Saturday, 11 April 2009

Ubati Sakit Hati Ini

Malam terasa dingin sekali,saat melayan sepi malam...baru aku terasa penatnya hari-hari yang aku lalui kebelakangan ini, bukan hanya tenaga tapi otak aku pun sama penat, tambahan ada sesuatu yang menyedihkan berlaku pada aku seminggu dua ni yang meragut ketenangan hidup aku.

Apa yek?...

Aku rasa sedih atas sikap seseorang yang mengundang air mata aku mengalir laju, kebelakangan ni aku jarang menangis, rasanya last aku menangis pun masa hubby aku sakit, kalau dulu time aku giler baca novel dan nengok citer korea air mata tu memang teman setia aku, tapi since aku tak punya masa untuk tu semua aku dah jarang menangis.

Tapi apa yang berlaku dua minggu dulu memang menyedihkan aku, aku rasa teraniaya dan terhina, aku rasa segala yang aku lakukan selama ini sia-sia.

Aku banyak belajar untuk mempertingkatkan usaha aku dalam kerja, aku cuba buat sehabis baik walaupun kadang-kadang kerja tu tak termasuk dalam job skop aku.

Tapi tak rugikan belajar kalau pandai pun untuk diri sendiri juga, tapi cuma sebab kekurangan aku, aku tak macam orang lain yang ader sijil yang boleh di banggakan maka dengan sewenang-wenangnya aku di perlekehkan.

Paling menyakitkan hati bila aku di banding-bandingkan dengan orang lain yang baru 3 minggu mula bekerja, pada hal semua maklumat yang orang baru tu dapat pun aku yang prepare aku yang sediakan... mana tak aku rasa sedih.

Atas sebab tu juga seminggu aku terpaksa EL, aku tak boleh bekerja disaat emosi aku tak terkawal. Sampai kesatu tahap aku rasa aku nak resign 24jam. Biarla kalau setakat aku dan anak aku rasanya hubby aku lebih dari mampu.

Tapi bila fikir-fikirkan balik, kalau aku berundur bermakna aku kalah, dan aku tak nak jadi bodoh semata-mata kerana dia aku nak berhenti.

Itu pun aku jadi boleh berfikir dengan tenang lepas aku smskan pada kakak ipar aku yang gi umrah,tolong doakan aku kat tempat-tempat yang mustajab supaya hati aku tenang dan reda dengan ujian yang dia berikan pada aku...

Mungkin juga sebab doa kakak ipar aku tu...hinggakan aku sanggup sms dia balik untuk memohon maaf walaupun aku tau, aku tak bersalah tapi tak apalah. Yang memberi tukan biasanya lebih baik dari yang menerima. Aku memberi maaf yang selebihnya sendiri mau ingatla.

Kalau dulu setiap kali aku menghapi masaalah hubby tempat aku meluahkan resah, tapi since dia sakit aku tak boleh nak bercerita bebas macam dulu. Aku takut dia tertekan dan susah hati, jadi kuat tak kuat sekarang ni apa jua tekanan yang aku terima harus aku telan sendiri.

Sekarang ni mungkin dia selamat tapi ingat hukuman Allah sekarang ni dah di bayar tunai, tak perlu nak masuk lubang kubur. Tak terkena pada diri dia mungkin esok lusa anak cucu dia. Tapi yang pasti setiap perbuatan tu ada balasan yang setimpal.

Dan seperti biasa sebelum aku tutup mata untuk lena yang sekejap tu aku pasti berdoa supaya Allah ikhlaskan hati aku memaafkan orang-orang sekeliling aku yang menyakitkan hati aku termasuk DIA...

4 comments:

  1. izah,

    asam garam dan rencah kehidupan...kadang kala kita fikir indahnya kehidupan mereka..tapi semuanya tak seindah yg di depan mata..manusia pandai menyembunyikan kekecewaan yg kadangkala buat kita jadi cemburu dengan kehidupan mereka...jangan mengalah pada 'dia'..take it as a challange. tunjukkan yg izah lebih bagus dari org2 yg die suke tu. the only thing that u can't buy even with million of money is "EXPERIENCE".

    ReplyDelete
  2. Za,

    Buat bersabar berbanyak itu namanya lumrah idup... dugaan Tuhan utk kau... Aku arap kau dpt meneruskan tugasan harian kau seperti biasa... PerSetankan manusia sebegitu... Anggap ja DIA tak wujud... Aku pun mengalami situasi yg sama cuma mungkin sekarang aku tak pernah berkongsi cerita suka duka dgn kau... Aku sbg kawan hanya mampu bersimpati drp jauh...

    ReplyDelete
  3. ni habaq mai sapa yang buat ko marah...? meh sini maks nak clorox kan dia...hiksss...

    ReplyDelete
  4. Dr_wahida,

    Yeap betul rasanya sepanjang 31 tahun usia ni tak ader yang lebih bernilai dari experience yang pernah saya lalui...

    Mummy_ien...

    Apa lagi yang mampu aku lakukan hanya bersabar coz aku dah buat yang terbaik yang aku mampu tapi klu masih ada silapnyer, Rasanya sekarang part aku dah lepas Allah tu kan adil, mungkin ader hikmahnya yang kita kadang-kadang tak nampak.

    Nonie,

    Orang terakhir aku cari ko la kalau nak suruh clorox kan orang, ko jangan buat hal...belum ko clorox pun mulut lazer ko tu dah menakutkan aku..ahakkk...

    *Thanks untuk kawan-kawan, touching dan terharu giler dengan kata-kata semangat nih...mudah-mudahan hidup kalian juga di permudahkan dan diberkati selalu...Ameen...

    ReplyDelete