejaman manusia hari ini.

Betapa nyawa dan kehormatan yang tidak ternilai harganya dengan mudah dicabuli dan pijak oleh syaitan atau lebih tepat lagi iblis yang bertopengkan manusia, dan kepada sesiapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu, tidak ada sedikit pun istilah yang boleh dikaitkan dengannya kecuali 'binatang' walaupun binatang pun lebih pandai menghargai dan berkasih sayang.

Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh bayangkan sewaktu kita menghukum anak kita, bagaimana sayu wajah pulus anak kita dan bergenang airmata minta supaya dimaafkan dan diberi pengampunan,itu anak yang kita hukum atas kesalahan bertujuan mengajarnya bukan untuk mendera. Inikan pula anak yang sememangnya didera kerana nafsu menggila iblis yang bertopengkan manusia ini.

Apalah yang anak sekecil itu faham dengan apa yang berlaku? Kanak-kanak seusia begitu hanya mengharapkan kasih sayang dari orang disekelilingnya tanpa ada syak wasangka. Bagi mereka semua orang mempunyai perasaan yang sama seperti ibu bapa yang menyayanginya. Memang tidak terlintas langsung dalam pemikiran kanak-kanak seusianya dengan tindakan kejam manusia disekelilingnya, Dapatkah kita bayangkan saat anak itu merintih kesakitan dalam ketakutan dengan perbuatan-perbuatan kejam manusia didepannya, entah berapa ribu kali kanak-kanak itu menyeru dan merintih ibu dan ayah supaya membantunya, dimanakah orang yang selalu menyayangi dan disayanginya, disaat begitu mungkin pada ingatan dan bayangan matanya hanya ada ibu, ayah, adik-adik dan orang-orang yang dikenalinya yang dirasakan mampu membantunya termasuk juga peniaga-peniaga pasar malam yang dijumpai sebelum itu.

Dan kita sebagai orang asing atau orang luar dari kehidupan kanak-kanak ini adakah kita peka bila melihat kanak-kanak bersendirian tanpa orang dewasa menemaninya? Adakah kita pernah bertanyakan diri kita anak siapa dan mengapa dia berani bersendirian? Dan bila kejadian seperti ini berlaku yang kita biasanya tahu hanyalah menyalahkan ibu bapa terbabit kononnya tidak pandai menjaga anak.Dalam kejadian seperti ini tidak sepatutnya timbul istilah tidak pandai menjaga anak atau yang sewaktu dengannya kerana mana-mana manusia yang bergelar ibu dan ayah sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, siapa mahukan anak yang dikandung dan dibesarkan penuh kasih sayang mati ditangan manusia yang tidak berperikemanusian seperti itu?

Dan kadang-kadang kita juga terlupa, bahawa dalam keadaan kita berjaga-jaga kejadian seperti itu tak mustahil boleh berlaku kepada kita atau orang disekeliling kita yang kita kenali, dan rasanya keluarga Nurin sendiri pun berhati-hati dan banyak mengambil iktibar dari kejadian-kejadian seperti ini yang salah satu contoh terdekat adalah kehilangan adik Yin. Jadi tidak wajar sama sekali kita menyalahkan ibu bapa seratus peratus atas apa yang terjadi sama juga ibarat kita memandu, mungkin kita pemandu yang berhemah tapi tak semua orang seperti kita berhemah memandu, mungkin kerana sesaat pemandu lain cuai secara tak langsung nyawa kita yang melayang.

Kesimpulannya perkara-perkara seperti ini diluar kemampuan kita untuk menghindari apa yang perlu ialah sikap berhati-hati dan keprihatianan kita terhadap persekitaran kita,tak kira dimana pun jika ada sikap prihatin tak mustahil apa yang berlaku kepada Nurin boleh dielakkan. Tak wajar jika kita meletak semua permasaalah ini hanya kepada pihak yang berkuasa adalah sebaik-baiknya tanamkan dan ajarkan kepada anak-anak kita apa tindakan yang sewajarnya boleh mereka lakukan jika mereka melihat teman-teman mereka atau orang disekitar mereka berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Untuk keluarga Nurin diharapkan dapat bersabar dan menerima apa yang terjadi dengan reda dan terus sama-sama berdoa dengan keberkatan bulan Ramadhan ini penjenayah Nurin dapat diberkas dan menerima hukuman yang sewajarnya.

