Dua tiga hari lepas ketika mengadakan majlis makan-makan di rumah, menjemput kesemua adik-beradik dan jiran terdekat, terdengar perbualan kaum lelaki termasuk hubby dalam lingkungan berumur 40an keatas.Perbincangan yang lebih menjurus kepada isu semasa terutamanya pilihanraya dan kenaikkan harga barang dan sebagainya, yang kononnya segalanya tak sempurna dengan ketidak adilan jika dibandingkan dengan itu atau ini...
Apa jua kata-kata mereka ini membuatkan aku tersenyum sendirian, betapa selepas 50 tahun kemerdekaan ini, masih belum memberi apa-apa kesedaran kepada orang-orang sebegini. Kebetulan salah seorang yang berbual atau lebih tepat lagi yang dengan banganya mengeluarkan fakta itu dan ini amat aku kenali.
Tidakkah terfikir oleh orang sebegitu dimana dia mencari rezeki sewaktu belum pencen dan atas bantuan siapakah anak-anaknya melanjutkan pelajaran higga berjaya dalam bidang masing-masing jika bukan bantuan Kerajaan ini. Mampukah dia menangung pembelajaran anak-anaknya di Universiti yang kosnya tinggi melambung, kalau tanpa bantuan kerajaan. Seharusnya dia bersyukur, kerana dengan bantuan Kerajaanlah dia mampu memperolehi rezeki bagi menyara keluarganya, bahkan sekarang di saat usia senjanya dia boleh berehat di kedai-kedai kopi, tanpa runcing kerana segala urusan kehidupanya telah terjamin di bumi sendiri. Malah setiap bulan wang pencennya bersih masuk kedalam account.
Negara kita semakin maju kenapa harus di pertikaikan kenaikan harga barang, kalau petrol naik bising tu ada jugala logiknya, ini tepung naik pun kita yang perempuan ni tak bising kaum dia yang lebih. Nak kata menyumbang lebih kepada barang dapur setakat dia yang aku kenal bukan ambil kisah pun tentang itu semua. Semua atas tangungjawab si isteri.
Kalau nak bandingkan Negara lain agak-agaknya Amerika yang maju tu berapa harga seliter petrol dan sekilo gandum? Alang-alang buat perbandingan baik kita bandingkan harga itu semua dengan negara-negara maju kerana negara kita sendiri keera kemajuan. Kenapa harus di bandingkan dengan negara-negara lain yang kurang maju atau berada setakuk atas dari negara kita.
Sebenarnya atau secara jujurnya aku seboleh-bolehnya mengelakkan dari cerita-cerita seperti ini, kerana ianya isu sensetif namun kadang-kadang aku jadi marah juga kepada hamba Allah yang sebegini. Tak sudah-sudah mencari silap orang cuba selidik diri sendiri dulu. Sikap seperti tin kosong tu eloklah di buangkan jauh-jauh. Sekali dua orang bolehla dengar, tapi kalau setiap kali itu yang di suarakan menyampah juga cakap lebih tapi isinya kosong.
Bukan senang nak memerintah sesebuah Negara dan memuaskan hati semua orang, sedang dalam rumah tangga kita sendiri pun, susah untuk kita nak managed bagi memuaskan hati semua ahli keluarga inikan pula dalam sebuah Negara dan berapa juta pula rakyatnya...
Alangkah baik kalau kita lebih risaukan gejala sosial di penempatan kita atau di sekeliling kita, dari memikirkan benda-benda yang mendatangkan tak puas hati kepada diri sendiri.
Kita nak bising harga barang naik; dia tetap akan naik nak boikot, setakat mana kita nak boikot? Seorang kita boikot 10 orang dari kita tetap akan beli benda yang kita boikot, kerana ianya satu keperluan dan ada kepentingan.
Kekadangan bila bandingkan balik orang-orang pandai macam ni dengan abah aku yang kat kampung yang tak sekolah tu , aku rasa abah aku tu lagi cerdik sikitla. Dia kalau aku cakap banyak dia akan jawab " kau tu anak felda long sedar-sedar sikit, dengan duit hasil getah dan sawit tu lah kau membesar"
Kesimpulannya dalam hidup ini bersyukurla apa yang kita dah ada, jangan terlalu mencari silap sana dan sini, kalau tak puas hati undi tu kan rasia, dan hak kita jadi lepaskan tak puas hati di sana, dari mencanang sekeliling kampung.
No comments:
Post a Comment