Saturday, 13 December 2008

Mahalnya

Hari ni pagi-pagi aku dah gi pasar selayang cari perut nak masak ngan rebung, kebetulan dah sampai area sana aku pun ajak hubby gi NSK jap nak beli barang-barang wat Sandwich esok.

Apa yang mengejutkan aku harga barang kat NSK lagi mahal dari kedai supermarket biasanya, contohnya tuna chuck jenama REX, biasanya kalau aku beli kat TC permata harga paling mahal aku dapat rm 3.20, tu bagi aku dah mahal. Kat TC Permatala paling murah setakat ni Rm 3.10, Apa yang mengejutkan aku kat NSK leh jual Rm 4.++ aku tak ingat plak ++ tu berapa tadi. Mak oi mahalnya yang bestnya kat situ siap tulis lagi HARGA AHLI...biar betul... itu harga ahli ker...

Aku rasa NSK sejak menjak lepas terbakar ni memang mahalla, sebelum ni aku paling suka beli barang kat sana harga berpatutan, tapi mungkin juga pihak NSk nak cover balik harga pengubah suaian selepas terbakar kot tu yang mahal tu.

1 comment:

  1. walaupun harga minyak dah turun harga barangan masih tak turun2..harap semua bijak menggunakan kuasa pengguna..

    ReplyDelete