Wednesday, 11 February 2009
Batrisyia vs Nurin
Last week Yus citer ngan aku, Yong(mak Nurin merangkap jiran aku) kata dia gi sekolah tadi jumpa cikgu Hanim, supaya ditukarkan tempat duduk hanim dan Nurin jangan bagi duk sebelah-sebelah.
Duduk sebelah-sebelah Nurin asyik tak siap kerja sekolah jer, jadual waktu pun tak habis salin asyik duk berborak dengan Hanim...kekadang dengan mak Nurin ni pun aku tension juga..benda kecik-kecik pun jadi sebab, apa taknya dia hantar anak dia tusyen senyap-senyap sorok-sorok lagi, tapi bila aku duk hantar anak aku tusyen dia sibuk pula tanya kenapa tak cakap dengan dia anak aku tusyen kat Smart Reader tu....
Aku tau pun sebab Nurin sendiri yang cakap Umi tak kasi cakap Dek Yin(Nurin) tusyen kat mana...Apa pula macam tu awal-awal lagi dah ajar anak macam tu susahla. Bagi aku senang jer budak-budak ni dia nak belajar sambil berkawan,kan bagus kalau ada persaingan yang sihat, jadi biarla diaorg sesama diaorg. Tak perlu force sangat biarla diaorg buat setakat mana yang dia termampu...
Sambung balik citer tadi. Aku terdiam...Aku tanya Yus, jadi kerja sekolah hanim pun tak siap ker? Yus jawab "takla kerja hanim, Yus check hari-hari, semua siap kalau ada yang tak siap pun sebab kadang-kadang cikgu dia bagi sekali gus 10 muka surat untuk kerja rumah, tu pun kalau tak sempat nak siapkan kat sekolah baru dia bawa balik rumah...itu pun biasanya untuk weekend...
Okla macam tu, maknanya bukan sebab Hanimla kerja Nurin tak siap, Aku risau gak sebab aku memang tahula anak aku sorang tu mulut macam bertih jagung, kalau dah dapat bersembang mulut kalah orang tua. Risau juga aku dibuatnya kang sebab Nurin melayan dia bercakap sampai kerja sekolah orang tu terbengkalai.
Tapi dah namanya pun budak-budak, Hanim aku memang dah tahula walaupun mulut dia pot pet pot pet tapi tangan jalan. Mana tak nya bila kat rumah buat kerja sekolah pun nak duk depan pc sambil dengar lagu mengalahkan orang besar, bila aku bising jawabnya bosanla mama belajar sunyi-sunyi, aikk..baru darjah dua kalau dan besar sangat tu lainla, Mungkin sebab tu juga kerja sekolah dia jarang yang tak siap.Dia dah biasa belajar dgngan suasana riuh ni.
Tapi dalam tu aku kena warning juga jangan sebab dia kawan-kawan dapat susah jangan berborak time belajar, jangan leka...kerja siapkan jangan bertangguh. Mama tak nak hanim terkejar-kejar.
Lagi pun sekarang ni petang Hanim dah ada class Qiraati, Sebut class qiraati awal bulan tu aku gilah jumpa ustaz dia kebetulan nak wat monthly payment, aku tanya ustaz tu cam ner anak aku... ustaz tu tanya anak akak yang mana? aku pun sebutla nama Hanim...ustaz tu leh jawab cam ni...
"ohhh...Batrisyia tu..mula-mula masuk saya ingat anak akak tu tak reti campur org kak senyap jer... lama-kelamaan habis budak-budak lelaki dalam class tu dibulinya termasuk dengan saya-saya di perlinya kak"...sah aku pandang hubby aku...sah anak awak tu, tulah bahananya kawan ngan orang tua...
Almaklumla kalau kat rumah dia cuma ada mak mentua aku dan Yus... mak mentua aku pulak pantang kalau cucu-cucu dia berpeleseran tak tentu arah ni, keluar main dgn anak org sebelah-sebelah pun tak boleh ntah naper ntah aku pun tak tau ler.., jadi anak aku tu cuma berkawan kat sekolah jer la...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment