Tuesday, 13 November 2007

We are Family

Hari minggu lalu ada majlis perkahwinan adik perempuanku berlainan ayah, sesal sedikit rasa hati bila aku tak dapat menghadirkan diri.. yerla dengan keadaan mak mentua dan anak yang tak sihat dan rumah tengah berkembur sakan mana ada mood nak kemana-mana pun( renovate dapur). Tapi alhamdulillah aku bersyukur juga walaupun tak dapat nak pergi hari ahad tu, sekurang-kurangnya aku dah pergi hari jumaat tu dari pagi sampai kemalam takla rasa bersalah sangat. Sebenarnya aku dan mak kandungku baru berjumpa selepas hampir 26 tahun terpisah kerana perceraian antara mak kandung dengan ayahku.

Walaupun jarak masa telah memisahkan aku dan ibu kandungku, alhamdulillah kami tak terus dipisahkan oleh perbezaan kasih sayang, walaupun agak terlewat masuk dalam keluarga ibu kandungku alhamdulillah aku terasa di sayangi dan dihargai oleh kesemua adik beradik tiriku yang lain. Sesekali berkumpul ramai-ramai sambil mengubah bakul telur dan memupuk inai pengantin terasa kemeriahannya bila adik-beradik ramai, yerla anak ibu kandungku dengan suami barunya 8 orang 3 darinya telah berumahtangga. Bayangkanlah berapa riuhnya dengan ahli keluarga yang ramai. Aku betul-betul sayang apa yang aku ada hari ni 3 ibu (+ ibu mertua) dan dua ayah.

Dalam minggu yang sama (hari Deepavali) adik yang sebelah ibu tiri satu ayah berlainan mak pula mengikat tali pertunangan dengan jejaka dari Kelantan. Itu pun aku tak dapat nak balik ke kampung juga masih kes yang sama mak mentua dengan anak tak sihat, tapi minggu sebelum deepavali tu dah balik dulula tunjuk muka jangan tak balik langsung kecil pula hati orang tua tu.

Walaupun agak payah untuk memuaskan hati semua pihak sekurang-kurangnya aku dah cuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati ke dua-dua belah pihak keluarga kandungku. Semoga ikatan kekeluarga ini makin utuh dari hari ke hari kerana sebagai seorang anak tak ada kebahagian lain yang aku inginkan cukup kalau melihat orang yang aku sayang disekelilingku turut bahagia dengan kehidupan masing-masing.Aminnn...

No comments:

Post a Comment