Thursday, 27 December 2007

Remaja Kita

Apa yang nak disuarakan ini hanya pandangan peribadi luahan apa yang terlintas di akal fikiran. Bukan berniat nak mengutuk sesiapa apatah lagi mereka-mereka yang bergelar ibu bapa mahupun remaja-remaja di luar sana.Sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan secara tak lansung berkongsi kesedaran ini dengan orang-orang disekelilingku.

Semalam balik lambat kerana overtime menyiapkan kerja-kerja yang tertunggak, on the way balik teringgin pula nak makan mee sup jadi minta husband singgah di gerai yang berdekatan dengan rumah. Sedang duduk makan, mata tu sempat melirik ke sekumpulan remaja lelaki dalam lingkungan umur 13-17 tahun, yang duduk di hadapan meja kami. Mungkin dah jadi habit suka menilik orang jadi mata tu tak henti-henti duk memerhatikan anak-anak tadi yang seramai lapan orang kesemuanya.

Apa yang menyedihkan budak-budak tadi dengan selambanya merokok tanpa rasa bersalah atau malu...Terlintas dalam fikiran ini apa nak jadi dengan anak-anak yang sebegini, dimana kedua orang tua mereka? adakah ibu bapa mereka tahu aktiviti yang anak-anak mereka lakukan di luar, padahal jam dah menunjukkan pukul 10.30 malam, tidakkah ibu bapa mereka ni tercari-cari dimana anak-anak mereka.

Alangkah bagusnya waktu-waktu begitu anak-anak ini dirumah bersama keluarga, kerana pada pandangan saya sebagai orang dewasa melepak di kedai makan waktu-waktu sebegitu tidak sesuai bagi anak-anak yang seusia mereka. melepak sambil merokok,mengusik anak gadis yang lalu dengan mengunakan perkataan-perkataan yang lucah sesama mereka, dan yang terlebih menghairankan setiap mereka memiliki telephone bimbit yang canggih melebihi kita yang dah bekerja ni. Dari mana mereka memperolehinya? kalau di lihat dari persekitaran kawasan dan penampilan setiap mereka rasanya diantara kebanyakkannya mereka itu bukan datangnya dari keluarga yang senang...

Dan penampilan mereka dari rambut yang bercat, ada yang hijau ada yang putih ada juga yang merah secara tak langsung terlintas dari fikiranku, apa akan jadi pada anak-anak sebegini dalam 5 atau 10 tahun akan datang. bagaimana harus di pupuk kesedaran kepada anak-anak yang sebegini. Mereka terlalu muda, sayang jika peluang yang banyak untuk memajukan diri sekarang ni tak mereka gunakan untuk kebaikkan diri mereka sendiri. Ikutkan diri ini, ringan juga mulut ini nak menegur tapi bila memikirkan suasana tak berapa nak sesuai jadi hasrat itu di lupakan begitu saja. Dengan tempat yang terbuka begitu dan keadaan mereka yang ramai tu silap hari bulan nanti kami pula yang dikejarnya. Almaklumla mereka semuanya bermotor.

Harap-harap ibu bapa yang diluar sana pantaulah pergerakkan anak-anak mereka yang menginjak ke usia remaja ini sedari awal. Menyedihkan bila kemajuan yang negara kita capai hari ini membuatkan ibu bapa leka dan lalai tanggungjawab terhadap darah daging sendiri.

Sikap anak-anak seperti ini boleh dielakkan jika ibu bapa sama-sama meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak, ambil tahu apa aktiviti anak-anak kita dan dengan siapa mereka berkawan, dan sebaiknya sebelum bermulanya cuti sekolah sediakan aktiviti yang sesuai dengan anak-anak kita. jangan biarkan kobosanan mereka di rumah mempengaruhi mereka untuk mencari kawan yang tak baik dan akan adalah aktiviti-aktiviti yang tak berfaedah.

Gunakan kebijaksanaan kita untuk menarik mereka lebih dekat dengan kita jangan mudah mengambil sikap lepas tangan dan percaya buta-buta apa yang anak kita katakan.

No comments:

Post a Comment