Malam semalam aku keluar dari office dah pukul 10.30 malam, ada kerja yang aku kena selesaikan yang dateline isnin 13 April ni juga, itu ini sampai umah pukul 11.30 malam, kesian aku tgk hubby dan anak aku dah tidur pun. Tambah anak aku demam...lagi kesian tapi apa pilihan yang aku ada?
Semalam plak pukul 5 pagi aku dah bangun, bersiap untuk ke office. Nak kena key in PABX bill untuk bulan march pulak dateline 15 April, sampai-sampai jer pukul 6 pagi aku mula key in, sampaila waktu kerja aku mula 8.30 pagi...dan sambung plak balik waktu lunch.
DIA cabar aku kan? DIA ingat aku senyum-senyum tengok muka DIA aku diam jer terima bulat-bulat apa DIA cakap, Dan x ni semua kerja aku dah siap dah hantar pun semalam, sebelum ni kerja-kerja aku cuti pun aku bawa balik sebab aku tau tanggung jawab aku, tak pernah aku kisah pun, tak pernah aku berkira pun setiap titik peluh dan masa yang aku keluarkan untuk kerja aku. Lepas ni apa plak yang DIA nak lagi.
Sakit hati aku masih belum hilang lagi, aku terpaksa balik lambat sebab siapkan senarai contact number untuk PLUS yang DIA nak sangat tu, yang org lain tak boleh nak buat kononnya nanti kalau silap siapa nak dipertanggung jawabkan, padahal number semua tu dah ada pun cuma nak call dan sahkan jer bukan susah pun.
Tapi itulah yang terjadi bila tak pernah nak ambil tahu, tiba-tiba kelam kabut macam di landa sunami bila pihak atas dah mula tanya tentang fast code yang dah masuk 4 bulan tak settle2 lagi.
Bila aku kata tak faham marah, rasa tercabar tapi kalau betul ambik tahu dan faham tak susah pun tak perlu kelam kabut arrange jer apa yang patut, yang nak kelam kabut tahap gaban tu naper, itulah yang terjadi bila orang yang keluar U jer terus jadi DIA, kalau DIA yang di iktiraf melalui pengalaman ni relax,teratur dan faham situasi kerja tu macam mana.
Ni tak bila aku cakap pertikaikan balik, aku guna internetla...banyak relaxla kononnya sampai ader masa nak buka internet, dah tak ader idea nak kenakan aku sampai aku tgk katelog Nutri Metic pun jadi sebab...dah tak ader kerja sangatla tuh...
Helloo...cuba ko check satu building PLUS ni sapa yang tak guna internet? bukan aku nak pertikaikan tapi orang depan mata ko boleh masuk friendster lagi, tak bising plak. Tak ke betul aku kata, DIA dengan aku tu cari sebab jer. Macam tula agaknya yang terciptanya peribahasa bangkai gajah depan mata tak nampak, tapi semut seberang lautan nampak plak.
Tapi apa pun pada aku, apa yang terjadi ni lebih kepada personal sebabnya aku berjual kat office ni, kalau department lain berjual dia boleh tegur, tapi masuk bab staff sendiri tak ada sebab plak nak di pertikaikan sebab aku tau kerja aku semua update ontime.
Aku masih sedih lagi rasanya, emosi aku masih tak terkawal lagi. Aku masih belum boleh tengok muka DIA yang aku rasa menyesakkan pernafasan aku, Ader ke patut DIA sebagai seorang DIA...tengok aku menangis, DIA boleh datang kat tempat aku tanya partner aku yang tak nampak tu "kawan awak menangis ker?"sambil tersengeh-sengeh. Tak ker soalan banggang yang ditanya macam tu.
Ko yang celik tanya kat orang yang tak nampak, Mungkin ko banggala dapat buat orang bawahan ko menangis sebab ko, macam ko selalu cakapla bila time wat appraisal "saya pernah buat staff saya menangis" dengan banganya ko bercakapkan? ko dapat buat staff ko menangis.
Kali ni ko nak canang kat sapa pulak yang ko berjaya wat aku menangis? nak announce kat satu building PLUS ni aku menangis. Silakanlah kalau cara tu boleh menunjukkan kuasa ko. GILER kuasa adalah.
Aku nak ko tau, sejak ko cari pasal dengan aku, setiap kali aku solat aku doakan ko ditukarkan kebahagian lain plak, dah lama sangat ko kat dalam ni, sesekali ko kena ambil angin lain plak. Kalau boleh biarla tempat yang lebih tekanan ko dapat. Biar ko rasa apa yang aku rasa.
Kita belajar dari pengalamankan? tempat ko sekarang ni tak sesuai dengan ko dan bidang ko. Tempat ni terlalu relax untuk ko, problem sikit jer ko dah kelam kabut.
*Apa-apa coretan aku tentang DIA kat sini tak ader kena mengena dengan orang lain k, ini luahan peribadi aku, tak semua yang berjawatan macam DIA perangai pun macam DIA...aku rasa DIA ni jer yang macam tu.
No comments:
Post a Comment