Sunday, 26 April 2009

Satu Kepala Rm10

Pagi tadi mak aku kat kampung tepon...berkenaan majlis kawin adik akula bulan 5 nih...dengan bersemangat nak marah nyer mak aku duk cerita...

Mak : Long orang Kelantan minta satu kepala Rm 10 duit makan...

Aku : Duit makan bendanya tak pernah dibuat orangla mak, kita hantar pengantin kita kena bayar plak duit makan

Mak : Tula Mek(bakal besan)baru call mak ni ha, tanya kita nak gi menghantar berapa orang? duit makan satu kepala 10 henget. Mak nak jer cakap esok dia datang umah kita mintak plak satu kepala rm 15 baru adil...(dah mulala tuh nak cari gaduh)

Aku : Habis mak cakap ker?

Mak : Tak... tak terkeluar plak dari mulut nih...

Aku : Nasib baik...Mak jangan cari pasal kita ppuan, esok salah cakap...adik yang malu.

Letak phone aku call bakal adik ipar aku...

Aku : Kak Long nak tanya betul ker kita orang datang ni kena bayar satu kepala rm 10 duit makan?

Aku : Kalau betul cakap ngan mak jerla, kita orang esok datang hantar pengantin jerla tak payah makan.

Dia : Hah? suara terkejut... bayar apa kak? mak tak cakap apa pun...

Explain balik apa mak aku cakap...

Dia : La...makcik tak faham tu kak, mak nak tau berapa orang nak datang senang nak kira dengan katering satu kepala rm10,bukannya akak datang kita charge satu kepala rm 10. Tak pernah di buat kat orangla kak.

Dah agak dah...mesti kes salah faham nih...tu la jadinya bila lorat negeri bercampur...Satu Kelantan satu lagi Negeri Sembilan.

Masing-masing dengan lorat negeri sendiri...silap faham boleh jadi gaduh tuh...

Nasib baik cakap dengan aku, buatnya esok hari berkampung baru dia buka mulut cakap, mau kena boikot tak ada yang pergi ngantar adik aku bertandang...

Tuesday, 21 April 2009

Susahnya Nak Control Rasa Ini...

Dua tiga minggu ni ada 3 perkara yang buat aku bengang,yang jadi masaalahnya aku bukan seorang hamba yang boleh simpan apa aku rasa.

Aku pilih berterus terang, satu benda ni aku leh buat tak tau jer. Tapi yang dua lagi kalau aku tak luahkan ianya memakan diri aku. Kalau aku luahkan ianya melibatkan ramai orang banyak hati aku nak kena jaga. Aku plak dah rasa penat nak jaga hati orangg...

Tolong aku...apa patut aku buat? Aku menyampah betul kalau punya rasa yang macam ni...

Thursday, 16 April 2009

Anugerah Terindah

Bangun jer dari tidur pagi tadi, tetiba aku teringat anak lelakiku, Lamanya kami tak berjumpa hampir 5 tahun since dia balik semula kerumah ibu kandungnya(kawan baik merangkap adik angkat aku).

Apa khabar dia sekarang agaknya, kebetulan sejak hubby sakit aku dah tak pernah call dia lagi bertanya khabar...number phone pun dah bertukar...dan hubby aku plak, sejak baik dari sakit ni dia selalu menyebut untuk berjumpa dengan anak aku tu.

Dan kebetulan pulak tadi sebelum aku memulakan coretan ini phone aku berbunyi, tanpa aku sangka kawan baik aku tu yang call selepas dua tahun sepi tanpa khabar berita...kuat betul gerak hati aku pagi tadi.

Satu ketika dulu aku punya seorang anak lelaki, Anak yang aku jaga since berumur 3 tahun. Ibu dan bapanya bercerai dan si ibu berkahwin semula,anak jadi mangsa bapa tiri...kesian ayah sendiri dah tak peduli, ayah tiri plak nakkan mak jer anak tolak tepi.

