Thursday 27 December 2007

Remaja Kita

Apa yang nak disuarakan ini hanya pandangan peribadi luahan apa yang terlintas di akal fikiran. Bukan berniat nak mengutuk sesiapa apatah lagi mereka-mereka yang bergelar ibu bapa mahupun remaja-remaja di luar sana.Sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan secara tak lansung berkongsi kesedaran ini dengan orang-orang disekelilingku.

Semalam balik lambat kerana overtime menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak, on the way balik teringgin pula nak makan mee sup jadi minta husband singgah di gerai yang berdekatan dengan rumah. Sedang duduk makan, mata tu sempat melirik ke sekumpulan remaja lelaki dalam lingkungan umur 13-17 tahun, yang duduk di hadapan meja kami. Mungkin dah jadi habit suka menilik orang jadi mata tu tak henti-henti duk memerhatikan anak-anak tadi yang seramai lapan orang kesemuanya.

Apa yang menyedihkan budak-budak tadi dengan selambanya merokok tanpa rasa bersalah atau malu...Terlintas dalam fikiran ini apa nak jadi dengan anak-anak yang sebegini, dimana kedua orang tua mereka? adakah ibu bapa mereka tahu aktiviti yang anak-anak mereka lakukan di luar, padahal jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam, tidakkah ibu bapa mereka ni tercari-cari dimana anak-anak mereka.

Alangkah bagusnya waktu-waktu begitu anak-anak ini dirumah bersama keluarga, kerana pada pandangan saya sebagai orang dewasa melepak di kedai makan waktu-waktu sebegitu tidak sesuai bagi anak-anak yang seusia mereka. melepak sambil merokok,mengusik anak gadis yang lalu dengan mengunakan perkataan-perkataan yang lucah sesama mereka, dan yang terlebih menghairankan setiap mereka memiliki telephone bimbit yang canggih melebihi kita yang dah bekerja ni. Dari mana mereka memperolehinya? kalau di lihat dari persekitaran kawasan dan penampilan setiap mereka rasanya diantara kebanyakkannya mereka itu bukan datangnya dari keluarga yang senang...

Dan penampilan mereka dari rambut yang bercat, ada yang hijau ada yang putih ada juga yang merah secara tak langsung terlintas dari fikiranku, apa akan jadi pada anak-anak sebegini dalam 5 atau 10 tahun akan datang. bagaimana harus di pupuk kesedaran kepada anak-anak yang sebegini. Mereka terlalu muda, sayang jika peluang yang banyak untuk memajukan diri sekarang ni tak mereka gunakan untuk kebaikkan diri mereka sendiri. Ikutkan diri ini, ringan juga mulut ini nak menegur tapi bila memikirkan suasana tak berapa nak sesuai jadi hasrat itu di lupakan begitu saja. Dengan tempat yang terbuka begitu dan keadaan mereka yang ramai tu silap hari bulan nanti kami pula yang dikejarnya. Almaklumla mereka semuanya bermotor.

Harap-harap ibu bapa yang diluar sana pantaulah pergerakkan anak-anak mereka yang menginjak ke usia remaja ini sedari awal. Menyedihkan bila kemajuan yang negara kita capai hari ini membuatkan ibu bapa leka dan lalai tanggungjawab terhadap darah daging sendiri.

Sikap anak-anak seperti ini boleh dielakkan jika ibu bapa sama-sama meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak, ambil tahu apa aktiviti anak-anak kita dan dengan siapa mereka berkawan, dan sebaiknya sebelum bermulanya cuti sekolah sediakan aktiviti yang sesuai dengan anak-anak kita. jangan biarkan kobosanan mereka di rumah mempengaruhi mereka untuk mencari kawan yang tak baik dan akan adalah aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah.

Gunakan kebijaksanaan kita untuk menarik mereka lebih dekat dengan kita jangan mudah mengambil sikap lepas tangan dan percaya buta-buta apa yang anak kita katakan.

Monday 17 December 2007

Cuti

Salam Aidil Adha untuk semua, Hari khamis ni semua kita akan merayakan hari kebesaran kita yang beragama islam. Dan untuk semua para jemaah haji kita semoga selamat menunaikan ibadah haji dan kembali dengan selamatnya...

Cuti. ikutkan aku malas nak cuti raya ni kebetulan cuti pun memang dah tak ada, tapi terpaksa juga minta izin dengan bos nak ambil unpaid leave, sebabnya ada tempahan masak untuk raya ni... apa nak buatkan.

Minggu ni dah masuk minggu kedua aku berniaga masa memang fullla tak boleh nak buat apa pun, buku pun tak sempat nak baca. Tapi dalam pada tak sempat tu, dapat juga aku habiskan novel kak Ruby, Kopi Susu Sepatu Biru. itu pun sebab bukan buku sendiri. buku yang di pinjamkan oleh kak Notie(kawan kak as), jadinya kalau dah pinjam harta benda orang, takkan nak buat macam harta sendiri pulakan, jadi peluang hari minggu tu habis jugala buku tu aku baca cuma tak leh nak ulang baca, nanti kena carila buku tu balik untuk ulang baca dan koleksi sendiri. best giler tak puas bacala...

Berbalik pada citer cuti tadi, rasanya hujung tahun ni akan bertambah lagi cuti tanpa gaji aku tu... bukannya apa my girl tu sibuk sangat nak naik train...almaklumla tak pernah pun. Jadi aku dengan hubby janji nak bawa dia naik train cuti sekolah ni. Itu pun dah dua tiga kali postpone sebabnya banjir takut juga,Kali ni mungkin aku ambil train untuk ke penang jer bawak dia nak lepaskan hajat anak aku yang teringgin sangat nak naik train tu...

Sunday 9 December 2007

Sandwiches


Hari ni hari pertama aku jual sandwich. Alhamdulillah awal pagi dah habis, happy betul. Ada berbagai jenis sandwich aku jual, diantaranya smoke chicken slice,chicken bolona,black pepper bolona,chicken shredded,tuna,crab,fish filled,boiled egg and macam-macam lagila termasuk juga vegetarian sandwich. Roti untuk sandwich pula ikut citerasa masing-masingla ada white bread,wholemeal,french loaf and croissant.

Tapi tak jual hari-harila,cuma isnin dan rabu jer. Manakala hari selasa dan khamis untuk Mix salad saja. Hari jumaat,sabtu dan ahad hari rehat...doa-doakan rezeki ni makin bertambah yer... thanks.

My Life - 1

Ok now con’t my story…

So waktu kerja dengan kak Midah ni la aku rasa happy sangat. Dia baik malah keseluruhan ahli keluarganya baik dengan aku, tak kira la sebelah kak Midah atau sebelah abang Din ( suami kak midah ) dua-dua pun ok , mereka anggap aku macam keluarga mereka sendiri.

Waktu aku kerja dengan kak Midah nila jodoh aku sampai. Tak lama pun aku kerja dengan kak Midah tak sampai setahun pun. Aku berhenti kerana mengikat tali pertunangan dengan husband aku. Aku muda sangat masa tu. Tak merasa nak enjoy pun, bayangkanla umur 15 tahun aku dah bertunang and umur 16 tahun aku dah kawin tak ke muda lagi tu.

Kami kawin bukan atas dasar cinta pun lebih kepada pilihan keluarga masa tu husband aku dah 30+ dah, tapi dah jodoh aku terima sajala, secara jujurnya aku kawin pun sebab nak melepaskan diri aku dari tekanan yang aku hadapi masa tu ( tak perlulah aku ceritakan secara terperinci disini) kerana ia bersangkut paut dengan orang-orang di sekelilingku yang aku sayang.

Masa aku kawin tu ikutkan jemputan dalam 500 orang jer, tapi yang hadir hampir 2000 apa taknya masa tu akula yang pecah rekod kat felda tu pengantin paling muda. Wang sumbangan pun mencecah ke 4000 ribu. Bapak dan mak tiri aku boleh urut dada kelegaanla masa tu senyum pun sampai ketelinga. Duit sumbangan boleh cover balik duit-duit yang dah keluar sempena majlis perkahwinan aku siap ada baki lagi.

Alam rumah tangga aku tak yah citerla yek…Biarla rasia kata Siti...

Namun ada juga pat-pat yang aku boleh ceritakan, Setahun berkahwin aku cakap dengan husband nak kerja nak duduk rumah bosan. Lama jugala seisi pujuk memujuk antara aku dan husband untuk memberi aku keizinan pada aku untuk keluar bekerja.

Yerla husband aku pun tentu fikir juga kerja apalah yang aku boleh buat. aku bukan ada apa-apa kelulusan pun. Aku cakap tak apa kerja sapu sampah pun aku tak kisah asalkan aku ada kerja nak dibuat, aku tak reti duduk diamla. Dia galakkan aku untuk sambung belajar sebenarnya tapi masa tu aku yang tak nak.

Sambung belajar menjahit, masa duduk rumah kak Midah aku sempat juga belajar jahit baju kurung dan baju melayu Johor. Dapat jahit baju kurung tu pun kira bagus sebab aku tak minat menjahit ni, aku cepat bosan dengan kerja yang perlukan penelitian ni. Jadi kesudahannya setakat tu jer la aku belajar menjahit.

Pujuk punya pujuk akhirnya suami izinkan juga aku bekerja selepas tu. Jadi aku pun ikut jiran aku kerja kat salah satu hotel kat Kuala Lumpur ni. Mula-mula kerja aku just di terima di bahagian housekeeping sebagai pengemas bilik jer kat hotel tu almaklumla aku tak ada sebarang kelayakkan pun masa tu ,itu jerla kerja yang sesuai untuk aku tapi aku tak pernah kisah pun, malu pun tak; bagi aku tak apalah asalkan rezeki yang aku cari tu halal. Aku tak buat kerja yang salah. Dari aku duduk rumah bosan juga apa salahnya aku bekerja. Aku kerja pun bukan sebab nak cari duit tapi nak hilangkan bosan, nak kata duit apa yang husband aku bagi pun dah lebih dari cukup.

Aku kerja mengemas bilik pun tak lama, tak sampai 3 bulan pun. Kebetulan ada bos bahagian lain yang tarik aku duduk bawah dia, tapi bahagian lainla, bukan lagi under housekeeping Department, aku kena berpindah department dari seorang room cleaner aku di serapkan bahagian F&B atau lebih terperinci lagi Food & Beverage as a waitress.

Kerja kat bahagian inilah paling menguji aku. Boleh di katakan 3 minggu pertama aku bekerja, hari-hari aku balik menangis depan husband. Sebab tak tahan sampai husband suruh aku berhenti, mungkin dia kesian dengan aku. Aku terdera dari segi mental dan fizikal, Apa taknya kat sini aku kena bertutur dalam bahasa Inggeris. Tidak di benarkan bertutur dalam bahasa melayu. Kerja berdiri tak boleh duduk langsung kecuali time rehat selama 45 minit. Mana tak menangis aku dibuatnya, penat jangan cakapla. Balik rumah jer memang aku tak buat apa dah, mandi terus tidur jer.

Tapi lama kelamaan benda tu dah jadi lali pada aku, bukan hanya berdiri 8 jam malah boleh dikatakan dalam 7 hari bekerja tu, 2 hari jer aku bekerja 8 jam selebihnya 12 jam. Dari 7 pagi hinggalah ke 8 malam, bukan sebab nak cari duit lebih pun, tapi masa tu kami memang kekurangan staff pun, jadi nak tak nak terpaksalah bekerja lebih masa.

Biasanya memang aku tak claim duit pun aku claim cuti jer maknanya kalau aku berkerja lebih masa 6 jam bersamaan 1 hari cuti siapa yang tak nak…biasanya cuti-cuti tu la yang aku kumpul untuk menghabiskan masa santai bersama husband.

Berbalik pada kelemahan aku tentang bahasa inggeris tadi, aku pernah menangis kena marah dengan GM aku sebab bila dia tanya aku terkulat-kulat pandang dia sebab tak faham. Biasanya yang kuat komplain ni orang kita juga sebab kalau pelancong asing tu bila aku declare bahasa inggeris aku tak bagus, dia akan angguk kepala dan paling tak pun tunjuk dengan tangan atau lukis apa saja yang boleh buat aku faham.

Tapi lama-kelamaan aku bosan gak orang lain cakap owang putih berabuk aku satu hapah tak faham. Kebetualan bos aku pulak cina. Diala selalu basuh otak aku suruh belajar sampai bila nak kata tak tahu. Hari-hari dia dera aku baca NST. Tengok kamus atau kalau ada yang tak faham higligtkan dan tanya dia...setiap hari di akan sediakan satu perenggan yang pendek dalam NST tu untuk aku baca dan lepas tu terangkan pada dia apa cerita tu. Tak cukup dengan tu dia lepaskan aku ambil class bahasa inggeris seminggu dua kali kat chow kit masa tu…


*Okla next week sambung dah kul 4am, penat dah type ni sambung bila-bila la yek…

Friday 7 December 2007

Please Think About This

Hampir tiga minggu kita masih membincangkan isu yang di timbulkan oleh Hindraf, siapa menyangka setelah 50 tahun Negara kita mencapai kemerdekaan masih timbul isu-isu yang tak masuk akal sebegini. Dakwaan Hindraf amat memalukan. Bukan sahaja bagi kaum India sendiri malah keseluruhan rakyat Malaysia.

Sebagai warganegara Malaysia kita sering berbanga dengan keharmonian Negara kita dengan kepelbagaian kaum di dalamnya. Pengalaman selama 7 tahun dulu dalam bidang perhotelan membuka mata saya betapa kita beruntung dilahirkan dan dibesarkan dalam kelompok negara yang merangkumi pelbagai kaum. Betapa pelancong-pelancong dari luar sana yang pernah saya kenali turut berbanga dengan kepelbagaian kaum di negara ini, yang boleh duduk semeja santai tanpa ada perbezaan warna kulit.

Dalam Negara ini kita bukan hanya berkongsi saat suka malah duka juga. Ibarat pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing, Jadi mengapa harus timbul isu-isu yang sebegini. Sebagai contoh terdekat lihat saja rancangan kelolaan tv3 bersamamu setiap minggu. Bukan hanya Melayu, Cina atau India sahaja di beri perhatian dan bantuan malah kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak . Dan lihat juga sewaktu banjir besar melanda negeri Johor sedikit masa dulu, tak kira apa warna kulit tetap menerima dan menghulurkan bantuan.

