Tuesday, 10 February 2009

Serba Salah

Masuk bulan ni dah 3 bulan adik aku duk sekali dengan aku, since dia dapat kerja kat SMC ni, sementara nak tunggu dia naik pelamin hujung bulan 5 ni dia duk la sekali dengan aku.

Yang menjadi masaalahnya, sikap sambil lewa dia tu yang buat aku penat. Apa taknya banyak kali aku cakap dengan dia kalau mandi tu, saluran air keluar tu angkat la penutup tu. Biar rambut-rambut tu keluar di bawa air....ni tak, sampai hitam penutup saluran bilik mandi tu dengan rambut dia... dah jadi satu tugas pulak aku kena check setiap kali dia lepas mandi.

Bukannya apa aku segan dengan hubby aku, nanti buatnya dia masuk bilik mandi tu tengok macam tu kan tak elok. Hubby aku tu pulak cerewet bab-bab macam tu. Banyak kali juga aku pesan lepas mandi bilik air tu jirus, jangan bagi sabun melekat kat lantai bahaya, hubby aku kaki tak kuat sangat jadi benda-benda macam tu kena jaga, takut dia tergelincir jatuh. Tak juga...sampai licin bilik mandi tu, klu nak kata daki mustahilla sebab aku paling tak, seminggu sekali memang aku sental bilik mandi tu, sebab aku sendiri tak selesa kalau bilik mandi berdaki ni.

Kadang-kadang aku fikir dia macam tak ada perasaan kesian langsung kat aku dia nampak aku terbongkok-bongkok menyental bilik mandi tu, cubala sama-sama tolong jaga ni tak.. buat tak tau jer selamber badak jer muka.

Aku serba salah, nak aku cakap kang kecil hati. Aku tak suka cakap banyak kali, sekali aku tegur fahamla. Nanti bila aku minta mak aku yang tegur, mak aku pulak yang kecil hati lebih, almaklumla kami adik beradik ni bukan satu perut. Nanti dikatanya aku berkira. Macam mana nak buat?? Pening aku dibuatnya...Tu baru bab bilik mandi belum yang lain-lain lagi...hmmm letihh...

3 comments:

  1. lama izah tak berblog ye..

    pasal adik tu, tegur je banyak kali izah..biarla die nak kate berkira ke ape..pada pandangan saya la kan..kalau jadi apa2 kat husband izah nanti siapa yg makan hati?..izah jugak..dr pengalam saya sendiri walaupon belum tua sangat nih, bila kita susah kita tak bole harap adik beradik waima mak sekali pon dtg tolong. kita cuma ada diri kita, kudrat kita dan Allah sahaja..jadi buatla apa yg patut di buat..izah kene tegur dia hari2..tiap kali lepas die keluar mandi suh die kutip rambut die sendiri..cakapla husband izah tak suke. membebel sikit2 takpe sebb nanti pas kawen baru die tau ape yg kita bebel tu betul.

    ReplyDelete
  2. Dr Wahida,
    Ada cuma sempat mengintai jer...sibuk sikitla...tapi dlm sibuk tu sempat gak mengintai rumah kawan-kawan...saja tetanya khabar...hehee

    Dah cakap dah, tapi mcm saya cakapla muka selamba jer, hari ni tegur buatla kang petang mandi cam tu gak... dah tak tau dah nak cakap apa...tunggu dia kawin jerla...esok dah kawin dia duk umah sendiri baru dia tau...

    ReplyDelete