Tuesday, 4 December 2007

Gerhana Hati Lara

Hari ni mata aku bengkak menangis baca novel terbitan kaki novel - Gerhana Hati Lara tulisan Hani Sofea. Walaupun novel tu takla sehebat novel penulis yang dah terkenal, tapi dari mula cerita sampai ke akhir ceritanya buat air mata ni mengalir.

Mungkin apa yang dikisahkan dalam cerita Gerhana Hati Lara ni banyak menyentuh perasaan halus ini. Watak Hartini anak kampung(pendalaman)memberi kesan kepada diri ini. Tak banyak sikit kesusahan hidup seperti Hartini pernah aku lalui mungkin sebab tu kot air mata ni mengalir laju. Sampaikan member sebelah pun meleleh air mata tengok aku menangis sadisss......

Tapi satu yang paling menyentuh hati aku dalam cerita tu, pengajaran dan paling berkesan dalam hati aku, dalam hidup kita ni sehingga kehujung nyawa kita berkorban untuk orang pun, belum tentu orang tu nampak kebaikkan dan keikhlasan hati kita malah untuk menghargai pengorbanan kita.

Sehingga kadang-kadang sikap manusia yang susah nak kita pulihkan hari ini adalah berjenuh kebaikkan yang kita taburkan dan hulurkan, namun kesilapan kecil yang pernah kita lakukan suatu masa dulu juga, yang tetap juga disebut sehingga ke keturunan kita yang ke 7 mungkin!

Kalau pun ada kesedaran dan penyesalan, akhirnya akan bertandang sesudah orang yang berkorban untuk kita tu dah tak ujud dimuka bumi ini, tapi untuk apa ya?... keinsafan dan kesedaran yang tak akan memberi apa-apa makna pun.

Namun tahniah pada penulis novel tersebut kerana berjaya membuat aku berfikir dan memberi keinsafan pada diriku. Sekurang-sekurangnya walaupun mungkin aku tak tahu aku pernah berdosa atau menyakitkan hati orang tanpa aku sedar aku selalu mohon dimaafkan, Yang zahir marahnya mungkin aku selamat, kerana sempat memohon maaf. Namun jika yang batin marahnya, apa yang harus aku lakukan jika aku sendiri pun tak tahu.

Namun, aku tetap dengan seikhlas hatiku akan sentiasa memaafkan dan menghalalkan, apa jua berbuatan orang yang menyakitkan aku sama ada dia sedar atau tak. Supaya dia tak terhutang kemaafan kepada diri aku walaupun zahirnya mungkin kemarahanku masih bersisa namun tak perlu risau kerana kalian yang mengenaliku, kemaafan dari ku tetap ada untuk kalian.

Malah setiap malam sebelum mata ini terpejam untuk rehat yang sebentar itulah yang aku ucapkan memohon dan memaafkan insan-insan disekelilingku.

1 comment:

  1. Shamsuddin Abdul Kadir6 December 2007 at 01:29

    Terima Kasih di atas pandangan peribadi terhadap Novel Gerhana Hati Lara, Insyaa-Allah saya akan sampaikan kepada Hani Sofea (isteri)tentang komen yang diberikan.

    Sham

    ReplyDelete