Musim hujan...selepas berhenti Sekolah dulu aku sempat bekerja di rumah kakitangan TNB di Batu 8 Tapah, Kawasan yang boleh dikatakan Hutan juga malah ada penempatan orang asli, yang juga jalan naik ke tempat percutian yang berhawa dingin Cameron Highland. Bagiku waktu yang paling seronok disana adalah waktu hujan kerana bila duduk dikelilingi hutan dan waktu hujan akan terbau bauan pokok-pokok dan rumput-rumput yang ditimpa hujan.
Bau yang menyenangkan, malah sekarang pun terasa rindu ingin mencium bau-bauan hutan seperti itu, kalau dulu di Tapah setiap kali hujan atau selepas orang-orang asli datang memotong rumput di kawasan perumahan tersebut akan terbau wangian bau rumput yang di potong. Bau-bauan hutan itu jugalah jadi peneman hati yang keseorangan di kala sepi. Kehijauan persekitarannya membuatkan lupa apa jua masaalah yang membendung diri...
Dan sekarang walaupun boleh di katakan kerap juga bercuti ke Cameron Highland belum berkesempatan sekali pun untuk menyinggah kesana sekurang-kurangnya untuk mengimbau kembali kenangan kali pertama bekerja.
No comments:
Post a Comment