Tindakan Hindraf menghantar memorandum kepada Britain mendakwa kemunduran yang dialami oleh kaum India di Negara ini adalah satu tindakan yang kurang bijak. Secara tak langsung tindakan tersebut akan membuka peluang kepada orang luar untuk campur tangan dalam pengurusan Negara kita, padahal kita sepatutnya mengelakkan perkara seperti itu berlaku untuk mengekalkan keharmonian Negara kita.

Bukannya sesuatu yang mudah untuk pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu mahu pun yang sekarang untuk menaikkan nama Negara kita supaya dikenali, dan dipandang oleh Negara luar. Ianya mengambil masa hampir 50 tahun untuk ke arah itu.

Namun mengapa kita sebagai rakyat dan warganegara Negara Malaysia sendiri mudah benar melatah?...padahal kita di Negara ini diberi peluang dan kebebasan untuk bersuara namun biarlah dalam saluran yang betul bukan dengan tindakan yang boleh menjatuhkan maruah dan martabat Negara kita sendiri.

Bukan hanya rusuhan yang dilakukan oleh Hindraf malah rusuhan yang terjadi sebelum-sebelum ini juga, tidak seharusnya berlaku dalam Negara kita yang mengamalkan sikap tolerensi pelbagai kaum.

Tidakkah kita patut berbangga bila Negara kita yang dulunya pernah dijajah setelah 50 tahun ini, mampu menghantar Syed Muszaphar ke angkasa dan diiktiraf oleh Negara luar sebagai angkasawan, tidakkah terasa sakit di hati kita bila orang luar yang cemburu dengan kemampuan Negara kita melabelkan angkasawan kita setakat pergi melancong?

Sungguh jika benar pun angkasawan kita setakat pergi melancong kita sebagai warganegara Malaysia tetap akan merasa bangga kerana Negara kita mampu menghantar rakyatnya melancong sehingga ke angkasa.

Sebenarnya apa yang berlaku ini amat menyedihkan. Benarlah ungkapan Tun Mahathir sedikit masa dulu bahawa kita ini sebenarnya mudah lupa, lupa pada kesusahan yang pernah dialami oleh orang-orang yang terdahulu dari kita. Perit jerih mereka sehingga mengorbankan diri sendiri, untuk kemakmuran generasi yang ditinggalkan supaya tidak terus dijajah, namun apa balasan kita?...Kita bersikap seolah-olah memang memberi peluang untuk orang luar campur tangan dengan kepimpinan Negara kita.

Dan bila dah tersuap sedikit kesenangan di hadapan mata, kita mula bersikap leka dan manja. Sentiasa mengharapkan bantuan tanpa boleh berfikir untuk berusaha dan memajukan diri sendiri atau lebih tepat lagi memajukan bangsa sendiri. Memalukan sungguh bila kita masih lagi berfikiran sempit dan tak mampu berfikir yang mana baik dan buruknya atas sesuatu tindakan yang kita lakukan.

Selagi kita bersikap membabi buta dan suka memburukkan di antara satu dengan yang lain selagi itulah arus pembangunan dalam Negara kita ini takkan memberi apa-apa makna kepada dunia luar. Malah mereka seronok dan bertepuk tangan atas kebodohan kita sendiri. Jangan dengan sebab kebodohan kita juga, kita dan generasi yang akan datang kerugian.

Thursday 6 December 2007

My Life

Now actually dah menjejak pukul 2.10am. Malam ni badan memang terasa letih sangat tapi mata ni pula susah nak lelap, jadi aku gagahkan diri mengadap pc ni sebab nak mencoretkan apa-apa yang aku fikirkan sebelum nak try lelapkan mata tadi. Bukan apa cuma nak share how lucky I am.

Actually tak ada apa pun yang best nak di share, kalau ada pun sebenarnya mungkin sepanjang zaman kanak-kanak sehingga usia kedewasaan ini. Aku di lahirkan 29 tahun yang lalu di HKL. Since my age 3 hari sampailah ke my age 6 years old atuk dan wan yang duk jaga i coz my mum and dad bercerai. Masing-masing bawak diri until my age nak masuk 7 tahun.

Menginjak ke usia 7 tahun my dad come back and take me to stay with him kat salah satu rancangan felda kat NS. That time my dad dah kawin baru pun. Secara tak lansungnya aku dah ada adik perempuan seorang.

Dalam banyak-banyak pengalaman hidup aku, aku paling tak suka nak ingat zaman kanak-kanakla, jadi ada baiknya zaman kanak-kanak tu aku lupakankan saja kat sini. Bukannya apa takut nanti tak leh control air mata almaklumla... aku kalau dah nangis tak leh nak control buruk,nanti esok gi kerja comfirmla mata ni bengkak.

Kita mulakan saja after aku berhenti sekolah waktu tingkatan 1. Yang sebelum-sebelum tu kita tinggalkan. Actually aku tak habis sekolah pun belajar pun setakat tingkatan 1. Setakat tu jer peluang yang aku ada untuk belajar. Berhenti jer sekolah aku kerja rumah orang, bukan orang lain pun ada bau-bau bacang jugalah dengan keluarga aku. Masa tu majikan aku tu duduk kat Tapah perak wife seorang guru sekolah menengah and husband seorang Jurutera TNB.

Aku terlalu muda masa tu, age baru 13 tahun kerja rumah orang. Dari segi kerja aku tak kisah sangat. Lagi pun setakat masak, mengemas atau hal menguruskan rumahtangga yang lain tu tak menjadi masaalah pada aku sebab dari usia aku 7 tahun pun aku dah buat kerja tu semua. Cuma yang selalu mengundang kesedihan di hati aku adalah sikap sombong majikan aku.

Mungkin dia lupa kot pusingan hidup kita ni ada masa ke bawah dan ada masanya ke atas ibarat roda kata orang. Majikan aku tu dulu orang NS samala macam aku juga. Majikan yang muda tu sombong aku fahamla orang muda berpelajaran dan kaya kalau nak di bandingkan dengan aku yang tak berpelajaran ni.

Tapi mak dia yang dah tua tu pun yang kepala dah penuh uban selalu sangat menyakitkan hati dan menghina aku. Dia selalu panggil aku orang kampung. kononnya kalau cara aku perah kelapa lain dari dia, dia akan cakap "orang kampung memang macam tu" seolah-olah orang kampung ni semua tak tahu bodoh sangat. Tanpa ada sedikit pun kesedaran dari mana asalnya dia kalau bukan dari kampung juga.

Dulu Kuala Lumpur ni sebelum merdeka pun penuh dengan hutan, kampung juga tak der mananya terus jadi kota besar macam sekarang ni. Dan satu lagi perangai dia suka sangat salahkan aku bila cucu dia cakap bodoh ker atau apa saja perkataan yang tak baik ni akulah yang mengajar. Dia tak sedarkah untuk cakap-cakap macam tu tak perlu di ajar dalam tv pun kita boleh dengar pengunaannya.

Tapi kalau dah aku taraf orang gaji atau lebih tepat lagi hamba dia masa tu, jadi terima jerla, dia kata aku bodoh pun aku terima juga. Mentang-mentangla aku orang susah apa saja dia salahkan aku, malah majikan aku dulu boleh diam saja bila anak dia duk tarik rambut aku, aku selalu menjerit sakit...dia boleh buat muka tak tahu jer bukanlah dia nak tegur ke anak dia tak...kalau diingat sedih sangat tapi apakan daya demi sebuah penghidupan aku tabahkan juga hati ini.

Kadang-kadang selalu juga aku cakap dengan maid aku betapa beruntungnya dia, datang dari seberang kerja disini tak susah pun segalanya di tanggung dari A-Z, gaji 400 lebih sebulan. Makan...siap jer masak nak makan makanla, tak perlu nak ikut protokol sangat nak kena tunggu majikan makan dulu ke. Buatlah apa saja asalkan dia menghormati kami sekeluarga memadailah.

Malah kadang-kadang dengan dia juga tempat aku berkongsi cerita. Aku menghormati dia malah kami sekeluarga dah anggap dia seperti ahli keluarga juga, almaklumla dia pun dah 6 tahun kerja dengan aku. Dengan dia atau maid yang lain aku tak berani nak buat mereka tersinggung kerana aku sendiri pernah mengalami dan pernah menjadi pembantu rumah, aku takkan semudah tu lupa diri.

Aku dulu makan jer bercatu. Buah-buahan jangan mimpila nak merasa majikan aku beli jer memang dia simpan dalam bilik(dalam bilik tidur memang ada peti sejuk pun)sampai macam tu aku di layan. Tak mungkin juga aku nak lakukan perkara yang sama pada maid aku.

Tapi mengenangkan aku perlu bekerja untuk diri aku sendiri aku bertahan jerla lama juga aku kat sana dalam dua tahun lebih. Lastly aku berhenti juga sebab aku ikut jiran dia berpindah ke Kuala Lumpur lagi pun aku memang tak tahan kerja dengan sedara aku tu.

Majikan yang ni sama juga wife guru sekolah dan husband pun kaki tangan TNB. Majikan yang ni memang baik dengan aku. Malah teramat baik aku tak di layan seperti orang gaji pun tapi seorang adik.

Biasanya dia mengajar pagi. Aku akan settlekan anak dan rumah dia dan biasanya siap masak semua aku mandi, bila dia balik mengajar aku pulak di hantar belajar menjahit.

Alhamdulillah dia memang salah seorang yang aku sentiasa doakan semoga di berikan keberkatan dalam hidup. Bukan hanya dia malah kesemua ahli keluargaya baik denganku. Buat kak Hamidah sekeluarga kalau terbaca blog ni saya nak akak tahu kebaikkan akak insaallah selamanya akan saya kenang.

Ok mata dah ngantuk insaallah panjang umur sambungan akan menyusul. Jam dah pukul 3.10 pagi ada 3 jam saja untuk tidur...

Terima Kasih

Salam,

Thanks kepada semua-semua pembaca-pembaca blog ini. Sebenarnya saya bukanlah pandai pun menulis cuma baru nak mencuba-cuba menulis. Di sebabkan minat membaca dari kecil lagi, secara tak langsung datang pula minat untuk menulis dan berkeinginan untuk mencoretkan sendiri apa yang terlintas di fikiran dan di persekitaran.

Sebenarnya ada juga cerita-cerita pendek yang ditulis bila waktu-waktu santai cuma belum ada keberanian untuk di publickan. Nantila hope one day mungkin namun begitu ada juga puisi-puisi yang di karang sendiri tapi di blog yang berlainan.

Kalau sudi nak melawat boleh juga just klik saja kat sebelah kanan kat Join Me At Pelabuhan hati. Tapi kat sana lebih kepada luahan hati di saat-saat jiwang...sudila melawat ya.

Tuesday 4 December 2007

Gerhana Hati Lara

Hari ni mata aku bengkak menangis baca novel terbitan kaki novel - Gerhana Hati Lara tulisan Hani Sofea. Walaupun novel tu takla sehebat novel penulis yang dah terkenal, tapi dari mula cerita sampai ke akhir ceritanya buat air mata ni mengalir.

Mungkin apa yang dikisahkan dalam cerita Gerhana Hati Lara ni banyak menyentuh perasaan halus ini. Watak Hartini anak kampung(pendalaman)memberi kesan kepada diri ini. Tak banyak sikit kesusahan hidup seperti Hartini pernah aku lalui mungkin sebab tu kot air mata ni mengalir laju. Sampaikan member sebelah pun meleleh air mata tengok aku menangis sadisss......

Tapi satu yang paling menyentuh hati aku dalam cerita tu, pengajaran dan paling berkesan dalam hati aku, dalam hidup kita ni sehingga kehujung nyawa kita berkorban untuk orang pun, belum tentu orang tu nampak kebaikkan dan keikhlasan hati kita malah untuk menghargai pengorbanan kita.

Sehingga kadang-kadang sikap manusia yang susah nak kita pulihkan hari ini adalah berjenuh kebaikkan yang kita taburkan dan hulurkan, namun kesilapan kecil yang pernah kita lakukan suatu masa dulu juga, yang tetap juga disebut sehingga ke keturunan kita yang ke 7 mungkin!

Kalau pun ada kesedaran dan penyesalan, akhirnya akan bertandang sesudah orang yang berkorban untuk kita tu dah tak ujud dimuka bumi ini, tapi untuk apa ya?... keinsafan dan kesedaran yang tak akan memberi apa-apa makna pun.

Namun tahniah pada penulis novel tersebut kerana berjaya membuat aku berfikir dan memberi keinsafan pada diriku. Sekurang-sekurangnya walaupun mungkin aku tak tahu aku pernah berdosa atau menyakitkan hati orang tanpa aku sedar aku selalu mohon dimaafkan, Yang zahir marahnya mungkin aku selamat, kerana sempat memohon maaf. Namun jika yang batin marahnya, apa yang harus aku lakukan jika aku sendiri pun tak tahu.

Namun, aku tetap dengan seikhlas hatiku akan sentiasa memaafkan dan menghalalkan, apa jua berbuatan orang yang menyakitkan aku sama ada dia sedar atau tak. Supaya dia tak terhutang kemaafan kepada diri aku walaupun zahirnya mungkin kemarahanku masih bersisa namun tak perlu risau kerana kalian yang mengenaliku, kemaafan dari ku tetap ada untuk kalian.

Malah setiap malam sebelum mata ini terpejam untuk rehat yang sebentar itulah yang aku ucapkan memohon dan memaafkan insan-insan disekelilingku.

Monday 3 December 2007

Rasia Bulan Kelahiran

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Saturday 1 December 2007

Salad


Hanya ini minggu-minggu terakhir aku berkesempatan mencurahkan rasa hatiku disini. Kerana yang pasti selepas ini aku sibuk untuk menyiapkan bill yang masih dua bulan belum disiapkan.

Di rumah juga mungkin sibuk dengan persedian untuk mula berniaga kembali seperti selalu. Kalau nak di ikutkan penat sudah pasti kerana melakukan dua kerja dalam satu masa,namun bila dah minat menguasai diri tak salah jika berkorban sedikit.
Lagi pun bukannya aku berniaga besar-besaran pun, setakat menjual berbagai jenis salad dan sandwiches mengikut permintaan teman-teman dan ada separuhnya di letakkan di kedai-kedai yang sudi menjual saladku.

Alhamdulillah...sebelum ini sambutan membanggakan... hilang rasa penat bila hasil jualanku habis dan mendapat sambutan. Moga suatu masa nanti rezeki ini makin bertambah dan mungkin juga ini permulaan kepada sesuatu yang menjadi impian aku selama ini.

Monday 26 November 2007

Election & Kenaikan Harga Barang

Dua tiga hari lepas ketika mengadakan majlis makan-makan di rumah, menjemput kesemua adik-beradik dan jiran terdekat, terdengar perbualan kaum lelaki termasuk hubby dalam lingkungan berumur 40an keatas.Perbincangan yang lebih menjurus kepada isu semasa terutamanya pilihanraya dan kenaikkan harga barang dan sebagainya, yang kononnya segalanya tak sempurna dengan ketidak adilan jika dibandingkan dengan itu atau ini...

Apa jua kata-kata mereka ini membuatkan aku tersenyum sendirian, betapa selepas 50 tahun kemerdekaan ini, masih belum memberi apa-apa kesedaran kepada orang-orang sebegini. Kebetulan salah seorang yang berbual atau lebih tepat lagi yang dengan banganya mengeluarkan fakta itu dan ini amat aku kenali.

Tidakkah terfikir oleh orang sebegitu dimana dia mencari rezeki sewaktu belum pencen dan atas bantuan siapakah anak-anaknya melanjutkan pelajaran higga berjaya dalam bidang masing-masing jika bukan bantuan Kerajaan ini. Mampukah dia menangung pembelajaran anak-anaknya di Universiti yang kosnya tinggi melambung, kalau tanpa bantuan kerajaan. Seharusnya dia bersyukur, kerana dengan bantuan Kerajaanlah dia mampu memperolehi rezeki bagi menyara keluarganya, bahkan sekarang di saat usia senjanya dia boleh berehat di kedai-kedai kopi, tanpa runcing kerana segala urusan kehidupanya telah terjamin di bumi sendiri. Malah setiap bulan wang pencennya bersih masuk kedalam account.

Negara kita semakin maju kenapa harus di pertikaikan kenaikan harga barang, kalau petrol naik bising tu ada jugala logiknya, ini tepung naik pun kita yang perempuan ni tak bising kaum dia yang lebih. Nak kata menyumbang lebih kepada barang dapur setakat dia yang aku kenal bukan ambil kisah pun tentang itu semua. Semua atas tangungjawab si isteri.

Kalau nak bandingkan Negara lain agak-agaknya Amerika yang maju tu berapa harga seliter petrol dan sekilo gandum? Alang-alang buat perbandingan baik kita bandingkan harga itu semua dengan negara-negara maju kerana negara kita sendiri keera kemajuan. Kenapa harus di bandingkan dengan negara-negara lain yang kurang maju atau berada setakuk atas dari negara kita.

Sebenarnya atau secara jujurnya aku seboleh-bolehnya mengelakkan dari cerita-cerita seperti ini, kerana ianya isu sensetif namun kadang-kadang aku jadi marah juga kepada hamba Allah yang sebegini. Tak sudah-sudah mencari silap orang cuba selidik diri sendiri dulu. Sikap seperti tin kosong tu eloklah di buangkan jauh-jauh. Sekali dua orang bolehla dengar, tapi kalau setiap kali itu yang di suarakan menyampah juga cakap lebih tapi isinya kosong.

Bukan senang nak memerintah sesebuah Negara dan memuaskan hati semua orang, sedang dalam rumah tangga kita sendiri pun, susah untuk kita nak managed bagi memuaskan hati semua ahli keluarga inikan pula dalam sebuah Negara dan berapa juta pula rakyatnya...

Alangkah baik kalau kita lebih risaukan gejala sosial di penempatan kita atau di sekeliling kita, dari memikirkan benda-benda yang mendatangkan tak puas hati kepada diri sendiri.

Kita nak bising harga barang naik; dia tetap akan naik nak boikot, setakat mana kita nak boikot? Seorang kita boikot 10 orang dari kita tetap akan beli benda yang kita boikot, kerana ianya satu keperluan dan ada kepentingan.

Kekadangan bila bandingkan balik orang-orang pandai macam ni dengan abah aku yang kat kampung yang tak sekolah tu , aku rasa abah aku tu lagi cerdik sikitla. Dia kalau aku cakap banyak dia akan jawab " kau tu anak felda long sedar-sedar sikit, dengan duit hasil getah dan sawit tu lah kau membesar"

Kesimpulannya dalam hidup ini bersyukurla apa yang kita dah ada, jangan terlalu mencari silap sana dan sini, kalau tak puas hati undi tu kan rasia, dan hak kita jadi lepaskan tak puas hati di sana, dari mencanang sekeliling kampung.

Monday 19 November 2007

Deman...

Hari ni kurang sihat sikit, semua tak larat nak buat. bukan hari pertama pun dari hari jumaat tu memang dah tak sihat dah masuk hari ni dah 5 hari demam. Ubat jangan cakapla dah berapa kali tukar ubat pun masih macam ni kepala sakit badan bisa-bisa batuk pun teruk sangat tapi kata doktor mungkin terlalu penat kut... mungkin jugala tu...tapi tak apalah bermula esok dah cuti

Thursday 15 November 2007

Bau Hutan....

Musim hujan...selepas berhenti Sekolah dulu aku sempat bekerja di rumah kakitangan TNB di Batu 8 Tapah, Kawasan yang boleh dikatakan Hutan juga malah ada penempatan orang asli, yang juga jalan naik ke tempat percutian yang berhawa dingin Cameron Highland. Bagiku waktu yang paling seronok disana adalah waktu hujan kerana bila duduk dikelilingi hutan dan waktu hujan akan terbau bauan pokok-pokok dan rumput-rumput yang ditimpa hujan.

Bau yang menyenangkan, malah sekarang pun terasa rindu ingin mencium bau-bauan hutan seperti itu, kalau dulu di Tapah setiap kali hujan atau selepas orang-orang asli datang memotong rumput di kawasan perumahan tersebut akan terbau wangian bau rumput yang di potong. Bau-bauan hutan itu jugalah jadi peneman hati yang keseorangan di kala sepi. Kehijauan persekitarannya membuatkan lupa apa jua masaalah yang membendung diri...

Dan sekarang walaupun boleh di katakan kerap juga bercuti ke Cameron Highland belum berkesempatan sekali pun untuk menyinggah kesana sekurang-kurangnya untuk mengimbau kembali kenangan kali pertama bekerja.

Semalam dan hari ini...

Hari ini seawal 7am aku dah tercegat depan pc. Hubby nak kena bergegas ke pejabatnya jadi terpaksalah bangun awal dia yang hantarkan, so kul 5.45 pagi dah bangun penat semalam tak hilang lagi rasanya. Semalam terpaksa half day dalam keadaan tak ada mood tu terpaksa ke pejabat Imegresen ambil Levi maid, kena bayar Rm 430 lepas tu naik pula Komuter dari Sentul ke Pelabuhan Klang untuk di postkan melalui kapal ke Medan.

Balik semalam masuk jer pintu dapur lagilah bertambah tension rasanya tengok dapur colour pink tak sesuai langsung, kita minta colour orange samar di belinya pink dahla aku memang tak suka colour pink sakit kepala. Ntah kenapa aku paling tak suka colour pink baju pun seumur kedewasaan ini rasa-rasanya tak pernah pun ada baju colour pink. Kalau ada pun yang orang bagi. Baju Hanim jerla banyak pink sebab dia memang suka pink. Nak jer aku tukar colour tapi bila Hubby kata tak apalah tak baik membazir next time kita tukar yek...okla terpaksa gak kesian pula ngan dia.

