Thursday, 15 October 2009

Pedihnya



Salam sejahtera,sekadar luahan hati...sebenarnya coretan ini telah lama aku tulis tapi aku tak sampai hati nak meletakkan disini, ianya seolah-oleh membuka aibku sendiri.

Tetapi sms yang aku terima pada 5 syawal baru-baru ini memang betul-betul buat aku tersentap dan menguris hatiku... masih aku juga kah yang bersalah....

Susah betul mata ini ingin terpejam, banyak perkara yang terjadi kebelakangan ini yang menggangu ketenanganku.Sebelum ini aku punya masaalah dengan “DIA”. Kini belum dapat menenangkan hati ku yang kesakitan, datang pula masaalah baru.
Masih akukah yang bersalah?

Masih terbayang diruang mata setiap bait-bait kata yang disampaikan melalui ruang cyber ini, akukah yang bersalah. Aku tidak berniat begitu.

Ya memang betul aku berjanji tetapi aku juga punya alasan kerana tidak dapat memenuhi janji tersebut.

Hari jumaat malam tu memang aku ader menghubunginya sekadar memberitahu keluarga ibu kandungku bahawa esok(sabtu) aku berhajat untuk membawa ibu tiriku yang datang dari kampung untuk berjumpa ibu kandungku. Kebetulan ibu tiriku ingin menjemput sekali untuk majlis pernikahan adik bongsuku. Kedua-duanya memang saling menyuarakan hasrat untuk bertemu.

Namun hajat itu tak dapat aku laksanakan memandangkan seharian hari sabtu tu kami harus dahulukan saudara-saudara yang jauh untuk di jemput dahulu.Seawal jam 9 pagi kami keluar dari rumah tercari-cari rumah yang nak dituju almaklumla aku bukan mahir sangat pun area Klang dan Shah Alam tu.

Hubby aku pun lebih kurang macam tu juga. Yang drive nyer pun adik aku yang bakal berkahwin tu.Dalam keadaan tercari-tercari tu mustahilla aku nak izinkan hubby aku drive, bahaya buatnya pening dia datang tak pasal-pasal kang lain plak cerita.

Menurut doctor hubby aku memang dah sihat tapi dia tak boleh terlalu risau atau penat, takut dia di serang sawan pula, almaklumla penyakit yang melibatkan kepala ni banyak risikonya.Dan tak dibenarkan memandu sekurang-kurangnya dalam tempoh 2 tahun pertama ni, tapi kadang-kadang dah terpaksa tiada pilihan terpaksa juga.

So dalam kami tercari-cari tu sampai juga kami kerumah abang ibu tiriku, dari satu rumah kesatu rumah kesudahannya pukul 6.30 petang baru kami balik.

Punyalah kepenatan tuhan jer yang tahu itu pun ikutkan ada lagi rumah yang kami tak sempat pergi. Main pas kad jer pada yang kami sempat jemput tu. Sampai ke rumah pun dah magrib,niat hati nanti lepas magrib kita pergi Sungai Besi plak(rumah ibu kandungku).

Namun hajat tu terbantut lagi bila hujan turun dengan lebatnya, memandangkan Hanim pun belum pulih dari demam sepenuhnya maka aku batalkan niat tersebut, ku katakan pada ibu tiriku kita kesana awal pagi esok jer, sebab ibuku harus pulang ke kampung petang ahad tu juga tambahan lagi kami semua dah kepenatan.

Nak dijadikan cerita seharian berjalan phone aku dan hubby kehabisan bateri,hajat hati aku nak baring sekejap sambil charge beteri phone tapi mungkin sebab kepenatan aku terlena sampai kepagi maknanya aku tak berkesempatan langsung untuk sms atau call pihak ibu kandung ku memberitahu yang aku tidak jadi datang.

So awal pagi esoknya (ahad)aku mengarahkan ibu dan adik ku bersiap untuk kerumah ibu kandungku namun masih juga terhalang,memandangkan sedang elok kami bersiap ada pulak yang memberi salam, dan anak buah ibu ku yang duduk di Gombak datang bersama ibubapanya yang baru tiba dari Johor.

Dah tetamu datang takkan nak ku kerahkan mereka balik pulak semata-mata kami nak keluar, sembang punya sempang hampir pukul 2 petang juga baru dia berangkat pulang. Pukul 2 petang manalah kami sempat hendak kemana-mana lagi.Itu pun mak aku kelam kabut harus bersiap untuk ke Puduraya memandangkan tiket bas pukul 3.30 petang.

Sudahnya sampai kesudah hajat ibu ku untuk ke rumah ibu kandungku tidak tercapai. Dan aku biasalah selepas mengantar ibu ku ke Puduraya, dah naikkan bas semua… Aku plak harus bergegas pulang memandangkan sejak ibu ku datang aku tak sempat langsung untuk mengemas rumah memandangkan kami sibuk kesana kesini menjemput orang.

