Thursday, 10 September 2009

Berkongsi Untuk Suatu Peringatan.

Kisah satu...

Seorang ibu...

Nah cuba Za baca sms ni "Hei gamp..g! Aku taula aku ni anak haram..anak luar nikah..tu sebab kau buat aku macam nikan kau tak pedulikan aku, apa aku nak semua tak tak dapat!...Aku Hidup macam s..l, kenapa kecik-kecik dulu kau tak bunuh jer aku..kan senang hidup kau!

Subhanallah...

Kenapa jadi macam tu? Tanya aku...

"Ntahla...salahnya sikit jer, dia telefon nak minta duit rm50 acik tak bagi sebab acik pun sesak sekarang ni..banyak yang nak di dulukan" jawab si ibu...

"Kan dia bekerja gaji hampir seribu sebulan...tak ada tangungan mana pergi duit gaji dia? soal aku...

Cerita ini kisah yang benar-benar berlaku di hadapan mata saya, seorang anak gadis berusia 22 tahun sanggup memangil ibunya gamp..g,sanggup mengelar diri anak haram dan anak luar nikah padahal dia dilahirkan dalam ikatan perkahwinan yang sah...hanya semata-mata kerana duit rm 50.

Alangkah malangnya masib si ibu yang mempunyai anak yang begini, sedangkan si ibu berhabis-habisan berkorban membesarkan mereka tanpa menuntut sebarang pembalasan, Tidak ada balasan yang berlebihan di harapkan cuma sekurang-kurangnya di waktu-waktu senja begini anak tadi dapat menghormati dirinya sebagai seorang ibu.

Namun aku bangga pada si ibu tersebut, kata-kata dia sempat membuatkan aku mengingatkan dan memuhasabahkan diri aku.

Kata si ibu...

"Biarlah Za apa jua yang dia buat atau lakukan acik halalkan malah acik tak kecik hati pun, acik selalu ikhlaskan hati acik walau apa pun yang dia buat"

Kenapa macam tu? soal aku

"Acik mengandungkan dia Za, dia yang makcik bawa ku hulu kehilir selama sembilan bulan dan dia satu-satunya anak perempuan acik... acik tak mahu kerana rasa hati acik akan mengundang musibah pada dia, cuma acik selalu doa biarlah dia sihat dan dia diberi kesedaran bahawa acik ni mak dia yang patut dia hormati".

Kisah dua...

Seorang bapa,

"Balik segera abah kena serangan jantung!

Tanpa sempat apa si anak pulang kekampung melihat keadaan si bapa yang sememangnya nazak, nafas terputus-putus akibat serangan jantung...

Di hospital, bapa diberikan bantuan yang sepatutnya, memandangkan keadaan penyakit yang kritikal membuatkan si bapa terpaksa dihantar ke IJN Kuala Lumpur untuk pembedahan yang menelan belanja hampir 20 ribu...

Alhamdulillah...keadaan si bapa kembali pulih...

Tetapi yang menyedihkan...sewaktu di wad sang bapa sempat menghantar sms kepada anak lelakinya yang berumur 13 tahun berbunyi begini "abang pergi kedai depan beli no ni 4..6 rm2.

Ya Allah...

Apa nak jadi? sedangkan sewaktu nazak si bapa, sang anak berusaha berjaga tengah-tengah malam memanjatkan doa dan ikhsan dari yang masa Esa agar sang bapa tadi di panjangkan usia supaya sempat memperbaiki dirinya.

Dan alangkah sedihnya hati si anak bila sang bapa yang diberikan peluang kedua untuk meneruskan hidup si bapa masih leka, dan dalam keadan sakit tu masih sempat memesan pada orang lain untuk membelikan nombor ekor. Alangkah malangnya peluang yang di beri tidak digunakan sebaik mungkin.

Dan yang lebih menyedihkan secara tak lansung si bapa telah mengajar anak lelakinya yang berumur 13 tahun sesuatu yang tidak baik, yang di tegah dalam agama...menyedihkan.

Bukankah sebagai seorang bapa dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik terhadap anak-anaknya bukan mengajar mereka ke arah yang tidak baik...

Bukan berniat untuk membuka aib orang, tetapi sekadar peringatan sesama kita, kedua-dua cerita ini berlaku di hadapan mata saya...kekadang saya duk terfikir di mana silapnya...

Anak si ibu memang dibesarkan dengan penuh kasih sayang ditatang bagai minyak yang penuh cukup didikkan dunia dan akhirat manakala berlainan kisah si bapa yang dari awal lagi memang terabai tanpa pendidikan yang sempurna tambahan kurang kasih sayang.

Namun bagi saya, kita di lahirkan cukup sempurna dibekalkan akal fikiran, walau bagaimana pun tahap pendidikan kita, kita berhak mencari yang terbaik untuk diri kita. Kita boleh berfikir buruk baiknya sesuatu perbuatan dan tindakan.

Sebagai manusia biasa ada masanya kita terleka dengan nikmat dunia tanpa sedar bahawa dunia ini semakin lama semakin tua, kita lalai dan akibat dari kelalaian itu ada hukuman yang sedang menanti kita, jadi sebelum terlewat ada baiknya kita bermuhasabahkan diri, mula-mulakan lah melakukan solat taubat mudah-mudahan kita mendapat keampuanan darinya.

Dan sebagai orang yang hanya mampu memandang dan berkongsi di sini apa yang mampu saya lakukan hanya berdoa moga-moga kedua-dua insan ini diberikan petunjuk dan sempat bertaubat sebelum nyawa terpisah dari badan.

No comments:

Post a Comment