Perceraian siibu ditambah pula ragam suami baru yang tak berapa berkenan dengan anaknya, membuatkan si ibu tak mampu nak menanggung dan menjaga si anak, dan menyuarakan isi hatinya untuk menyerahkan anak itu kepada aku dan suami untuk dijaga. Kebetulan kami pun memang tak punya cahaya mata jadi tak salah aku menolong.

Mula-mula dibawa kerumah kami dia memang bermasaalah, dia seolah-olah trauma takut, selalu menyendiri, tak bercakap tanya apa pun tak ada jawapan. Ambil berbulan juga untuk kami tackle hatinya. Memang susah sebab dia tak mahu bercakap sepatah apa pun...hanya mengikut apa saja yang di suruh.

Lama kelamaan bila dia dah boleh menyesuaikan diri, barulah keadaan mula berubah... Anak aku pun dah mula pandai bergurau dengan hubby aku, Biasanya kalau dia berdua dirumah tu aku yang tension, sebab fahamlah orang lelaki ni kalau dan bergurau riuh rendah jadinya kasar pulak caranya. Bersilat,baling-baling bantalla macam-macamla sampai aku sesak kadang-kadang rimas...

Tu sebabnya dia lebih rapat dan manja dengan hubby...dengan aku, anak-anak takut sebab aku garang. Apa-apa mesti duk cari papanya, aku jatuh tempat keberapa pun aku tak tau...silap-silap tak ader dalam list dia orang pun.

Tapi aku tak kisah pun sebab pada aku, bila dengan anak-anak ni tak boleh dua-dua lembut salah sorang kena tegas, kalau tak alamatnya esok lusa kena main balikla dengan dia orang.

Hubby aku plak bila dengan anak-anak memang kalah, ikut jer...tu yang aku tak berkenan. Kekadang bila anak dah tak dengar kata dia, pandai plak cari aku suruh tegur tak ke sadis macam tu. Tapi bila aku marah anak-anak, dia yang sensetif lebih...silap hari bulan aku balik yang kena marah.

Tapi bila dah tak tahan pandai plak cari aku suruh tegur sebab kalau dia yang cakap anak buat dek jer...apa lagi member bengangla sesorang.

Berbalik pada citer anak aku tadi, umur anak aku tu 11 tahun, kawan baik aku tu call nak ambil semula anak dia, Aku tak kisah pun walau pun aku dah berhabis dan dah sayang aku tak kisahla itu anak dia.

Lagi pun dari mula aku pasang niat pun nak tolong jaga jer, bukan nak buat hak milik terpelihara...tak baik aku nak pisahkan dia orang anak beranak. Ada hitam putih pun kalau bawa ke mahkamah aku tetap kalah itu anak dia. Darah yang mengalir dalam badan mereka tu darah yang sama.

Aku sendiri pun pernah terpisah dengan ibu kandungku, betapa suffernya tuhan jer yang tahu, apa yang aku pernah rasa, aku tak nak anak aku rasa cukupla aku rasa macam mana rasa sunyi dan keseorangan. Tak ader tempat untuk bermanja dan menumpang kasih.

Aku tahu, aku boleh bagi segala-galanya pada anak yang aku jaga tu, tapi ianya tetap takkan sama dengan sentuhan ibu yang sebenarnya. Aku tak nak bila dia dewasa dia akan menyalahkan ibunya kerana tak pernah ambil tahu tentang hidupnya.

Sediakanlah berbagai alasan pun hati yang terluka dan rasa terbuang tu tak mudah untuk diubati. Walaupun saban malam aku pohonkan keikhlasan hati untuk melupakan semua tu tapi sukar malah terlalu sukar sebab terlalu banyak kepahitan yang harus aku lalui untuk teruskan hidup.

Itu sebabnya aku tak kisah bila ibunya datang menuntut hak nya bagi aku itulah yang terbaik. Pergila...asalkan jangan lupakan mama dan papa kat sini.

Aku ingat ayat terakhir aku cakap masa dalam perjalanan hantar dia kerumah ibunya.

