Thursday, 6 October 2011

Pertemuan & Perpisahan

Bertemu dan berpisah, Lumrah sesuatu ikatan mahu pun perhubungan, Tapi itulah hakikat yang tertulis mungkin setakat itu jodoh kita untuk bertemu, mungkin setakat itu kesetian yang mampu kita pertahankan, dan setakat itu juga kesabaran menduga diri kita.

Kita sebagai manusia cuma mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan segalanya..Tiada satu umat pun didunia ini yang bertemu untuk berpisah. Tiada siapa juga yang inginkan perkahwinan dan perhubungan yang dibina hancur dipertengahan.

Namun,

Perkahwinan dan perhubungan itu ibarat satu perjudian dalam perperangan, menang atau kalah kita tak akan tahu mahu pun dapat menduga titik perhentiannya...Tapi yang pasti menang dan kalah itu tetap ada, tetap akan ada perhentiannya. Cuma mungkin dlm keadaan yang berbeza. Ada yang perhentiannya dipisahkan dengan kematian atau bercerai hidup.

Bukan mudah mempertahankan suatu kesetian dalam sesebuah perhubungan, Mungkin kita dipertemukan dengan sebaik-baik lelaki untuk bergelar suami untuk kita letakkan seluruh jiwa,raga dan sepenuhnya kepercayaan kita.

Namun diluar sana ada kalanya kaum sejenis kita pula yang bermain kotor dan tersasar melandaskan kasih dan terperangkap dalam permainan yang dicipta sendiri atau itulah yang sebaliknya.

Mempertahankan sesuatu perkahwinan bukan semudah meluahkan janji sehidup semati, dalam sebuah perkahwinan banyak onar dan duri yang harus ditempuh. Tersilap langkah akan berdarah yang menyakitkan.

Rasanya dugaan dari saat kelahiran sehinggalah saat kematian, dugaan sepanjang dalam alam perkawinanlah yang paling panjang untuk kita lalui. Dugaan yang sering kali menguji kekuatan dan ketabahan seseorang tak kiralah sama ada kita seoarang isteri mahu pun seorang suami pasti melaluinya. Cuma mungkin cara yang berbeza.

Tetapi yang Pasti Allah tak akan menduga kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Dan apabila kita telah berusaha untuk yang terbaik namun masih ada kecacatan, maka berserahlah dan terus berdoa supaya diberikan kekuatan dalam mempuh apa jua dugaan yang mendatang.

No comments:

Post a Comment