Tuesday 10 March 2009

Kring...kring...Story 3

Petang khamis minggu lepas...satu call masuk...

Aku angkat...selepas greeting dan memperkenalkan diri..

Aku.."ya cik ada apa-apa yang boleh saya bantu"?

Dia.."saya call dari KDN(kemanterian Dalam Negeri)nak bercakap dengan Ketua Pengarah LLM(Lambaga Lebuhraya Malaysia)

Aku.."maaf cik, cik call salah number ni. tak apa cik...cik cuba call number ni ya, ini number Lembaga...

Aku.."03-8737....

Dia.." Kalau number tu yang awak nak bagi tak payah, Saya dah call number tu dari pagi tadi lagi.Tak berangkat...Kau orang ni nak kerja ke tak nak...atau nak makan gaji buta?

La apahal pulak minah ni(dalam hati jer)

Aku.."Maafkan saya cik, PLUS dan LEMBAGA tak sama cik, dua company yang berbeza. Kita tak terikat sama sekali...apapun saya cuma ada number yang saya beri tadi saja untuk cik hubungi...

Dia terus membebel...aku plak, nak tak nak harus terus menahan telinga dan hati sabar bebanyak...tapi ayat terakhir yang paling menyakitkan hati aku dia cakap...

Dia.."Kau orang ni memang tak guna!

Lalu telephone dihempaskan...

Aku terfikir...

Orang-orang macam ni lah yang selalu merosakkan budi bahasa goverment servent, Selalu kita dengar kakitangan kerajaan kurang ajar inilah salah seorang darinya. Salah seorang yang mencemarkan nama goverment servent yang berkerja setengah nak mati memberikan perkhidmatan terbaik pada orang-orang disekelilingnya. Tapi disebabkan orang yang sakit jiwa macam caller aku tadi tu semua terpalit.

Apalah salahnya dia bercakap baik-baik, dah terang-terang dia salah call, nak lepaskan geram pada orang lain tu kenapa... yang lebih memalukan dia orang kementerian. Sepatutnya orang-orang macam ni lebih menunjukkan budi bahasa bila bertutur dan berbicara.

Bila bekerja tak kirala apa pun jawatan yang disandang, besar ke kecil perkara utama yang harus diutamakan yerlah menjaga nama baik sesebuah organisasi, menjaga nama baik sesebuah organisasi termasukla cara kita bercakap dengan orang-orang di sekeliling kita termasuklah perbualan dalam telefon macam aku tadi.

Mungkin dalam phone macam tu kita akan fikir, ala orang bukan tau pun sapa,peduli apa... tapi dari bertutur juga kita boleh menunjukan keperibadian kita.

No comments:

Post a Comment