"Cuki(Syukri)taukan mama dan papa sayang sangat dengan Cuki? tapikan Cuki ada mak Ayu...dia yang lahirkan Cuki...Cuki kena jaga mak Ayu lebih dari mama, mama cuma di pinjamkan Cuki sekejap saja. Allah bagi mama peluang pinjam Cuki jaga Cuki sekejap bila tiba masanya mama kena pulangkan...Kita tak boleh ambil sesuatu yang bukan hak kitakan...Cuki fahamkan apa mama cakap...macam mana pun Cuki kena dahulukan mak Ayu sebelum mama dan papa".

Aku ingat mata dia merah masa tu, hubby aku pun sedih sampai kemalam tak boleh tidur teringat-ingat. Tapi yang bestnya aku ratu air mata ni, boleh tahan tu tak setitik pun air mata aku keluar masa tu cam tak caya jer...

Ramai yang bodohkan aku dah hubby masa tu macam melepaskan anjing tersepit, tapi aku tak rasa macam tu. Niat aku ikhlas nak menolong.

Aku tahu kesulitan kawan aku masa tu,aku tau dia macam aku juga, tak punya sesiapa ibu ayah dah lama meninggal, adik beradik masing-masing pun tak berapa nak menjadi...macam mana nak menumpang, sedara-mara time senang tunjukla muka time susah tak ada maknanya nak ambil pusing masaalah kau.

Disamping tu aku tak nak anak dia terbiar tanpa perhatian itu sebab aku sanggup...lagi pun untuk apa aku rebutkan, dah terang-terang itu anak orang... dapat menumpang manja sekejap pun tu dah memadai. sekurang-kurangnya ader juga pengalaman aku membesarkan anak lelaki walaupun cuma 9 tahun saja dia bersama kami. Itu juga anugerah terindah yang pernah aku lalui.

Cuma doa aku mudah-mudahan hajat suami aku nak jumpa sangat anak aku tu tercapai juga dalam masa yang singkat ni...Ameen.

*Kalau ada yang terasa dengan luahan ini, Aku pohon cubalah fahami apa yang pernah aku rasa sepanjang 26 tahun tu, tak pernah sekali pun aku niat berdendam dengan sesiapa pun dengan apa yang terjadi, cuma dengan luahan ni aku nak orang tahu kalau boleh biarla aku orang yang terakhir pernah melalui apa yang pernah aku lalui. Maafkan aku sekali lagi.

Wednesday, 15 April 2009

Where Do I Begin (Love Story)

Aku minat giler lagu ni, pagi-pagi datang office ini dulu aku buka untuk halwa telinga aku. Lama aku cari lagu dan lyricnya untuk aku letakkan kat blog aku ni, akhirnya jumpa juga....Member sebelah aku pun dah sound...hehehe..sabar yer kak...



Where do I begin
To tell the story Of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me

Where do I start

With her first hello
She gave a meaning to this empty world of mine
There'll never be another love another time
She came into my life and made the living fine

She fills my heart

She fills my heart
with very special things
With angel songs, with wild imaginings
She fills my soul with so much love
That any where I go
I'm never lonely
With her around who could be lonely
I reach for her hand. It's always there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there

How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her until the stars all burn away
And she'll be there

Tuesday, 14 April 2009

Aku & DIA

Malam semalam aku keluar dari office dah pukul 10.30 malam, ada kerja yang aku kena selesaikan yang dateline isnin 13 April ni juga, itu ini sampai umah pukul 11.30 malam, kesian aku tgk hubby dan anak aku dah tidur pun. Tambah anak aku demam...lagi kesian tapi apa pilihan yang aku ada?

Semalam plak pukul 5 pagi aku dah bangun, bersiap untuk ke office. Nak kena key in PABX bill untuk bulan march pulak dateline 15 April, sampai-sampai jer pukul 6 pagi aku mula key in, sampaila waktu kerja aku mula 8.30 pagi...dan sambung plak balik waktu lunch.

DIA cabar aku kan? DIA ingat aku senyum-senyum tengok muka DIA aku diam jer terima bulat-bulat apa DIA cakap, Dan x ni semua kerja aku dah siap dah hantar pun semalam, sebelum ni kerja-kerja aku cuti pun aku bawa balik sebab aku tau tanggung jawab aku, tak pernah aku kisah pun, tak pernah aku berkira pun setiap titik peluh dan masa yang aku keluarkan untuk kerja aku. Lepas ni apa plak yang DIA nak lagi.

Sakit hati aku masih belum hilang lagi, aku terpaksa balik lambat sebab siapkan senarai contact number untuk PLUS yang DIA nak sangat tu, yang org lain tak boleh nak buat kononnya nanti kalau silap siapa nak dipertanggung jawabkan, padahal number semua tu dah ada pun cuma nak call dan sahkan jer bukan susah pun.

Tapi itulah yang terjadi bila tak pernah nak ambil tahu, tiba-tiba kelam kabut macam di landa sunami bila pihak atas dah mula tanya tentang fast code yang dah masuk 4 bulan tak settle2 lagi.

Bila aku kata tak faham marah, rasa tercabar tapi kalau betul ambik tahu dan faham tak susah pun tak perlu kelam kabut arrange jer apa yang patut, yang nak kelam kabut tahap gaban tu naper, itulah yang terjadi bila orang yang keluar U jer terus jadi DIA, kalau DIA yang di iktiraf melalui pengalaman ni relax,teratur dan faham situasi kerja tu macam mana.

Ni tak bila aku cakap pertikaikan balik, aku guna internetla...banyak relaxla kononnya sampai ader masa nak buka internet, dah tak ader idea nak kenakan aku sampai aku tgk katelog Nutri Metic pun jadi sebab...dah tak ader kerja sangatla tuh...

Helloo...cuba ko check satu building PLUS ni sapa yang tak guna internet? bukan aku nak pertikaikan tapi orang depan mata ko boleh masuk friendster lagi, tak bising plak. Tak ke betul aku kata, DIA dengan aku tu cari sebab jer. Macam tula agaknya yang terciptanya peribahasa bangkai gajah depan mata tak nampak, tapi semut seberang lautan nampak plak.

Tapi apa pun pada aku, apa yang terjadi ni lebih kepada personal sebabnya aku berjual kat office ni, kalau department lain berjual dia boleh tegur, tapi masuk bab staff sendiri tak ada sebab plak nak di pertikaikan sebab aku tau kerja aku semua update ontime.

Aku masih sedih lagi rasanya, emosi aku masih tak terkawal lagi. Aku masih belum boleh tengok muka DIA yang aku rasa menyesakkan pernafasan aku, Ader ke patut DIA sebagai seorang DIA...tengok aku menangis, DIA boleh datang kat tempat aku tanya partner aku yang tak nampak tu "kawan awak menangis ker?"sambil tersengeh-sengeh. Tak ker soalan banggang yang ditanya macam tu.

Ko yang celik tanya kat orang yang tak nampak, Mungkin ko banggala dapat buat orang bawahan ko menangis sebab ko, macam ko selalu cakapla bila time wat appraisal "saya pernah buat staff saya menangis" dengan banganya ko bercakapkan? ko dapat buat staff ko menangis.

Kali ni ko nak canang kat sapa pulak yang ko berjaya wat aku menangis? nak announce kat satu building PLUS ni aku menangis. Silakanlah kalau cara tu boleh menunjukkan kuasa ko. GILER kuasa adalah.

Aku nak ko tau, sejak ko cari pasal dengan aku, setiap kali aku solat aku doakan ko ditukarkan kebahagian lain plak, dah lama sangat ko kat dalam ni, sesekali ko kena ambil angin lain plak. Kalau boleh biarla tempat yang lebih tekanan ko dapat. Biar ko rasa apa yang aku rasa.

