Monday, 9 March 2009

Kring..kring...Story 1

Baru-baru ni...aku angkat satu panggilan senggal dari pemanggil senggal juga, nak tau kenapa aku kata dia senggal....baca ni.

Dia call nak cakap dengan kita orang punya CCD manager, En Nizam Ismail, aku pass la call tersebut kebetulan hari tu pulak, office kita orang ada 4th quarter briefing, jadi kebanyakkan staff tak ada, terutamanya deparment En.Nizamla memang kosong. Aku pass pun mana lah tau kalau ada yang tersesat sorang dua sakit perut tak gi briefing tu...tapi nampak gayanya memang tak der orangla sebab call tu balik pada aku semula...

Aku pun jawabla...

Aku perkenalkan diri dulu dan inform dia, Department En.Nizam tak ada orang sebab ada briefing dan semua terlibat. Tapi kalau ada apa-apa yang penting aku boleh tolong ambil pesanan...

Dia mulala kenalkan diri, nama saya si polan Bin si polan... saya ni seorang pencinta bahasa melayu, yang menjadi masaalanya, saya dah call Nizam semalam, minta dia berbetulkan sign board dari .....mengala ke .....yang mengunakan bahasa Inggeris,saya dah tanya Nizam kenapa PLUS perlu bangga-banggakan sangat bahasa orang putih tu, bahasa kita ni tak boleh ker?.....

Silap orangla ngko nak tanya aku(dalam hati jer la)

Dan dia pun mulala membebel diantaranya bebelannya, malu kononnya dengan orang melayu sekarang ni bangga-banggakan sangat bahasa inggeris, hantar anak tusyen beratus ringgit buang duit semata-mata nak anak belajar bahasa inggeris apa kejadahnya,apa bodoh sangat org melayu kita ni...

Alamak dia ni, aku dah la tak minat nak layan benda-benda macam ni buang masa aku jer...

Apa taknya tadi masa dia mula-mula call dia cakap macam ni "can you past my call to Corporate Communication Manager Mr Nizam Ismail" tu bukan cakap Orang putih ker tu?

Cintakan bahasa konon tapi tak kena gaya....bahasa kita ni lembut dan penuh bahasa-bahasa indah, rasa-rasa aku lah apa kejadahnya dan bodoh tu tak termasuk dalam bahasa-bahasa indah dan manis untuk di dengar dan di tuturkan lagi-lagi memperbodohkan-bodohkan bangsa sendiri apa daa...

Tapi takla aku cakap kat dia cam tu aku diam jer....kang dia complaint kang aku gak yang kena.... maklumla bidang kerja macam aku ni istilah user always right tu yang terpaksa aku pegang, jadi sebabkan telinga aku dah letih nak mendengar aku pun cakapla "En tunggu sebentar ada panggilan masuk" cara mengelak paling selamat. Dan sampai kesudah aku tak tau berapa lamala dia tunggu aku layan call dia semula...

Pada aku pula, aku pernah membesar tanpa tahu sepatah haram pun bahasa inggeris, perit sebenarnya kita diperbodoh-bodohkan hanya kerana kelemahan itu, keadaan itu jugalah menjadi semangat untuk aku belajar menguasai bahasa inggeris bukan hanya aku tapi anak aku juga.

Insyaallah selagi termampu aku akan berusaha untuk hantar anak aku tusyen bahasa inggeris dan bahasa-bahasa lain pun kalau berkemampuan. Sebab dunia hari ini makin ke depan, kita kena usahakan sesuatu yang lebih untuk lebih peluang dimasa depan.

Setakat cerdik pandai dalam akademik belum menjamin kesenangan masa depan sebab zaman sekarang ni memang rata-ratanya orang pandai. Tu sebab aku suka anak aku menguasai bahasa-bahasa lain sekurang-kurangnya dia punya kelebihan yang lebih sedikit dari orang lain dan peluang masa depannya lebih cerah.

Jadi pada aku tak perlulah nak cari silap sana sini, bukan bermakna kita menguasai bahasa inggeris kita akan lupa keindahan bahasa kita. Bahasa melayu tetap keutamaan tapi dalam dunia sekarang ni menguasai bahasa lain juga satu kepentingan.

Bangga aku bila baru-baru ni aku tengok news seorang jurulatih bolasepak(orang putih) boleh mengulas cara pemain dia bermain dalam bahasa melayu dengan baik dan lancar bila ditanya wartawan. Jadi apa salahnya kita pula menguasai bahasa mereka, bukan untuk orang lain tapi untuk kepentingan diri sendiri juga.

1 comment:

  1. dr_wahida,

    Betul tu. Kadang-kadang orang kita ni memperjuangan sesuatu yang tak sepatutnya jadi isu, sanggup merusah hanya kerana isu Bahasa...memalukan betul. Cubalah merusuh benda yang logik sikit...Contohnya haramkan kemasukkan arak dan rokok dalam negara kita ni, Benda2 yang boleh membunuh tu tak nak pula dia orang pertikaikan...ni isu bahasa tak logik akal langsung.

    ReplyDelete