Sunday, 15 February 2009
PERKESO & Hubby Aku
Lepas Operation tanpa Tempurung Kepala.
25 January 2009 genapla setahun hubby aku sakit, Alhamdulillah sekarang ni dia boleh dikatakan sihat dan sudah mula bekerja, walaupun cuma melakukan kerja ringan tapi alhamdulillah, sekurang-kurangnya dia dah boleh ke office, kalau tak duk terperap kat rumah kesian dia makin tensionla gamaknya.
Kalau sebelum pembedahan dulu doktor mangatakan dia mungkin tiada harapan. Kalau ada harapan pun berkemungkinan besar hubby aku akan paralysis. Bila dah dengar gitu aku takut juga almaklumla sebelum ni dia satu-satunya tempat aku berkongsi segalanya,susah senang pun dengan dia kalau aku bermasaalah biasanya pada dia jugalah tempat aku meluahkan resah.
Sekarang ni bila dah sihat mana taknya aku lega, walaupun kaki masih tak kuat dan mata kurang nampak tapi kalau dah boleh bergerak dan ingatan pun lebih baik dari sebelum sakit dulu, dah terlebih bagusla tu.
Memandangkan hubby mula accident dulu kat office aku cubala claim dengan PERKESO tapi pihak PERKESO manyatakan yang kemalangan hubby aku tu bukan disebabkan kerja tapi sebab penyakit hubby aku sendiri.
Setahu aku, hubby aku tidak ada penyakit yang serius kecuali darah tinggi dan semasa kejadian tersebut doktor juga menyatakan punca hubby aku tu bukan darah tinggi tapi berkemungkinan besar sebab stress.
Aku rasa itu yang betul sebab hubby aku memang stress mana taknya sabtu ahad pun bekerja, sampaikan kadang2 jadi sebab nak bertengar sebabnya aku rasa sampai tak ada masa untuk aku dan anak kalau dalam seminggu tu tak cuti hari2 kerja. Kalau cuti pun ahad petang tula dia half day.
Doktor yang merawat hubby aku pun cakap punca pendarahan dalam kepala hubby aku tu bukan darah tinggi sebab kalau darah tinggi pendarahan tu akan berlaku di tengah tapi pendarahan hubby aku berlaku di sebelah tepi.
Jadi tentula aku tak boleh nak terima bila perkeso kata macam tu aku cuba call dan bercakap sendiri dengan En Wan Kefli Bin Hamid Pengarah Negeri Pertubuhan Keselamatan Sosial Kuala Lumpur dan tindak balas beliau seperti ini. "Kalau ikutkan Stress semua orang Stress Cik duk rumah pun Stress" Kalaula stress kat umah takkanla aku claim. Aku pun tau takkanla aku nak tuntut sesuatu yang tak sepatutnya aku tuntut aku ingat lagi halal haram.
Aku tuntut pun sebab aku rasa hubby aku memang layak untuk dapat. sekarang ni kami tengah usahakan buat rayuan, itu pun kalau dapat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah suami puan dh di beri peluang Oleh Allah SWT untuk kali ke 2. Puan cbg cOwank Isteri berilah kOmitmen slagi Nyawa di kandung badan. TersentOh hati bila baca crita puan nie. simpati lak rse. Klu di ikut2kan mmg hak puan untuk buat tuntutan. Sepatut nya pihak yang bekenaan beri keja sama bukan nya bercakap ikut rse. kadang2 xpk langsung aper dierOwank cakap. Klu dh keja tiap2 hari spe tak stress. Klu di ikutkan dari crita puan nie, pihak perkeso bOleh beri keja sama ngan puan cbb itu mmg tanggung jawab mereka. Itu cbb nya perkesO di tubuhkan. Cewah, sye lak begang. Smoga rayuan puan berjaya. Amin.
ReplyDelete