Kita belajar dari pengalamankan? tempat ko sekarang ni tak sesuai dengan ko dan bidang ko. Tempat ni terlalu relax untuk ko, problem sikit jer ko dah kelam kabut.

*Apa-apa coretan aku tentang DIA kat sini tak ader kena mengena dengan orang lain k, ini luahan peribadi aku, tak semua yang berjawatan macam DIA perangai pun macam DIA...aku rasa DIA ni jer yang macam tu.

Saturday, 11 April 2009

Ubati Sakit Hati Ini

Malam terasa dingin sekali,saat melayan sepi malam...baru aku terasa penatnya hari-hari yang aku lalui kebelakangan ini, bukan hanya tenaga tapi otak aku pun sama penat, tambahan ada sesuatu yang menyedihkan berlaku pada aku seminggu dua ni yang meragut ketenangan hidup aku.

Apa yek?...

Aku rasa sedih atas sikap seseorang yang mengundang air mata aku mengalir laju, kebelakangan ni aku jarang menangis, rasanya last aku menangis pun masa hubby aku sakit, kalau dulu time aku giler baca novel dan nengok citer korea air mata tu memang teman setia aku, tapi since aku tak punya masa untuk tu semua aku dah jarang menangis.

Tapi apa yang berlaku dua minggu dulu memang menyedihkan aku, aku rasa teraniaya dan terhina, aku rasa segala yang aku lakukan selama ini sia-sia.

Aku banyak belajar untuk mempertingkatkan usaha aku dalam kerja, aku cuba buat sehabis baik walaupun kadang-kadang kerja tu tak termasuk dalam job skop aku.

Tapi tak rugikan belajar kalau pandai pun untuk diri sendiri juga, tapi cuma sebab kekurangan aku, aku tak macam orang lain yang ader sijil yang boleh di banggakan maka dengan sewenang-wenangnya aku di perlekehkan.

Paling menyakitkan hati bila aku di banding-bandingkan dengan orang lain yang baru 3 minggu mula bekerja, pada hal semua maklumat yang orang baru tu dapat pun aku yang prepare aku yang sediakan... mana tak aku rasa sedih.

Atas sebab tu juga seminggu aku terpaksa EL, aku tak boleh bekerja disaat emosi aku tak terkawal. Sampai kesatu tahap aku rasa aku nak resign 24jam. Biarla kalau setakat aku dan anak aku rasanya hubby aku lebih dari mampu.

Tapi bila fikir-fikirkan balik, kalau aku berundur bermakna aku kalah, dan aku tak nak jadi bodoh semata-mata kerana dia aku nak berhenti.

Itu pun aku jadi boleh berfikir dengan tenang lepas aku smskan pada kakak ipar aku yang gi umrah,tolong doakan aku kat tempat-tempat yang mustajab supaya hati aku tenang dan reda dengan ujian yang dia berikan pada aku...

Mungkin juga sebab doa kakak ipar aku tu...hinggakan aku sanggup sms dia balik untuk memohon maaf walaupun aku tau, aku tak bersalah tapi tak apalah. Yang memberi tukan biasanya lebih baik dari yang menerima. Aku memberi maaf yang selebihnya sendiri mau ingatla.

Kalau dulu setiap kali aku menghapi masaalah hubby tempat aku meluahkan resah, tapi since dia sakit aku tak boleh nak bercerita bebas macam dulu. Aku takut dia tertekan dan susah hati, jadi kuat tak kuat sekarang ni apa jua tekanan yang aku terima harus aku telan sendiri.

Sekarang ni mungkin dia selamat tapi ingat hukuman Allah sekarang ni dah di bayar tunai, tak perlu nak masuk lubang kubur. Tak terkena pada diri dia mungkin esok lusa anak cucu dia. Tapi yang pasti setiap perbuatan tu ada balasan yang setimpal.

Dan seperti biasa sebelum aku tutup mata untuk lena yang sekejap tu aku pasti berdoa supaya Allah ikhlaskan hati aku memaafkan orang-orang sekeliling aku yang menyakitkan hati aku termasuk DIA...