Tuesday 18 September 2007

Aku dan Buku

Hmmm....minat dgn novel since age aku 10 tahun darjah 4 dan novel pertama yang aku baca adalah BADAI SEMALAM karya Khatijah Hashim yang di pinjam dari perpustakaan sekolah. Itulah novel pertama yang aku baca dan novel tulah yang buat mata ini bengkak menangis sebab sedih sangat, ingat lagi 2 minggu buku tu aku simpan tak pulang-pulang dan berapa puluh kali aku baca pun aku tak tahu....dan bila aku pulangkan buku tu, aku siap azam lagi nanti bila dah besar dan kerja aku nak beli novel tu nak simpan jadikan koleksi almaklumla masa tu nak beli nak minta duit ngan mak bapak susah sikitla tak berapa nak ada. Dan selepas buku BADAI SEMALAM lama jugala aku tak baca novel almaklumla anak felda macam aku ni bukannya senang nak membeli novel lagipun kat area kampung macam tu mana ada kedai buku macam kat kl ni....harap buku perpustakaan jer.
Aku mula membaca novel balik bila aku berumur 11 tahun kalau tak silap member bagi pinjam TANGISAN BULAN MADU tulisan Samsiah Moh Nor. Novel tu pun aku nangis gak sedih sampaila sekarang ni bila dah membesar dah bekerja dah mampu nak keluar duit beli buku pantangla ada novel baru yang keluar aku dan member-member yang memang ulat buku akan pergi mencari.

Biasanya 2 ke 3 bulan sekali aku suka gi Mph kat Mid Valley untuk beli buku sebab kat sana aku boleh duk seharian sambil baca, biasanya sekali aku gi beratus gakla aku habis siap bawa list buku apa yang aku dah ada dan novel terbaru apa yang keluar yang biasanya aku cari dari blog member-member yang ada....Mungkin Org suka gi pesta buku yerla leh dapat discount tapi tak aku, aku tak suka pergi tempat yang berasak-asak ramai org ni aku suka gi tempat yang aku boleh cari dan menghayati sesuatu buku tu tanpa gangguan biar mahal sikit pun tak apa sebab bagi aku sentimentel value yang ada pada setiap buku-buku yang aku ada tu lagi penting.
Hari sabtu atau ahad jangan tanyala aku nak kemana kebiasanya awal pagi selepas subuh aku dah macam lipas kudung duk mengemas rumah semua kain baju dah selesai basuh malam tinggal kemas apa yang patut masak jer dan settlekan hal anak aku sorang tu nasib baik baikla anak aku pun tak banyak ragam nampak gayanya dia pun ulat buku gak macam mama dia, kul 9 semua dah siap aku akan mula mengadap novel dari kul 9 sampaila kul 12.30 tengahari. Pastu kena stop kena panaskan lauk hubby on the way balik makan, lepas makan solat zohor semua aku akan sambung membaca sampaila asar
hubby balik dah tak leh pegang buku dah malam memang sepenuhnya masa untuk hubby dan anak....Malam pula bila anak dan hubby dah tidur sambungla sikit membaca kalau tak pun duk depan pc cam ni tgk blog kawan yang ada e-novel.
Membaca buku ni satu kepuasan bagi aku, perbagai rasa ada di situ bila sedih aku boleh menangis dan yang happy akan buat aku ketawa sendirian, rasanya aku belajar dan mematangkan diri aku juga melalui buku-buku yang aku baca....lagi satu sikap buruk aku tentang buku aku kedekut nak bagi pinjam aku lagi sanggup keluarkan duit beli dan hadiahkan dari aku bagi pinjam, bukannya apa dulu pernah sekali aku bagi org pinjam dan buku tu tak dijaga dengan betul sehingga koyak waktu dia pulangkan depan mata dia aku koyakkan buku tu betul-betul, dan lepas tu aku pergi kedai beli buku yang serupa tapi baru. Dan sekarang ni walau sesiapa pun nak pinjam maafla aku takkan bagi, mintala apa saja duit ker nak pinjam baju ke, kalau ada insaallah aku bagi tapi kalau bab pinjam buku maafla takkan dapat merayula macam mana pun.
Setakat ni dalam list yang terakhir aku buat bulan March tu ari koleksi buku aku keseluruhan ada 400 lebih, novel saja ada 200lebih tu pun dah banyak yang hilang....hope satu hari nanti sepas cukup modal aku business yang berkaitan dgb buku ini yang dah lama aku impikan akan tercapai....Amin.