Tuesday 28 July 2009

Berpalinglah Sayang...

Sayang,

Mengapa dan apa yang kurang lagi dalam hidup kita sehingga kasihmu kini beralih pergi, segala yang kita sulam selama ini tidak lagi memberi erti kepadamu, tidak mengapa aku terluka...

Tapi berpalinglah sayang walau sebentar lihatlah cahaya bening pada mata anak-anak kita... anak-anak hasil kasih sayang dan ukapan cintamu selamu ini...

Saat ini sudah seminggu kau pergi meninggalkan aku dan anak-anak kita, selepas berbulan kau memusuhiku hanya kerana kehadiran dia dalam hidupmu... disaat aku memujukmu pulang hanya kata-kata kesat dan makian darimu yang aku terima...

Ya aku terima segalanya demi anak-anak kita... ikutkan hati aku tak mahu dan tak ingin merintih kepadamu namun semua ku lakukan ini hanya kerana anak-anak kita.

Sayang,

Ini bukan kali pertama hati ini kau lukai, malah hati ini berkali-kali dilukai lagi dan lagi...tetapi sehingga ke saat ini aku tak pernah lelah mempertahankan mahligai kita, dan aku tak akan pernah mengaku kalah...

Kerana disaat hati ini ingin membenci dirimu, sering ku pujuk hati ini...mungkin kali ini kau masih sama...kau melatah, kau terleka dengan nikmat dunia yang tak memberi jaminan apa-apa, dan yang berlaku ini mungkin diluar kesedaranmu...

Sering ku pujuk hati ini betapa kau mencintai aku...betapa suatu ketika dulu susah untuk kita mengukir bahagia...kita sering memujuk sesama sendiri untuk mempertahankan hubungan kita.

Sungguh pun kedua keluarga kita saling membenci namun kita berkeras pertahankan ikatan ini kau bertahan menunggu di saat kedua keluarga kita merestui sehingga keakhirnya kitalah menantu kesayangan keluarga.

Sayang,

Seringku renung diriku apa yang kurang, ikutkan dulu dan sekarang... sekarang hidup kita punya segalanya...mengapa disaat aku ingin menarik nafas lega kau tersasar dalam mengatur perjalanan hidupmu...

Kau lelaki yang ku pertaruhkan seluruh hidupku...Kau lelaki yang aku cintai sejak aku mengenal apa itu cinta...kau satu-satunya lelaki yang berjaya manakluki seluruh kehidupanku...namun mengapa ini kesudahannya...

Sayang,

Jika benar tiada lagi rasa cinta dihatimu...lepaskan aku pergi mencari bahagiaku, jika semalam-semalam dalam hidup kita kau sering mengugut melepaskan aku pergi...lepaskanlah...walaupun perit tapi aku masih ada tiga kekuatan yang akan menumpang aku disaat aku ingin rebah...

Anak-anak kita yang menjadi nadi kekuatan bagiku, anak-anak yang sering berkongsi air mata disaat kau lupa siapa aku...anak-anak yang sering menjadi penawar disaat aku kesakitan terluka dengan setiap perbuatanmu...

Pergilah sayang jika benar bersamanya kau bisa bahagia yang mungkin tak kau temui disaat kita bersama... doakan juga bahagia itu juga milikku dan anak-anak.

Sunday 19 July 2009

Kemalasan Tahap Melampau!!

Fuhhh...lama tak ku huppdate ruang merepek ku ini...padahal hari-hari tetap login tapi just tuk baca blog kekawan jerla... blog sendiri dah kemalasan tahap gaban nak di update...lagi pun tak der citer menarik nak dimerapukan...

Tapi dalam pada tu, dah musim buah-buahan ni aku nak gak story satu citer musim buah ni, kebetulan tengah sakit tekak ni sebab membedal 4 kilo rambutan gading... my paverote..ahaks apa punya spelling la tu...tak perla asalkan aku senri ada paham...

Musim buah ni...Buah paverote aku rambutanla apa lagi, kalau dulu kat kampung aku... kebun buah kita orang atas bukit...selalunya waktu musim buah-buahan macam ni, wan aku akan berperang ngan musuh tradisi keluarga kami yaani keluarga Cik BERUK. Tetamu yang tak perlu di undang...selalunya bila nak masuk musim buah jer, wan aku akan ikat tin-tin kosong pada tali dan digantungkan dari bawah rumah kita orang pada satu pokok ke pokok yang lain...pikir aaa...berapa punya panjang tali tu...

Biasanya bila dengar jer keluarga cik BERUK datang melawat, wan aku akan tarik tali tu, dan tin-tin yang bergantung tu akan bising berbunyi, maka akan lintang pukangla keluarga cik BERUK tu lari...BERUK-BERUK kat kebun wan aku tu bukan makan saman, nampak orang datang bukan takut atau lari dengan selambanya duk bedal buah tu sambil perati kita orang, tarasa macam kita pulak yang duk mencuri hak milik mereka...(ahakss tak kesian nyer ayat)baliknya kita orang yang takut dengan spesis dia orang tu. Hanya dengan bunyi tin yang kuat tu jer dia takut.

Tapi tu citer masa arwah wan aku ada lagi, tapi since dia dah meninggal beberapa tahun lepas, kebun buah-buahan tu dah di wakafkan sepenuhnya pada keluarga sepupupu sepapat cik BERUK...almaklumla anak-anak wan aku dah ada komitmen masing-masing tak terjaga kebun arwah wan aku tu, nak upah orang kampung...orang kampung masing-masing ader kebun senri yang nak dijaga.

Jadinyer sekarang kami ni, anak cucu yang tinggal ni nak makan buah apa-apa pun... butan ke manggis ke langsat ke beli jerla bukan mahal pun 4 kilo sepuluh hingget jer, kalau durian tu paling-paling pun sekilo 6 hingget mampu lagi la nak beli cuma bezanya kepuasanla kalau dah pokok sendiri tu nak jadi macam kerabat cik BE pun boleh bergayut-gayut almaklumla pokok sendiri...