Hmmm...lamanya aku tak menjengak kesini, kesibukkan aku berniaga sekarang ini membataskan segala-segalanya. Sekarang ini aku harus terkejar-kejar melaksanakan banyak kerja dlm satu masa, Kadang-kadang time rehat aku pun ntah kemana.
Malam time tidur pun sehari cuma 3 jam saja. Tapi oklah walaupun penat tapi bila fikir hasilnya boleh tersenyum lebar juga jadi terpaksala bertahan. Tapi apa pun thanks banyak pada hubby jugala dia banyak memberi galakkan pada aku dan di samping tu dia juga yang banyak bantu, dia juga yang banyak risau aku penat dan stress macam dia katanya. Takut aku tak terbawak nanti sakit mcm dia pula...
Tapi aku pun klu tak termampu aku tak buat, Aku buat apa yang termampu jer. Itu pun aku kena pastikan kerja aku kat office ni tak terabai.
Dan sekarang ni since adik aku dapat kerja kat kl ni, dia stay ngan aku sekali sebelum dia kawin bulan may ni, jadi kerja-kerja rumah tu banyak dia yang bantu itu dah melegakan aku juga.
Ikutkan aku buat ni semua bukan semata-mata kerana duit tapi kerana aku minat since aku kecil lagi aku dah di dedahkan dengan dunia perniagaan dari mak tiri aku, sampai mak aku pun sempat cakap bila tau aku berniaga... anak mak tak ada yang ikut minat mak long kau jerla sorang... bangga juga aku bila kena up dengan mak aku tu...
No comments:
Post a Comment