Habis citer tentang cat Hanim pula bagi surat dari sekolah esok( hari ni) ada jamuan perpisahan kat Tabika kena sumbang kuih sikit. Lagilah sakit kepala apa nak aku bagi? kuih raya pun memang aku tak ada tahun ni(lebih tertumpu kepada heavy food jer masa raya tu). Nak ditempah tak sempat dah, bayangkanlah dah pukul 9 malam lagi pun pada siapa... aku tak berapa tahu bab tempah menempah kat area rumah ni. Lastly minta hubby tolong pergi kedai carila apa-apa yang boleh aku masak mihun ke apa-apa jerla. Hubby balik jer... abang beli agar-agar dengan cendol siap santan sekali Za buatkan Puding Cendol jerla senang sikitkan? fuhhh....lega nasib baik dia boleh berfikir saat aku tengah kusut ni. Akhirnya siap jugalah Puding Cendol untuk Hanim malah bukan itu saja aku buatkan juga seloyang kuih Kasui untuk hubby ngan mak mentua...Tengok hubby dengan mak mentua selera makan hilang rasa penat.

Lepas tu barula mula berkemas dapur sikit-sikit yang mana terlarat faham-faham jerla bila renovate rumah, macam tongkang pecahla rumah gamaknya kemas jugala sikit-sikit yang mana terlarat. Tapi tak apalah paling lewat pun hari jumaat depan Yus(maid) dah balik kot bolehla minta tolong kemas balik yang mana kurang.

Esok sabtu kena bangun awal pula Hanim ada sukan sekolah dan penyampaian sijil sekali. Alhamdulillah si kecil tu dapat no 2 kedudukan dalam class. Aku dengan hubby pun macam tak caya jer almaklumla beberapa bulan kebelakangan ini dia pergi kesekolah pun boleh di kira dengan jari apa taknya asyik demam jer tak sangka pula boleh dapat no 2 tu. As a mom walaupun Hanim baru Tabika tapi bangga juga mungkin itulah perasaan kebanggaan seorang ibu bila anak yang didik menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran, itu aku ibu yang anak baru tadika cuba bayangkan perasaan ibu-ibu yang anak-anaknya menjadi yang berjaya tentulah lebih lagi...moga Hanim juga membanggakan aku suatu hari nanti...Amin.

Wednesday 14 November 2007

Kemaafan dendam yang Terindah...??

Hmmm....hari ni aku tersentap sikit, sedih... tapi nak menangis tak boleh dah tak ada air mata. Tapi bila di fikirkan balik aku pun bukan tak biasa pun dalam situasi yang aku hadapi hari ni, memang dari dulu pun dari zaman kanak-kanak lagi aku dah terbiasa dengan apa yang aku rasa hari ini.

Namun waktu itu aku masih terlalu muda untuk menerima ujian seperti apa yang aku alami hari ini aku tidak faham apa-apa cuma waktu itu aku tahu aku dibezakan dengan mereka dan teman setiaku setiap waktu hanyalah airmata, tapi kini setelah meningkat dewasa aku semakin kuat dan mungkin juga dah matang dalam membezakan dua kata yang berlawanan marah-sayang, suka-benci dan aku dah tahu membezakan saat aku diperlukan atau tidak.

Namun sepanjang kedewasaan ini aku telah cuba berlaku baik dan adil pada insan-insan yang aku sayang di sekelilingku walaupun kadang-kadang terbit juga perasaan dendam dengan apa yang aku lalui masa silamku namun cepat-cepat aku kikiskan, Malah ucapan kemaafan itu sentiasa aku latihkan di hati dan bibir dengan apa yang pernah terjadi, malah setiap malam saat merehatkan badan sebelum terpejam mata ini aku sering memanjatkan doa memaafkan orang-orang disekelilingku yang pernah menyakitkan hati dan tubuh badanku menghalalkan seluruh hutang piutang orang terhadapku dengan seiklas hati. Sekurang-kurangnya mereka tak terikat dosa menganiaya aku dengan apa yang mereka pernah lakukan terhadap ku. Memang memaafkan itu menyakitkan tapi saat hati kecil ini membisikkan kata maaf kepuasan dihati secara tak langsung datang bertandang betapa besar kuasa kemaafan.

Namun aku sendiri tak pasti sehingga bila hati ini dapat terus bertahan dan terus memaafkan walaupun hati ini parah dilukai, bukan sekali malah berkali-kali luka dan terus menerus dilukai, menyakitkan...malah teramat sakit namun apa yang mampu aku lakukan hanya titipan doa kepada yang maha esa supaya ditambahkan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan hidup ini.

Tuesday 13 November 2007

We are Family

Hari minggu lalu ada majlis perkahwinan adik perempuanku berlainan ayah, sesal sedikit rasa hati bila aku tak dapat menghadirkan diri.. yerla dengan keadaan mak mentua dan anak yang tak sihat dan rumah tengah berkembur sakan mana ada mood nak kemana-mana pun( renovate dapur). Tapi alhamdulillah aku bersyukur juga walaupun tak dapat nak pergi hari ahad tu, sekurang-kurangnya aku dah pergi hari jumaat tu dari pagi sampai kemalam takla rasa bersalah sangat. Sebenarnya aku dan mak kandungku baru berjumpa selepas hampir 26 tahun terpisah kerana perceraian antara mak kandung dengan ayahku.

Walaupun jarak masa telah memisahkan aku dan ibu kandungku, alhamdulillah kami tak terus dipisahkan oleh perbezaan kasih sayang, walaupun agak terlewat masuk dalam keluarga ibu kandungku alhamdulillah aku terasa di sayangi dan dihargai oleh kesemua adik beradik tiriku yang lain. Sesekali berkumpul ramai-ramai sambil mengubah bakul telur dan memupuk inai pengantin terasa kemeriahannya bila adik-beradik ramai, yerla anak ibu kandungku dengan suami barunya 8 orang 3 darinya telah berumahtangga. Bayangkanlah berapa riuhnya dengan ahli keluarga yang ramai. Aku betul-betul sayang apa yang aku ada hari ni 3 ibu (+ ibu mertua) dan dua ayah.

Dalam minggu yang sama (hari Deepavali) adik yang sebelah ibu tiri satu ayah berlainan mak pula mengikat tali pertunangan dengan jejaka dari Kelantan. Itu pun aku tak dapat nak balik ke kampung juga masih kes yang sama mak mentua dengan anak tak sihat, tapi minggu sebelum deepavali tu dah balik dulula tunjuk muka jangan tak balik langsung kecil pula hati orang tua tu.

Walaupun agak payah untuk memuaskan hati semua pihak sekurang-kurangnya aku dah cuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati ke dua-dua belah pihak keluarga kandungku. Semoga ikatan kekeluarga ini makin utuh dari hari ke hari kerana sebagai seorang anak tak ada kebahagian lain yang aku inginkan cukup kalau melihat orang yang aku sayang disekelilingku turut bahagia dengan kehidupan masing-masing.Aminnn...

Monday 12 November 2007

Permulaan Bulan November....

Dah Lama tak menjenguk ke sini terasa rindu juga nak mencoretkan perkembangan selama beberapa minggu ni, dari sebelum hari raya sehinggalah ke hari ini dah habis raya dah pun. Kebelakangan ini sibuk yang teramat dengan bill phone yang dah tertangguh berbulan belum di update, masak jugalah kepala otak almaklumlah satu HQ ni punya phone bill yang nak di update dan summit. Kalau keadaan mengizinkan boleh jugalah nak buat overtime tapi keadaan sekarang ni susah sikitla dengan anak dan mak mentua yang tak sihat.
Maid pula masih bercuti insaallah kalau tak ada aral dalam mungkin 2 minggu lagi baru dia balik ( lama betul cuti dekat 6 bulan masakkk.... ) tapi tak per kesian gak kat dia banyak yang nak diuruskan balik ke sana tu kerana dia salah seorang mangsa Tsunami dan balik tu pun sebab nak uruskan rumah pemberian kepada mangsa-mangsa Tsunami.Nasib baikla dalam tempoh ketiadaan dia ada juga pembantu sementara lega sikitla kerja kat rumah.

Wednesday 10 October 2007

Salam Aildilfitri

Sempena kedatangan Aidilfitri ini saya & suami memohon ribuan kemaafan kepada siapa saja yang yang mengenali diri ini andai pernah terkasar bahasa tersinggung perasaan harap dimaafkan. Moga-moga keberkatan ramadhan dan syawal yang bakal datang ini akan lebih mengeratkan silaturahim sesama kita. insa'allah.

Wednesday 26 September 2007

Something abt me....

1. Suka masak apa yang aku suka makan jer. Kalau yang aku tak suka, aku tak ambik pot pun nak belajar contohnya kari, sebab aku tak suka makan maka aku tak belajar pun buat. Pernah gak try buat bila hubby aku cakap tak sedap tak der pun keinginan aku nak terus masak lagi biar jadi sedap. Tak perla hubby aku suka kari mak mentua aku rajin melayan...

2. Aku jadi lupa segala-galanya bila aku dah mula mengadap Novel sampai orang panggil pun aku tak dengar...

3. Aku sensitif, baca novel yang sedih sikit pun aku leh meleleh air mata sadis betul masaalah ni, tapi kalau depan hubby aku kena control sebab takut dia ngan anak aku dok pakat kutuk aku..hehehe...anak ngan bapak sama jer.

4. Disamping kuat nangis aku mudah ketawa gak bila aku rasa susah hati aku ingat lawak-lawak bodoh yang aku pernah baca atau dengar automaticly aku leh gelak.

5. Kalau aku nak kuar gumah aku kena pastikan rumah aku dari A-Z perfect kalau tak mulalah aku susah hati.Dan perkara yang paling malas aku nak buat ialah menggosok dan melipat kain baju. Aku sanggup buang duit hantar dobi dari aku kena gosok, kalau kena gak gosok comfirmla ada jer tangan aku yang kena gosok gak,tak banyak pun sikit paling tak pun baju aku tu berlubang, kalau nak kira tak terkira dah. Dan kalau bagi pilihan suruh basuh baju guna tangan berbesen-besen dari mengosok baju sehelai, jangan terkejut kalau aku kata aku pilih membasuh, salah satu sebab aku suka main sabun...hehehe...

6.Aku tak suka shopping atau keluar window Shopping lagi-lagi kat dalam kl ni rasa jam dalam kepala otak aku ni samala jamnya dengan jalan dalam KL ni.Aku shopping setahun sekali jer itu pun time nak raya kalau tak aku lebih suka kirim kat orang jer tolong belikan.

7. Aku tak suka orang yang kuat membebel contoh terdekat hubby akula sapa lagi, dia pantang rumah bersepah, aku plak kalau baca buku aku letak jer mana aku suka. Masa tulah kalau nak dengar betapa buruknya mulut orang lelaki kalau dah membebel, dia pandai bebel jer pun aku gak yang kemass...huhuhu...

8.Aku sukaaa sangattt...dengan laut bagi aku laut mendamaikan itu sebab setiap kali aku bercuti aku suka pergi tempat yang ada laut. Biar pun tempat tu gak yang aku gi setiap kali bercuti(almaklumla nak gi jejauh kekadang tak mampu)tapi tak per asalkan aku leh dengar bunyi ombak menghempas pantai tu dah memberi seribu ketenangan pada aku.

9.Suka bau hutan dan rerumput terutama sekali lepas hujan...

10. Aku suka tengok bunga rose warna biru dan putih, rose merah aku tak suka! tapi dalam kehidupan harian aku lebih suka warna kuning kehijauan Dan choklat muda...

Cinta itu...

Di kala tubuh dah tak bernyawa
Saat ku sampai ke pangkuannya
Biar jasad tak dilihat dari zahirnya
Cintaku kan tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga kan ku tunggu di luarnya
Jika ditanya mengapa
Jawapan ku menunggu
Kau sampai dahulu...

Tuesday 25 September 2007

Penat

Dalam minggu ni terasa jenuh kepenatan penat minda penat badan. Penat minda kerana memikirkan, penat badan kerana turun naik pejabat yang sepatutnya untuk urusan yang berkaitan.Tapi demi sebuah cita-cita yang aku impikan sejak kecil aku lakukkan juga. Actualy aku tengah uruskan sesuatu yang bersangkut paut dengan masa depan, moga-moga segalanya dipermudahkan untuk ku. Amin...

Thursday 20 September 2007

Nurin Jazlin Jazimin

Takziah kepada pasangan En.Jazimin dan isteri atas pemergian adik Nurin Jaslin Jazimin. Anak yang berusia 8 tahun itu meninggal akibat dari kekejaman manusia hari ini.

Betapa nyawa dan kehormatan yang tidak ternilai harganya dengan mudah dicabuli dan pijak oleh syaitan atau lebih tepat lagi iblis yang bertopengkan manusia, dan kepada sesiapa yang melakukan perbuatan terkutuk itu, tidak ada sedikit pun istilah yang boleh dikaitkan dengannya kecuali 'binatang' walaupun binatang pun lebih pandai menghargai dan berkasih sayang.

Mungkin kita sebagai ibu bapa boleh bayangkan sewaktu kita menghukum anak kita, bagaimana sayu wajah pulus anak kita dan bergenang airmata minta supaya dimaafkan dan diberi pengampunan,itu anak yang kita hukum atas kesalahan bertujuan mengajarnya bukan untuk mendera. Inikan pula anak yang sememangnya didera kerana nafsu menggila iblis yang bertopengkan manusia ini.

Apalah yang anak sekecil itu faham dengan apa yang berlaku? Kanak-kanak seusia begitu hanya mengharapkan kasih sayang dari orang disekelilingnya tanpa ada syak wasangka. Bagi mereka semua orang mempunyai perasaan yang sama seperti ibu bapa yang menyayanginya. Memang tidak terlintas langsung dalam pemikiran kanak-kanak seusianya dengan tindakan kejam manusia disekelilingnya, Dapatkah kita bayangkan saat anak itu merintih kesakitan dalam ketakutan dengan perbuatan-perbuatan kejam manusia didepannya, entah berapa ribu kali kanak-kanak itu menyeru dan merintih ibu dan ayah supaya membantunya, dimanakah orang yang selalu menyayangi dan disayanginya, disaat begitu mungkin pada ingatan dan bayangan matanya hanya ada ibu, ayah, adik-adik dan orang-orang yang dikenalinya yang dirasakan mampu membantunya termasuk juga peniaga-peniaga pasar malam yang dijumpai sebelum itu.

Dan kita sebagai orang asing atau orang luar dari kehidupan kanak-kanak ini adakah kita peka bila melihat kanak-kanak bersendirian tanpa orang dewasa menemaninya? Adakah kita pernah bertanyakan diri kita anak siapa dan mengapa dia berani bersendirian? Dan bila kejadian seperti ini berlaku yang kita biasanya tahu hanyalah menyalahkan ibu bapa terbabit kononnya tidak pandai menjaga anak.Dalam kejadian seperti ini tidak sepatutnya timbul istilah tidak pandai menjaga anak atau yang sewaktu dengannya kerana mana-mana manusia yang bergelar ibu dan ayah sememangnya mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, siapa mahukan anak yang dikandung dan dibesarkan penuh kasih sayang mati ditangan manusia yang tidak berperikemanusian seperti itu?

Dan kadang-kadang kita juga terlupa, bahawa dalam keadaan kita berjaga-jaga kejadian seperti itu tak mustahil boleh berlaku kepada kita atau orang disekeliling kita yang kita kenali, dan rasanya keluarga Nurin sendiri pun berhati-hati dan banyak mengambil iktibar dari kejadian-kejadian seperti ini yang salah satu contoh terdekat adalah kehilangan adik Yin. Jadi tidak wajar sama sekali kita menyalahkan ibu bapa seratus peratus atas apa yang terjadi sama juga ibarat kita memandu, mungkin kita pemandu yang berhemah tapi tak semua orang seperti kita berhemah memandu, mungkin kerana sesaat pemandu lain cuai secara tak langsung nyawa kita yang melayang.

Kesimpulannya perkara-perkara seperti ini diluar kemampuan kita untuk menghindari apa yang perlu ialah sikap berhati-hati dan keprihatianan kita terhadap persekitaran kita,tak kira dimana pun jika ada sikap prihatin tak mustahil apa yang berlaku kepada Nurin boleh dielakkan. Tak wajar jika kita meletak semua permasaalah ini hanya kepada pihak yang berkuasa adalah sebaik-baiknya tanamkan dan ajarkan kepada anak-anak kita apa tindakan yang sewajarnya boleh mereka lakukan jika mereka melihat teman-teman mereka atau orang disekitar mereka berada dalam keadaan yang mencurigakan.

Untuk keluarga Nurin diharapkan dapat bersabar dan menerima apa yang terjadi dengan reda dan terus sama-sama berdoa dengan keberkatan bulan Ramadhan ini penjenayah Nurin dapat diberkas dan menerima hukuman yang sewajarnya.

Tuesday 18 September 2007

Aku dan Buku

Hmmm....minat dgn novel since age aku 10 tahun darjah 4 dan novel pertama yang aku baca adalah BADAI SEMALAM karya Khatijah Hashim yang di pinjam dari perpustakaan sekolah. Itulah novel pertama yang aku baca dan novel tulah yang buat mata ini bengkak menangis sebab sedih sangat, ingat lagi 2 minggu buku tu aku simpan tak pulang-pulang dan berapa puluh kali aku baca pun aku tak tahu....dan bila aku pulangkan buku tu, aku siap azam lagi nanti bila dah besar dan kerja aku nak beli novel tu nak simpan jadikan koleksi almaklumla masa tu nak beli nak minta duit ngan mak bapak susah sikitla tak berapa nak ada. Dan selepas buku BADAI SEMALAM lama jugala aku tak baca novel almaklumla anak felda macam aku ni bukannya senang nak membeli novel lagipun kat area kampung macam tu mana ada kedai buku macam kat kl ni....harap buku perpustakaan jer.
Aku mula membaca novel balik bila aku berumur 11 tahun kalau tak silap member bagi pinjam TANGISAN BULAN MADU tulisan Samsiah Moh Nor. Novel tu pun aku nangis gak sedih sampaila sekarang ni bila dah membesar dah bekerja dah mampu nak keluar duit beli buku pantangla ada novel baru yang keluar aku dan member-member yang memang ulat buku akan pergi mencari.

Biasanya 2 ke 3 bulan sekali aku suka gi Mph kat Mid Valley untuk beli buku sebab kat sana aku boleh duk seharian sambil baca, biasanya sekali aku gi beratus gakla aku habis siap bawa list buku apa yang aku dah ada dan novel terbaru apa yang keluar yang biasanya aku cari dari blog member-member yang ada....Mungkin Org suka gi pesta buku yerla leh dapat discount tapi tak aku, aku tak suka pergi tempat yang berasak-asak ramai org ni aku suka gi tempat yang aku boleh cari dan menghayati sesuatu buku tu tanpa gangguan biar mahal sikit pun tak apa sebab bagi aku sentimentel value yang ada pada setiap buku-buku yang aku ada tu lagi penting.
Hari sabtu atau ahad jangan tanyala aku nak kemana kebiasanya awal pagi selepas subuh aku dah macam lipas kudung duk mengemas rumah semua kain baju dah selesai basuh malam tinggal kemas apa yang patut masak jer dan settlekan hal anak aku sorang tu nasib baik baikla anak aku pun tak banyak ragam nampak gayanya dia pun ulat buku gak macam mama dia, kul 9 semua dah siap aku akan mula mengadap novel dari kul 9 sampaila kul 12.30 tengahari. Pastu kena stop kena panaskan lauk hubby on the way balik makan, lepas makan solat zohor semua aku akan sambung membaca sampaila asar
hubby balik dah tak leh pegang buku dah malam memang sepenuhnya masa untuk hubby dan anak....Malam pula bila anak dan hubby dah tidur sambungla sikit membaca kalau tak pun duk depan pc cam ni tgk blog kawan yang ada e-novel.
Membaca buku ni satu kepuasan bagi aku, perbagai rasa ada di situ bila sedih aku boleh menangis dan yang happy akan buat aku ketawa sendirian, rasanya aku belajar dan mematangkan diri aku juga melalui buku-buku yang aku baca....lagi satu sikap buruk aku tentang buku aku kedekut nak bagi pinjam aku lagi sanggup keluarkan duit beli dan hadiahkan dari aku bagi pinjam, bukannya apa dulu pernah sekali aku bagi org pinjam dan buku tu tak dijaga dengan betul sehingga koyak waktu dia pulangkan depan mata dia aku koyakkan buku tu betul-betul, dan lepas tu aku pergi kedai beli buku yang serupa tapi baru. Dan sekarang ni walau sesiapa pun nak pinjam maafla aku takkan bagi, mintala apa saja duit ker nak pinjam baju ke, kalau ada insaallah aku bagi tapi kalau bab pinjam buku maafla takkan dapat merayula macam mana pun.
Setakat ni dalam list yang terakhir aku buat bulan March tu ari koleksi buku aku keseluruhan ada 400 lebih, novel saja ada 200lebih tu pun dah banyak yang hilang....hope satu hari nanti sepas cukup modal aku business yang berkaitan dgb buku ini yang dah lama aku impikan akan tercapai....Amin.