Saturday, 1 December 2007
Salad
Hanya ini minggu-minggu terakhir aku berkesempatan mencurahkan rasa hatiku disini. Kerana yang pasti selepas ini aku sibuk untuk menyiapkan bill yang masih dua bulan belum disiapkan.
Di rumah juga mungkin sibuk dengan persedian untuk mula berniaga kembali seperti selalu. Kalau nak di ikutkan penat sudah pasti kerana melakukan dua kerja dalam satu masa,namun bila dah minat menguasai diri tak salah jika berkorban sedikit.
Lagi pun bukannya aku berniaga besar-besaran pun, setakat menjual berbagai jenis salad dan sandwiches mengikut permintaan teman-teman dan ada separuhnya di letakkan di kedai-kedai yang sudi menjual saladku.
Alhamdulillah...sebelum ini sambutan membanggakan... hilang rasa penat bila hasil jualanku habis dan mendapat sambutan. Moga suatu masa nanti rezeki ini makin bertambah dan mungkin juga ini permulaan kepada sesuatu yang menjadi impian aku selama ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Awak pandai berniaga rupanya. Bolehlah saya order salad kat awak. Apapun blog awak memang bagus. Penampilan yang agak sederhana tapi penuh dengan isi dan perkara yang melibatkan awak. Saya suka. Tapi saya rasa awak ni pendiam laa. Mana gambar awak. Segan ke malu nak expose diri awak. Nak juga saya tengok gambar-gambar awak.
ReplyDelete