Minggu lepas waktu aku ambil anak aku sekolah aku jumpa kawan aku masa kami sama-sama kerja hotel dulu, Aku sebenarnya berat hati nak tegur dia ni sebabnya dia ni jenis berlagak tak henget punya... itu tak per...kalau bercakap dia jerla yang betul orang lain semua tak betul.
Boleh katakan dalam ramai-ramai staff kat department aku tu, dia la orang paling last akan dicari kalau ada apa-apa pun. Masing-masing duk tak berkenan perangai dia tu.Tapi sebab dah hampir berlaga hidung pun hari tu, nak tak nak aku senyum jugala sambil bertanya khabar.
Citer punya citer aku pun terbusy bodyla sikit tanya life dia, anak dah berapa dan belajar kat mana semua? Aku terkejut bila dia kata dia ibu tunggal sekarang bersama anak sembilan orang. Aku terkedu sekejap tapi menurut ceritanya x hubby dia dah kawin lain,kawin dengan ibu tunggal anak 6 yang berniaga kedai makan dekat-dekat rumah dia juga.
Sedihnya aku rasa kenapa jadi macam tu padahal member aku ni body jangan cakapla muka pun boleh tahan cun nyer. Yang tambah menghairankan aku, apalah yang perempuan tu pandang pada laki kawan aku tu, kerja pun tak ada.
Satu perangai laki dia yang aku memang tak suka dari dulu malas kerja. Bini kerja bagai nak mampus siang kerja, malam buat kerja partime lagi, sedangkan dia duk melepak kat tempat kita orang tunggu bini dia balik sambil usha-usha staff kita orang. Kalau laki dia punya gaya jangan cakapla orang takkan caya dia dah kawin anak lima. Memang bergaya sakan kalah orang kerja office ni.
Dulu aku pernah tegur gakla member aku tu, aku selalu cakap kat dia kos hidup kat kl ni makin lama makin tinggi, planningla makan ubat atau do something jangan kerap sangat beranak jagala badan jaga kesihatan dia.
Aku cakap sebab aku kesian ngan dia siang malam kerja dengan bawak perut. Dia plak jenis subur boleh katakan anak rapat-rapat. Tapi yang bestnya aku balik terkena member boleh cakap...kau tak beranak kau tak tau kau jangan cakap apa-apa setiap anak ada rezekinya. Ulat dalam batu pun boleh makan...
Aku akui memangla ulat dalam batu boleh makan, tu aku tak nafikan...tapi apa yang dia makan? ader ker daun-daun atau tumbuh-tumbuhan dalam batu tu? nak tak nak batu juga la yang dia makan.
Kalau dah rezeki anak tu ada, pasal apa belum tengah bulan dah cari orang sana sini pinjam duit nak beli susu anak. Itu tak apa lagi, lebih menyedihkan anak yang sulung dah meniti usia remaja...pergi sekolah pakai baju sekolah kain punyala nipis sampai kalau angkat tudung tu blh nampakla apa yang tak patut nampak, punya berapa tahun baju sekolah tak bertukar sebab tak mampu.
Sedih bila fikirkan nasib kawan aku tu dah berkorban macam-macam sampai keluar 9 kepala dah pun, laki pulak buat hal...tapi aku tau dia dah lepas dari beban sekarang ni macam dia kata juga hari tu, "sekarang ni walaupun aku rasa penat cari duit untuk anak-anak, tapi hati aku senang tak sakit bila aku balik kerja penat-penat tengok dia terbujur tengah rumah dengan keadaan rumah macam tongkang pecah".
Tapi cuma mungkin dia tersedar lewat sikit kot, kalau dari awal dia sedar dan beri perhatian sedikit pada nasihat kawan-kawan,aku rasa mungkin masih selamat, tapi itulah salah satu dari dugaan untuk dia.Nak tak nak benda dah jadi, masa terus kedepan kalau masa tu boleh diundurkan mungkin juga tak ada coretan ini.
Sebagai kawan aku cuma mampu mendoakan dia supaya kuat untuk mengharungi dugaan hidup bersama anak-anak.
saye setuju ngan izah. setiap anak ade rezki yg allah tetapkan..tapi rezki tu tak dok depan muka. mesti usaha utk dapatkan. banyak mana rezki yg kta dapat tu bergantung kepada keras mana kita usaha. so kalo 9 anak 9X ganda kene usaha.
ReplyDeletetak tahulah ni pendapat betul ke tak..tapi bg sy bab anak ni kualiti lebih penting dari kuantiti.
dr_wahida,
ReplyDeleteBetul tu saya pun rasa macam tu kualiti lagi penting dari kuantiti. Anak ramai tapi klu tak mampu nak bagi pendidikkan yang sempurna macam mana.
Yang jadi mangsa anak-nak juga. Nak itu tak dapat nak ini tak boleh...kesiankan...