Jadi kesempatan yang ada aku gunakan sebenuhnya untuk mengemas rumah ku yang dah 4 hari tak berkemas tambahan pula ader kerja office yang aku bawa pulang masih tak sempat aku sentuh.Sehinggakan kesudah hari ahad tu aku terlupa untuk menghubungi adikku untuk memberitahu yang kami tak berkesempatan untuk datang.

Esoknya isnin di sebabkan kesibukkan menyiapkan kerja yang dateline nyer makin hampir, aku terleka tanpa menghubungi ibu kandungku untuk meminta maaf ketidak hadiran aku kemarin dan semalam,sehinggalah ke pukul 8 malam waktu tengah leka menyiapkan kerja aku, baru aku teringat yang aku tak langsung menghubungi ibu kandung ku untuk meminta maaf.

Phone segera kucapai dan ku terangkan satu persatu masaalah kami yang membuatkan kami tak berkesempatan langsung untuk ke rumahnya.Alhamdulillah ibu kandungku amat memahami, aku risau juga dia berkecil hati walaupun hakikatnya aku dapat rasakan dia memang kecil hati tapi Alhamdulillah bila aku terangkan segalanya dia boleh menerimanya.

Tapi apa yang menyedihkan aku esoknya, bila aku menerima instant msg dari adikku(anak ibu kandungku) membuatkan aku tersentap. Ibu ku sendiri pun tak berkata apa-apa mengapa adik aku pula yang terasa sangat, memang betulla apa dia kata, kenapa aku tak sms dia? okla fine aku akui itu silap aku, tapi aku tak suka dengar sesuatu benda yang boleh memulakan perselisihan faham antara kami.

Hubungan ini baru bermula, kenapa benda kecil-kecil tu nak di perbesar-besarkan kalau aku tak memohon maaf tu lain cerita, ni awal-awal perbualan lagi ayat pertama aku, “maaf akak bukan sengaja tak nak datang” tak cukup lagi ker? paling tak dengarla dulu penjelasan aku. Jangan cakap main melulu jer.

Ntah la sampai ke saat ini aku masih terasa sebenarnya…Benda-benda macam ni la, pada aku satu permulaan ke tidak selesaan sesuatu hubungan. Memang betul dia cakap dia dah luahkan apa yang dia rasa. Tapi ader tak dia fikirkan dulu apa yang dia cakap tu nanti mungkin akan lebih menjarakkan lagi hubungan kami.

Logic akalnya perpisahan 26 tahun tu nak diangkat seperti tiada apa yang terjadi hanya dalam masa 5 tahun pertemuan semula kami. Setelah aku membesar dengan menerima sepak terajang dan maki hamun orang. Dengan semudah itukah aku nak pujuk hati ku seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Kalau nak diikutkan kecil hati aku, banyak lagi nak aku luahkan tapi aku tau apa yang aku dapat, benda dah berlalu, Cuma yang mampu aku lakukan pujuk hatiku merima keadaan itu seadanya. Belajar memaafkan kerana itulah yang terbaik.

Mungkin senang bagi dirinya untuk berkata-kata kerana dia tak melalui apa yang aku lalui. Aku yang melaluinya aku yang merasa peritnya, aku yang merasa azabnya. Rambut ku pernah di tarik dan dihantukkan ke bucu dinding hingga berdarah dan meninggalkan parut sehingga aku dewasa, dan parut libasan wayar radio masih kekal lagi di lengan ku sehingga kini.

Hukuman itu bukan kerana aku degil tapi hanya kerana aku inginkan kasut sekolah baru selepas melihat adikku mendapat kasut baru, sedangkan kasut sekolahku dua tahun tak berganti. Kalau nak diikutkan aku lebih memerlukan memandangkan aku kesekolah harus menapak sejauh dua kilometer sedangkan adik ku pergi dan baliknya berhantar dengan motor walaupun sekolah kami sekolah yang sama.

Aku tak melebihkan mana-mana, sana ibu sini juga ibu…kedua-duanya aku sayang. Walaupun ada dendam yang terpendam antara aku dan ibu tiriku, tapi kerana dia jugalah aku hidup…walaupun hari-hari badan aku marasa libasan wayar radio sebagai hadiah, tapi wanita itu jugalah yang nekad membesarkan aku yang tiada apa-apa pertalian darah ni.

Dan di waktu ini ibu tiriku memerlukan aku untuk menguruskan perkahwinan adik bongsuku, siapa lagi yang nak diharapkannya kalau bukan aku sebagai anak yang tua, kalau ikutkan marahnya hati ini aku tak mahu ambil tahu langsung. Lantaklah dan pandai-pandai kalianla.

