Wednesday 28 January 2009

Penatnya..

Hmmm...lamanya aku tak menjengak kesini, kesibukkan aku berniaga sekarang ini membataskan segala-segalanya. Sekarang ini aku harus terkejar-kejar melaksanakan banyak kerja dlm satu masa, Kadang-kadang time rehat aku pun ntah kemana.

Malam time tidur pun sehari cuma 3 jam saja. Tapi oklah walaupun penat tapi bila fikir hasilnya boleh tersenyum lebar juga jadi terpaksala bertahan. Tapi apa pun thanks banyak pada hubby jugala dia banyak memberi galakkan pada aku dan di samping tu dia juga yang banyak bantu, dia juga yang banyak risau aku penat dan stress macam dia katanya. Takut aku tak terbawak nanti sakit mcm dia pula...

Tapi aku pun klu tak termampu aku tak buat, Aku buat apa yang termampu jer. Itu pun aku kena pastikan kerja aku kat office ni tak terabai.

Dan sekarang ni since adik aku dapat kerja kat kl ni, dia stay ngan aku sekali sebelum dia kawin bulan may ni, jadi kerja-kerja rumah tu banyak dia yang bantu itu dah melegakan aku juga.

Ikutkan aku buat ni semua bukan semata-mata kerana duit tapi kerana aku minat since aku kecil lagi aku dah di dedahkan dengan dunia perniagaan dari mak tiri aku, sampai mak aku pun sempat cakap bila tau aku berniaga... anak mak tak ada yang ikut minat mak long kau jerla sorang... bangga juga aku bila kena up dengan mak aku tu...

Thursday 8 January 2009

Demam Lagi

Tadi Maid hantar sms,"Za Hanim demam lagi petang ni kena bawa klinik"...Lagi letihnya Hanim asyik demam jer... Aku selalu perasan hanim kalau terlalu penat memang lelah dia akan datang balik... PENAT? Kenapa penat?

Citer tentang ni lagilah aku rasa angin satu badan apa tak nyer... Tahun ni Sekolah Hanim buat pertukaran bilik darjah, Ada ke patut class anak aku tahun ni, di tukarkan ke tingkat paling atas tingkat 3. Bayangkanla budak umur lapan tahun macam tu di letakkan kat tingkat atas, dan yang darjah 4,5,6 ni kat floor bawah...ader ker patut.

Kesiannya aku rasa anak aku tu dah la halus melidi kena naik sampai tingkat 3 dgn bawa beg dan buku lagi kesian plak aku rasa...nak aku suruh Yus hantar sampai keatas masaalah juga, sebab penjaga hanya dibenarkan mengambil dan menghantar anak masing-masing sehingga ke pintu pagar saja, tempat jaga berjaga saja tidak melebihi itu... macam mana nak buat... Bila dia dah sakit macam tu susah hati aku...

Kalau Hanim tu jenis yang sihat ni aku tak kisah sangat tapi masalah nyer dia tu ada lelah/asma. Setiap kali kena serangan comfirm aku jadi penghuni wad kat Hospital Ampang Putri tu paling tak 4 hari duduk wad...Bila dah menjaga dia kat wad benda lain pun ikut terbengkalaila susah...dahla papanya tak berapa sihat, anaknya pun sekejap-sekejap tak sihat yang tersepit surela aku...benda-benda macam nila yang aku rasa makin menambahkan stress pada diri aku...

Ntah Apa-Apa Ntah

Monday ni akan bertambah meningkat usia aku... dulu sebelum usia aku ke angka 30 aku rasa aku muda lagi, banyak peluang dalam hidup yang aku boleh usahakan lagi. Tapi bila usia berginjak ke 31 ni, aku terasa seolah-olah aku dah tak punya masa yang cukup untuk mengejar apa yang aku inginkan, sempat atau tak pun aku tak pasti...cuma yang pasti banyak lagi dalam kehidupan ini yang aku inginkan.

Harap-harap tahun ni rezeki akan lebih menyebelahi aku dan hubby. Sekarang ni aku rasa aku semakin mudah berputus asa tak macam dulu kenapa yek...Aku cepat rasa lelah, bosan dan mudah mengalah.

Kadang-kadang bila fikirkan balik apa yang membuatkan aku berperasaan macam tu pun aku tak tau.

Untuk tahun ni aku cuma harap bila semakin meningkat usia aku makin banyak perubahan positif yang boleh aku lakukan dalam hidup aku, tak kirala dari segi kerjaya ker, rumahtangga ke atau apa-apa jer la...

Tuesday 6 January 2009

Tahun Baru

Tahun 2009 tahun baru, kebanyakkan orang akan bercerita tentang azam baru, tapi tahun ni aku masih sama dengan azam yang lama sebabnya tahun lepas banyak yang terbengkalai, jadi kena forward ke this year...

Ada tambahan ke? Tak der kot sebab yang last year punya pending pun tak tau boleh achievable this year or not. Tapi apa pun yang pasti setiap kali bertukar tahun makin bertambah umur aku, makin TUE...hehehe...(nasib baik sedar)

Cuma bezanya tahun ni rasanya, tahun yang akan banyak memberi tekanan pada aku, sekarang ni pun dah tertekan dah rasanya... dari segi apa yek? Macam-macamla, klu nak citer pun no use kot, cuma perlahan-lahan kena settledown la satu-satu. Hopefully everything will go smooth and under control.

Wish me luck k...