Email ni saya dapat dari email yang diforward oleh kenkawan bagus juga untuk kita kongsi sama-sama.
As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ketua persatuan ulamak sedunia telah
mengeluarkan fatwa pada hari Ahad lepas mengenai penentuan waktu
berbuka puasa bagi orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang.
Beliau menyatakan bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka ini adalah
ketika jatuhnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka,
iaitu bukan mengikut negara yang ia berada di atasnya.
Mengikut fatwanya, setiap penumpang-penumpang kapal terbang yang ingin
berbuka puasa, waktunya tidak boleh mengikut negara yang mereka bertolak
daripadanya dan juga tidak boleh mengikut negara yang ditujukannya dan
juga negara yang ia berada atasnya. Akan tetapi waktunya ialah ketika
hilangnya matahari daripada penglihatan mata lender meraka.
As-Syeikh berkata, sesungguhnya dia dikejutkan ketika sekembalinya beliau
daripada Kaherah ke Doha pada awal Ramadhan baru-baru ini dengan
pengumuman daripada seorang pilot asing yang bukan islam bahawa sekarang
telah masuknya waktu berbuka puasa, dalam waktu yang sama matahari masih
terpampang dan siangnya masih jelas. Pengumuman itu berpandukan kepada
negara yang berada di bawahnya telah memasuki waktu berbuka.
Fadhilatussyeikh telah menceritakan dialognya bersama penumpang-penumpang
first class yang duduk bersebelahannya. Syeikh berkata, tidak harus kamu
berbuka puasa sebelum terbenamnya matahari, sebenarnya waktu maghrib
masih belum masuk, adakah sah kamu solat maghrib pada tika ini? Jawab mereka,
tidak!! Maka aku menjawab balik, demikianlah juga berbuka puasa, tidak boleh ia dilakukan sebelum tiba masanya.
Aku mengakhirkan kalamku dengan mengatakan bahawa manusia itu setiapkali
dia berada ditempat tinggi daripada bumi maka akan lewat matahari itu
terbenam. Demikianlah juga orang-orang yang tinggal di bukit-bukau atau
ditempat -tempat yang tinggi maka akan lewatlah terbenamnya matahari dari
penglihatan mereka berbanding dengan orang-orang yang tinggal
berhampirannya di tempat rendah atau tanah berdatar.
Akhirnya, Al-Qaradawi telah meminta pesawat Qatar (yang berlaku kejadian ini) dan juga pesawat-pesawat arab lain supaya memperingatkan pilot-pilot supaya berhati-hati dengan perkara ini dan memastikan waktu berbuka puasa betul-betul selepas terbenamnya matahari.
rujukan :
http://qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=7127&version
No comments:
Post a Comment