Wednesday, 14 November 2007

Kemaafan dendam yang Terindah...??

Hmmm....hari ni aku tersentap sikit, sedih... tapi nak menangis tak boleh dah tak ada air mata. Tapi bila di fikirkan balik aku pun bukan tak biasa pun dalam situasi yang aku hadapi hari ni, memang dari dulu pun dari zaman kanak-kanak lagi aku dah terbiasa dengan apa yang aku rasa hari ini.

Namun waktu itu aku masih terlalu muda untuk menerima ujian seperti apa yang aku alami hari ini aku tidak faham apa-apa cuma waktu itu aku tahu aku dibezakan dengan mereka dan teman setiaku setiap waktu hanyalah airmata, tapi kini setelah meningkat dewasa aku semakin kuat dan mungkin juga dah matang dalam membezakan dua kata yang berlawanan marah-sayang, suka-benci dan aku dah tahu membezakan saat aku diperlukan atau tidak.

Namun sepanjang kedewasaan ini aku telah cuba berlaku baik dan adil pada insan-insan yang aku sayang di sekelilingku walaupun kadang-kadang terbit juga perasaan dendam dengan apa yang aku lalui masa silamku namun cepat-cepat aku kikiskan, Malah ucapan kemaafan itu sentiasa aku latihkan di hati dan bibir dengan apa yang pernah terjadi, malah setiap malam saat merehatkan badan sebelum terpejam mata ini aku sering memanjatkan doa memaafkan orang-orang disekelilingku yang pernah menyakitkan hati dan tubuh badanku menghalalkan seluruh hutang piutang orang terhadapku dengan seiklas hati. Sekurang-kurangnya mereka tak terikat dosa menganiaya aku dengan apa yang mereka pernah lakukan terhadap ku. Memang memaafkan itu menyakitkan tapi saat hati kecil ini membisikkan kata maaf kepuasan dihati secara tak langsung datang bertandang betapa besar kuasa kemaafan.

Namun aku sendiri tak pasti sehingga bila hati ini dapat terus bertahan dan terus memaafkan walaupun hati ini parah dilukai, bukan sekali malah berkali-kali luka dan terus menerus dilukai, menyakitkan...malah teramat sakit namun apa yang mampu aku lakukan hanya titipan doa kepada yang maha esa supaya ditambahkan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan hidup ini.

2 comments:

  1. hati ini sungguh sedih n pilu saat dilukai... aku tak tau naper dia buat camni kat aku... setelah apa yang telah aku lakukan untuknya dia pergi meninggalkanku n bersama ngan pompuan len... harus kah aku memaafkannya????????

    ReplyDelete
  2. Meminta dan memberi maaf itu tergolong juga dalam hutang, selagi termampu memaafkan eloklah di maafkan. Jangan disana nanti kita tercari-cari dia semata-mata untuk meminta atau memberi kemaafan kita yang kita terlepas di dunia ini hanya kerana keegoan kita.

    ReplyDelete