Wednesday, 7 May 2008

Alhamdulillah...

Hari ini merupakan hari ke 3 aku mula berkerja setelah 3 bulan bercuti. Alhamdulillah keadaan suamiku makin pulih cume perlu menunggu 3 bulan lagi untuk pemasangan tempurung kepalanya.

Pada pagi pukul 8.30 pagi 25 january lalu suamiku ada menghubungiku manyatakan kepalanya terlalu sakit. Aku ingatkan sakit kepala seperti biasa jadi, nasihatku ambil ubat dan rehat saja memandangkan dia pun tak berapa cukup rehat kebelakangan ini. Dalam pukul 9.30 pagi, suamiku telah ditemui oleh rakan sekerjanya terbaring di surau office dalam keadaan yang dipenuhi muntah dan nafasnya tak stabil.

Dalam pukul 10.00 aku telah menerima panggilan dari pejabat suamiku menyatakan keadaan suamiku, dan di waktu itu mereka tengah menunggu kedatangan Ambulance untuk membawa suami ke Hospital.

Secara kebetulan terlintas dalam kotak fikiranku minta suamiku di bawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Memandangkan dia mengadu sakit kepala pagi tadi,jadi aku berkesimpulan sendiri suamiku mungkin mengalami masaalah dalam kepalanya, jadi ada baiknya dia di bawa ke HKL memandangkan disana dah tentu ada kepakaran dalam bidang tersebut.

Teringat kepada arwah abang iparku dulu yang mengalami sakit yang serupa dengan suamiku telah dibawa ke Hospital Selayang, tapi memandangkan disana sana tiada kepakaran dan bidang kepala ni jadi terpaksa pula di pindahkan ke HKL jadi secara tak langsung masa dah terdelay masa disitu, mengingatkan itu aku berkeras minta suamiku dibawa ke HKL terus. Sementara aku bergegas kesana bersama birasku (satu office isteri arwah abang iparku.

Memandangkan hari itu hari jumaat aku sampai di HKL lebih kurang pukul 11.15 agak lewat dengan kesesakkan jalan raya, sampai saja di wad KECEMASAN HKL kakak ipar yang terdahulu telah aku maklumkan telah dulu menunggu bersama kawan-kawan suamiku,melihatkan keadaan kakak iparku dadaku berdebar kencang. Ya Allah selamatkankan suamiku tiada lain yang ku pinta.

Aku terus dibawa melihat keadaan suamiku, ya memandangkan keadaannya memang tenat dan menurut doctor pembuluh darah dalam kepala suamiku telah pecah dan telah effect ke otak. Tak ada cara lain yang dapat dilakukankan lagi melainkan menjalani pembedahan mengeluarkan pendarahan tersebut, dan tiada jaminan yang suamiku akan pulih tapi sekurang-kurangnya kita berusaha itu kata-kata doctor yang aku ingat. Menurut doctor lagi kalau suamiku hidup pun, tak mungkin dia normal seperti dulu atau lebih tepat lagi suamiku akan lumpuh. Dan apa yang ku tahu, aku cuma katakan aku tak kisah bagaimana keadaan suamiku yang penting aku nak dia hidup dan sentiasa ada di depan mataku.

Alhamdulillah semua urusan suamiku amat mudah dari mula dia sampai sehinggala dia di sorong ke bilik bedah pukul 12.oo tengahari segala urusannya memang cepat tak timbul masaalah queve atau delay, segalanya berjalan lancar. Allah permudahkan segala apa yang diingininya. Pukul 6.30 ptg baru suamiku di tolak keluar dari bilik bedah....nanti sambung dah nak balik.

No comments:

Post a Comment