Bangun jer dari tidur pagi tadi, tetiba aku teringat anak lelakiku, Lamanya kami tak berjumpa hampir 5 tahun since dia balik semula kerumah ibu kandungnya(kawan baik merangkap adik angkat aku).
Apa khabar dia sekarang agaknya, kebetulan sejak hubby sakit aku dah tak pernah call dia lagi bertanya khabar...number phone pun dah bertukar...dan hubby aku plak, sejak baik dari sakit ni dia selalu menyebut untuk berjumpa dengan anak aku tu.
Dan kebetulan pulak tadi sebelum aku memulakan coretan ini phone aku berbunyi, tanpa aku sangka kawan baik aku tu yang call selepas dua tahun sepi tanpa khabar berita...kuat betul gerak hati aku pagi tadi.
Satu ketika dulu aku punya seorang anak lelaki, Anak yang aku jaga since berumur 3 tahun. Ibu dan bapanya bercerai dan si ibu berkahwin semula,anak jadi mangsa bapa tiri...kesian ayah sendiri dah tak peduli, ayah tiri plak nakkan mak jer anak tolak tepi.
Perceraian siibu ditambah pula ragam suami baru yang tak berapa berkenan dengan anaknya, membuatkan si ibu tak mampu nak menanggung dan menjaga si anak, dan menyuarakan isi hatinya untuk menyerahkan anak itu kepada aku dan suami untuk dijaga. Kebetulan kami pun memang tak punya cahaya mata jadi tak salah aku menolong.
Mula-mula dibawa kerumah kami dia memang bermasaalah, dia seolah-olah trauma takut, selalu menyendiri, tak bercakap tanya apa pun tak ada jawapan. Ambil berbulan juga untuk kami tackle hatinya. Memang susah sebab dia tak mahu bercakap sepatah apa pun...hanya mengikut apa saja yang di suruh.
Lama kelamaan bila dia dah boleh menyesuaikan diri, barulah keadaan mula berubah... Anak aku pun dah mula pandai bergurau dengan hubby aku, Biasanya kalau dia berdua dirumah tu aku yang tension, sebab fahamlah orang lelaki ni kalau dan bergurau riuh rendah jadinya kasar pulak caranya. Bersilat,baling-baling bantalla macam-macamla sampai aku sesak kadang-kadang rimas...
Tu sebabnya dia lebih rapat dan manja dengan hubby...dengan aku, anak-anak takut sebab aku garang. Apa-apa mesti duk cari papanya, aku jatuh tempat keberapa pun aku tak tau...silap-silap tak ader dalam list dia orang pun.
Tapi aku tak kisah pun sebab pada aku, bila dengan anak-anak ni tak boleh dua-dua lembut salah sorang kena tegas, kalau tak alamatnya esok lusa kena main balikla dengan dia orang.
Hubby aku plak bila dengan anak-anak memang kalah, ikut jer...tu yang aku tak berkenan. Kekadang bila anak dah tak dengar kata dia, pandai plak cari aku suruh tegur tak ke sadis macam tu. Tapi bila aku marah anak-anak, dia yang sensetif lebih...silap hari bulan aku balik yang kena marah.
Tapi bila dah tak tahan pandai plak cari aku suruh tegur sebab kalau dia yang cakap anak buat dek jer...apa lagi member bengangla sesorang.
Berbalik pada citer anak aku tadi, umur anak aku tu 11 tahun, kawan baik aku tu call nak ambil semula anak dia, Aku tak kisah pun walau pun aku dah berhabis dan dah sayang aku tak kisahla itu anak dia.
Lagi pun dari mula aku pasang niat pun nak tolong jaga jer, bukan nak buat hak milik terpelihara...tak baik aku nak pisahkan dia orang anak beranak. Ada hitam putih pun kalau bawa ke mahkamah aku tetap kalah itu anak dia. Darah yang mengalir dalam badan mereka tu darah yang sama.
Aku sendiri pun pernah terpisah dengan ibu kandungku, betapa suffernya tuhan jer yang tahu, apa yang aku pernah rasa, aku tak nak anak aku rasa cukupla aku rasa macam mana rasa sunyi dan keseorangan. Tak ader tempat untuk bermanja dan menumpang kasih.
Aku tahu, aku boleh bagi segala-galanya pada anak yang aku jaga tu, tapi ianya tetap takkan sama dengan sentuhan ibu yang sebenarnya. Aku tak nak bila dia dewasa dia akan menyalahkan ibunya kerana tak pernah ambil tahu tentang hidupnya.
Sediakanlah berbagai alasan pun hati yang terluka dan rasa terbuang tu tak mudah untuk diubati. Walaupun saban malam aku pohonkan keikhlasan hati untuk melupakan semua tu tapi sukar malah terlalu sukar sebab terlalu banyak kepahitan yang harus aku lalui untuk teruskan hidup.
Itu sebabnya aku tak kisah bila ibunya datang menuntut hak nya bagi aku itulah yang terbaik. Pergila...asalkan jangan lupakan mama dan papa kat sini.
Aku ingat ayat terakhir aku cakap masa dalam perjalanan hantar dia kerumah ibunya.
"Cuki(Syukri)taukan mama dan papa sayang sangat dengan Cuki? tapikan Cuki ada mak Ayu...dia yang lahirkan Cuki...Cuki kena jaga mak Ayu lebih dari mama, mama cuma di pinjamkan Cuki sekejap saja. Allah bagi mama peluang pinjam Cuki jaga Cuki sekejap bila tiba masanya mama kena pulangkan...Kita tak boleh ambil sesuatu yang bukan hak kitakan...Cuki fahamkan apa mama cakap...macam mana pun Cuki kena dahulukan mak Ayu sebelum mama dan papa".
Aku ingat mata dia merah masa tu, hubby aku pun sedih sampai kemalam tak boleh tidur teringat-ingat. Tapi yang bestnya aku ratu air mata ni, boleh tahan tu tak setitik pun air mata aku keluar masa tu cam tak caya jer...
Ramai yang bodohkan aku dah hubby masa tu macam melepaskan anjing tersepit, tapi aku tak rasa macam tu. Niat aku ikhlas nak menolong.
Aku tahu kesulitan kawan aku masa tu,aku tau dia macam aku juga, tak punya sesiapa ibu ayah dah lama meninggal, adik beradik masing-masing pun tak berapa nak menjadi...macam mana nak menumpang, sedara-mara time senang tunjukla muka time susah tak ada maknanya nak ambil pusing masaalah kau.
Disamping tu aku tak nak anak dia terbiar tanpa perhatian itu sebab aku sanggup...lagi pun untuk apa aku rebutkan, dah terang-terang itu anak orang... dapat menumpang manja sekejap pun tu dah memadai. sekurang-kurangnya ader juga pengalaman aku membesarkan anak lelaki walaupun cuma 9 tahun saja dia bersama kami. Itu juga anugerah terindah yang pernah aku lalui.
Cuma doa aku mudah-mudahan hajat suami aku nak jumpa sangat anak aku tu tercapai juga dalam masa yang singkat ni...Ameen.
*Kalau ada yang terasa dengan luahan ini, Aku pohon cubalah fahami apa yang pernah aku rasa sepanjang 26 tahun tu, tak pernah sekali pun aku niat berdendam dengan sesiapa pun dengan apa yang terjadi, cuma dengan luahan ni aku nak orang tahu kalau boleh biarla aku orang yang terakhir pernah melalui apa yang pernah aku lalui. Maafkan aku sekali lagi.
Tahniah Izah, membaca entry kali ini membuatkan hati saya benar-benar tersentuh dan terpanggil untuk meninggalkan komen. Sebenarnya, saya adalah pembaca sunyi blog ini. Saya sering mengikuti peristiwa harian Izah. Saya dapat rasakan bagaimana sedih dan pilunya saat anak itu dipulangkan kembali kepada ibunya. Saya juga pernah merasai bagaimana peritnya perpisahan dengan orang yang menjaga saya demi untuk pulang ke pangkuan ibu kandung saya. Sedangkan... Bagi saya, orang itu lebih memahami saya serta memberi saya apa yang saya mahu. Tapi... Allah dah tetapkan yang seorang anak itu mesti mendahulukan ibunya daripada orang lain. Itulah juga yang diajar oleh orang yang menjaga saya. Tahniah sekali lagi atas amanah Izah itu. Memulangkan kembali anak yang pernah dijaga bukan suatu perkara yang mudah. Ramai orang yang pecah amanah lantaran mengikut rasa hati. Inilah ujian daripadaNya. Semoga Izah diberi keberkatan atas jasa murni tersebut.
ReplyDeleteSyabas Izah! Saya doakan semoga ada kebahagiaan dan ketenangan buat awak atas kemurnian hati awak. Moga ada anugerah yang terindah setelah anugerah indah ini. (kesayangan kita, tidak semestinya milik kita yang abadi. Allah jualah yang mengetahui apa yang terbaik buat kita)
ReplyDeleteTun Teja & Tinta emas,
ReplyDeleteterima kasih keran sudi meningalkan komen anda disini salam perkenalan dari saya.
Salam perkenalan buat Izah juga :)
ReplyDelete