Tapi mana mungkin aku bersikap begitu, aku cuba memahami apa yang dia lakukan terhadap aku dulu disebabkan tekanan dari seorang suami dan ayah yang tak pernah menjalankan tanggungjawabnya sewajarnya.

Terpaksa bertungkus lumus mencari nafkah hidup sendirian, dimadukan dengan berapa ramai perempuan, harta yang tak seberapa dihabiskan kemeja judi kemudian dibebankan pula dengan membela anak yang tak ada kena-mengena dengan dirinya. Kalau aku sendiri jadi dirinya belum tentu aku sekuat itu. Belum tentu aku setabah itu.

Namun walau begitu keadaan hidupnya dia teruskan juga menjaga aku. Memberi aku peluang kesekolah walaupun hanya setakat darjah enam. Namun aku masih boleh membaca dan menulis.

Dan kerana deraan dia jugalah seusia 7 tahun aku dah reti memasak nasi dah reti mengoreng telur. Seusia tujuh tahun juga aku dah reti membasuh baju dan kasut sekolahku sendiri. Dan meningkat usia 9 tahun aku dah kedapur memasak seperti orang dewasa yang lain.

Dan kerana deraan dia jugalah, usiaku 13 tahun aku dah boleh bekerja di rumah orang. Melakukan tugas rumahtangga memasak, mengemas dan menjaga anak majikanku.

Itu sebab aku katakan sebelum ini, aku hidup dan membesar hasil titik peluh ku sendiri, nasi yang aku telan hasil dari penat lelah ku melakukan kerja-kerja rumah yang tak dilakukan oleh budak sekarang berumur 17 tahun pun.

Kerana itu jugalah usiaku 16 tahun aku sanggup berkahwin dan memperjudikan masa depanku dengan insan yang tak pernah aku kenali apatah lagi melalui alam percintaan seperti remaja lain.

Jadi jangan bagi aku mengungkit satu persatu sejarah silam yang pernah aku lalui selepas kehilangan kasih sayang seorang ibu.

Kehilangan kasih sayang ibu ditambah lagi kebencian seorang ayah, mungkin kerana perceraian antara mereka membuatkan ayah terlalu membenci aku. Kalau dulu ayah tak boleh melihat muka aku, ada saja kesilapan aku yang dicari bila kami bertentang mata. Setiap masa aku melarikan diri kerana takut untuk bertemu muka dengannya.

Aku tak pernah hidup menagih simpati orang, aku cuma pernah hidup dengan menagih kasih sayang orang. Tapi itu pun orang tak mampu nak beri.

Dan sekarang aku tak menuntut apa-apa lagi, kerana kini aku dah boleh menerima segalanya sebagai satu suratan takdir untukku. Dulu di saat aku belum mampu berfikir sebaiknya aku memang marah dan geram, tapi kini bila usia semakin meningkat aku mengajar diri ku untuk menerima segalanya sebagai salah satu proses pembelajaran yang harus aku lalui untuk mematangkan diriku.

Proses untuk menjadikan aku wanita matang dan cekal.Cuma satu pinta ku jangan pertikaikan keupayaan dan kemampuan aku sebagai seorang anak dan kakak, aku belajar menerimanya dan belajar memaafkan segalanya. Aku tutupi kekurangan kalian terhadapku, kerana masih ada rasa hormat dalam diri ku.

Aku pohon kalian juga begitu, aku tak minta emas berbungkal dan aku juga dah tak menagih kasih sayang kalian. Cuma aku pinta kalian hormatilah perasaan aku. Aku tak mampu nak menjaga hati semua pihak. Ada keutamaan lain yang aku harus dulukan…

Suami dan ibu mertuaku…

Insan yang paling lama aku hidup bersamanya. 15 tahun dia mendidik aku dari usiaku 16tahun sehinggalah kini 31 tahun, dia menerima aku seadanya. Menutupi setiap kelemahan dan kekuranganku. Bersabar dalam apa jua masaalah yang aku timbulkan. Dan kini dialah segala-galanya bagiku. Dan sebagai ikhsan terakhir kalian aku pohon doakan kebahagian ini kekal hingga ke nafas terakhir ku.

*Aku tak bertujuan nak mengaibkan sesiapa, Cuma saat coretan ini aku tulis kesedihan hatiku masih bertandang. Satu persatu apa yang aku lalui dulu bermain dikotak fikiranku, sehinggakan air mataku mengalir tanpa dapat ku tahan. Aku terasa yang amat sangat sehingga menganggu lenaku.

Aku takut tak mampu lagi untuk aku berpura-pura tersenyum sedangkan hati ku menangis yang amat sangat…aku bukan menagih simpati tapi, aku Cuma kehilangan bahu untuk aku tumpang menangis…

Coretan Hati : Izah
Mula : 1.45am
Selesai : 4.12 am
Pada : 19 April 2009

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete