Bertemu dan berpisah, Lumrah sesuatu ikatan mahu pun perhubungan, Tapi itulah hakikat yang tertulis mungkin setakat itu jodoh kita untuk bertemu, mungkin setakat itu kesetian yang mampu kita pertahankan, dan setakat itu juga kesabaran menduga diri kita.
Kita sebagai manusia cuma mampu merancang tapi Allah juga yang menentukan segalanya..Tiada satu umat pun didunia ini yang bertemu untuk berpisah. Tiada siapa juga yang inginkan perkahwinan dan perhubungan yang dibina hancur dipertengahan.
Namun,
Perkahwinan dan perhubungan itu ibarat satu perjudian dalam perperangan, menang atau kalah kita tak akan tahu mahu pun dapat menduga titik perhentiannya...Tapi yang pasti menang dan kalah itu tetap ada, tetap akan ada perhentiannya. Cuma mungkin dlm keadaan yang berbeza. Ada yang perhentiannya dipisahkan dengan kematian atau bercerai hidup.
Bukan mudah mempertahankan suatu kesetian dalam sesebuah perhubungan, Mungkin kita dipertemukan dengan sebaik-baik lelaki untuk bergelar suami untuk kita letakkan seluruh jiwa,raga dan sepenuhnya kepercayaan kita.
Namun diluar sana ada kalanya kaum sejenis kita pula yang bermain kotor dan tersasar melandaskan kasih dan terperangkap dalam permainan yang dicipta sendiri atau itulah yang sebaliknya.
Mempertahankan sesuatu perkahwinan bukan semudah meluahkan janji sehidup semati, dalam sebuah perkahwinan banyak onar dan duri yang harus ditempuh. Tersilap langkah akan berdarah yang menyakitkan.
Rasanya dugaan dari saat kelahiran sehinggalah saat kematian, dugaan sepanjang dalam alam perkawinanlah yang paling panjang untuk kita lalui. Dugaan yang sering kali menguji kekuatan dan ketabahan seseorang tak kiralah sama ada kita seoarang isteri mahu pun seorang suami pasti melaluinya. Cuma mungkin cara yang berbeza.
Tetapi yang Pasti Allah tak akan menduga kita dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Dan apabila kita telah berusaha untuk yang terbaik namun masih ada kecacatan, maka berserahlah dan terus berdoa supaya diberikan kekuatan dalam mempuh apa jua dugaan yang mendatang.
Thursday, 6 October 2011
Hati yang Terluka
Kerana dia melukakan hatimu
Aku yang kau tinggalkan
Api dendam takkan padam
Tanpa kau sendiri memadamkannya
Hari ke hari luka ini makin dalam
Aku takut tak mampu bertahan
Jangan aku kau tinggalkan
kerana kedaifanmu tentang cinta
Kerana cintamu aku terluka
Aku bertahan kerana cinta ini masih bersisa
Sehingga tak mampu untukku membenci
Kasih dan sayang ini tidak bertepi
Kesabaran hatiku jangan kau duga
kerana kesabaranku pasti ada penghujungnya
Jangan biarkan api cintaku ini jadi pudar
Seketika dia pudar kau pasti telah kehilangan
Kehilangan kasih sayang dan cintaku buatmu

Thursday, 28 July 2011
Malaysia vs Singapura
Semalam saya duk mamak sebab nak nak sama-sama merasai semangat bola sepak Malaysia ramai-ramai, padahal boleh jer tgk kat rumah tapi tak happeningla kan tgk kat rumah walaupun screen tv tu berinci-inci besarnya..Sebabnya saya akan tengok sensorang.
Nanti saya tengok bola Che husben saya tuh siap boleh berdengkur, boring giler kalau itu terjadi...jadi kenalah keluar belanja dia teh tarik secawan semata-mata nak tgk bola...Walaupun bila dah habis bola semalam baru saya perasan saya jer sorang yang berlainan jantina kat situ pastu leh lak tergedik-gedik menjerit bila Malaysia jaringkan gol pada minit yang ke 53....tapi ader aku kisah...lantakla dah teruja sangat bukan sedar pun perangai ko tu membuatkan orang senyum kambing kat ko kan...mesti dalam hati diaorang cakap over giler minah nih...
Tahniahla pada team Malaysia, walaupun Malaysia kalah saya tetap bangga pada harimau Malaya...sebab S'pura menang pun kerana ada 4 pendatang asing yang dengan sengaja diizinkan tuh... apa kes..
Malaysia patut bangga walaupun tertinggal dua mata tapi kita usaha dgn titik peluh rakyat kita sendiri tanpa bantuan orang luar ...
Tak kisahla kalah atau menang kita sepatutnya teruskan menyokong pasukan negara kita...
Sakit hati sangat bila orang kita ni asyik duk pandai nak kondem pasukan kita bila kalah, cuba ko duk tengah padang tu tengok...boleh ke ko buat lebih baik dari diaorang. Mati hidup balik pun belum tentu tau...yang menengok nih mmgla senang...cakap jer bukan keluar peluh pun...
Yang tambah sakit hati tuh bila ko tahu org duk kondem itu ini tuh kaki bangku, macam tin kosong cakap jer lebih tapi habuk pun tarak...
*Psssttttt terasa tak macam aku nak perli seseorang...agak-agak dia terasa tak kalau terbaca nih. Kalau yer dia terasa ibarat kata Amir(Rajalawak) im sorrryyy...

Monday, 25 July 2011
Ku Pinang Kau Dengan Bismillah - Ungu Feat Rossa
Tuhan memberikanku cinta
untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
hanya dirimu satu yang aku inginkan
ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

ku pinang kau dengan Bismillah

Akhirnya..
Akhirnya selesai sudah kerja aku duk create blog baru selepas blog lama aku dimansuhkan....Apa pun aku tak leh lupa blog lama aku yang mengajar aku apa itu blog...tapi ikutkan semua coretan dalam nih aku import dari blog lama aku http://saathatiberbicara-izah.blogspot.com/.
So kalau ada yang terjumpa blog aku nih singgah2 ler yer...

Saturday, 23 July 2011
Jerawat oh Jerawat....
Aku dalam keadaaan tension sekarang ni, bila jerawat menyerang mukaku seperti di ternak-ternak, sadis betul. Dari product kecantikan yang mahal sehinggalah yang paling murah nampak gayanya tak ada yang membolehkan jerawat ini berhenti dari membiak...
Bila ini terjadi semua yang aku lakukan serba tak kena...nampak gayanya aku terpaksa gi cari pakar kulit juga nih....tulunnnn......

Friday, 1 July 2011
Imam Muda 2
Allahmdulillah berakhir sudah program Imam Muda yang berpihak kemenangan pada IM Hassan berasal dari Perak..
dan naik juara jatuh kepada IM Nazrul dari Segamat Johor...
Tapi apa pun rancangan ini memang bagus
Harap-harap rancangan sebegini akan terus di kekalkan...
Pemimpin masa depan...
Lepas ni tunggu Ustazah Pilihan plak...

Friday, 17 June 2011
Menu Simple Keluarga
Dah lama rasanya tak masak untuk makan lunch bersama family...memangla hari-hari saya masak tapi itu untuk jualan. Bukanlah tak boleh jadi hidangan keluarga tapi memandangkan husband seorang yang agak cerewet dalam senang, jadi tak bolehlah di anggap jualan harian saya tu sebagai menu untuk kami sekeluarga...kenapa macam tu ekk...
Sbbnya husband saya tak makan ikan yang besar-besar selain ikan selar kuning sebesar dua jari tu dan ikan bilis... kalau masak ayam pula, kena cari ayam kampung...kerana ayam daging biasa dia tak makan...Daging pun macam tu, kena cari daging segar daging kotak tak makan...Cerewetkan...jadi kalau hari-hari biasa saya masak untuk jualan tu memang husband tak dapat tumpangla...
So sabtu ni kebetulan tak ada kemana-mana minggu ni, saya pun masakla menu ringkas ini sebagai hidangan keluarga...walaupun ringkas tapi enjoyla bersantap dgn keluarga...memandangkan kami 3 beranak jer, jadi kebiasanya tekak si ibu ni tak ambil pusing sangat..cuma fikirkan husband dan anak dara saya sorang tu jer...tak banyak pun cuma 2 atau 3 jenis lauk dah cukup yang wajib ada sayur...tak ada sayur memang tak lengkap hidangan...
Ikan Keli Goreng berlada pilihan anak daraku...
Sambal Ikan Bilis kering siapa lagi kalau bukan husband nyer menu tetap...
And Sayur Bayam Rebus pilihan semua...
Simplekan? tak susah pun paling lama kat dapur setengah jam jer sebab semua bahan asas dah tersedia dlam peti sejuk...tinggalkan main campak-campak jer masak tuh...

Saturday, 11 June 2011
Penyesalan Dan Taubat
Harga sebuah penyesalan terlalu mahal untuk dibayar, apa pun yang kita lakukan takkan dapat membayar harga sebuah penyesalan...ntah kenapa ya tiba-tiba saya terfikir tentang ini...
Mungkin sekarang ni saya banyak berfikir dan bermuhasabah diri saya selalu terfikir betapa banyak nyer kesilapan-kesilapan yang saya lakukan dlm hidup ini...bila di fikir-fikir dan direnungkan semula jika masa itu boleh di putar semula, di tahap usia yang lebih matang sekarang ini saya tak mungkin melakukan kesilapan-kesilapan bodoh yang pernah saya lakukan...
Walau kadangkala kesilapan itu bertujuan mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa tetapi ada ketika nya kita terjerat juga dengan kesilapan-kesilapan yang sengaja kita lakukan berpunca dari kebodohan kita sendiri...
Bila melayan menung sendirian, ingat semula dari peringat umur saya selepas dikira baligh sehinggalah kehari ini betapa banyaknya dosa-dosa yang telah saya lakukan, terampuankah dosa-dosa saya kepada ALLAH dan dosa saya sesama manusia. Sama ada dosa kecil mahupun besar, sengaja atau tidak sengaja saya lakukan terampunkah walaupun di cuci dengan tujuh lautan air...
Sempatkah taubat-taubat saya diterima sebelum denyutan nadi saya terhenti, tak tentu bila tetapi yang pasti waktunya tetap tiba...sempatkah saya menebus semua kesilapan-kesilapan saya terhadap orang-orang yang disekeliling saya.Walaupun kadang-kadang dalam sedar saya sengaja menyakiti mereka.
Bersediakah saya bila disuatu saat terhentinya denyutan nadi ini, saat mula dihijap setiap dosa yang telah dilakukan apakah telah cukup perisai-perisai yang saya sediakan untuk bertemunya.
Jika dihimpunkan 33tahun semula usia saya lakukan dengan beramal kepadanya belum tentu dapat menghapuskan dosa-dosa yang telah saya lakukan.
Tetapi sebagai manusia biasa lebih-lebih lagi beragama Islam kita dibekalkan dgn akal dan Iman, Hadirnya rasa sesal dalam diri adalah langkah pertama yang terbaik untuk menyucikan diri, sertakan rasa sesal ini dengan taubat yang sebenar-benar taubat, lakukan taubat itu dgn benar-benar ikhlas.
Rasa penyesalan itu suatu kesakitan yang amat sangat dirasakan, rasa takut dan rasa bersalah yang amat sangat...mungkinkah rasa takutnya sama seperti seorang pengedar dadah yang telah dijatuhi hukungan gantung sampai mati, insan yang mana telah tahu nadinya akan berhenti pada waktu dan ketika bila...
Dan diwaktu begitu tiada yang lain difikikan cuma atas tikar sembahyang sambil mengakui kesilapan-kesilapan masa lalu yang telah dilakukan, Memohon dikesempatan yang terakhir memohon taubat dan diampunkan atas segala dosa-dosanya...
Bila melihat suatu musibah atau kematian akan timbul sesal dalam diri tetapi kenapa sekejap saja kita lupa...sekejap nanti kita mula leka dengan urusan duniawi hingga mengabaikan perjanjian kita dengan Allah yang hanya memakan masa 5 minit saja...
Betapa tak bersyukurnya kita dengan apa yang Allah pinjamkan kepada kita sehinggakan untuk mengucapkan rasa terima kasih kepadanya pun kita susah...
*Sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Jalan-Jalan Balik Kampung
Ni bukan kampung saya ya...ni rumah kawan kat kampung parit Jabbar Senggarang Johor...Best sangat...kalau tak malu rasanya pantang dipelawa lagi..hehehe...
Betul-betul suasana kampung sejuk jer malam memang sejuk sangat
Ni yang Paling suka banyak bunga-bunga hijau
Cantikkan bunga ni...
First time tengok tempat orang melanggai udang..
Pintu masuk ke tempat melanggai atau menaikkan udang

Jalan-Jalan Cuti Sekolah GOLD COAST Morib
Friday, 3 June 2011
Nora Elena @ Kasih Yang Suci
Salam semua...dah lama rasanya saya tak merapu meraban kat blog nih...sekarang nih masa terlalu padat bukan sibuk dengan bukan kerja-kerja office saja tapi plus merebang membaca blog kawan-kawan dan membaca novel-novel yang terlongok tu yang tak pernah habis. Sejak pandai berblog nih, masuk pula blog kawan-kawan yang cerita-cerita mereka telah dibukukan lagilah saya mabuk membeli novel untuk koleksi...
Since Nora Elena @ Kasih Yang Suci ni keluar kat tv, ramai bebenor teman yang cari saya semata-mata buku nih..
Nak pinjam..tapikan saya akan jadi manusia yang paling kedekut kalau melibatkan buku..maaf lah yer..cuma orang-orang tertentu jer saya bagi keizinan untuk pinjam buku-buku saya..
Bukan saja-saja nak kedekut tapi,buku-buku saya tak kiralah apa jenis buku semuanya adalah harta yang paling bernilai bagi saya..koyak atau kotor sedikit pun rasa sakitnya dihati.

Thursday, 7 April 2011
Kemilau Cinta Karmila
Tengah duk ketagih nengok citer nih...lambat betul nak tunggu isnin-khamis...padahal aku tak minat pun nengok citer2 cam nih...ntah cam mana leh sangkut dgn citer ni ntah...agak2 ader ker jual dvd citer nihhhh...tengok kat youtube tak puasla...
Sweetkan Pict Karmila Ngan Fadil nih..
Jom baca sinopsis
KAMILA (Asmirandah) adalah seorang gadis cantik, sederhana dan baik hati. Kamila hanya tinggal berdua dengan Ibunya, FARAH (Marini Zumarnis). Untuk membantu ibunya memenuhi kebutuhan hidup mereka, Kamila bekerja di sebuah café sebagai pelayan restoran. Farah sangat menyayangi Kamila dan berusaha menjadi ayah sekaligus ibu bagi Kamila. Farah sangat ketat untuk satu hal, yakni ia tidak mengijinkan Kamila berpacaran, kecuali bila Kamila lulus kuliah dengan gelar cumlaude.
Di tempat kerjanya Kamila bertemu dengan EDO PRAYOGA (Mischa Chandrawinata), seorang pria yang ganteng dan kaya raya. Mereka berdua akhirnya berpacaran tanpa sepengetahuan Farah. Hingga akhirnya Kamila hamil. Edo bimbang, ia belum sanggup untuk bertanggung jawab. Ibunya Edo, MARTHA (Debby C Dewi) malah menjanjikan Kamila sejumlah uang untuk menggugurkan kandungan. Kamila benar-benar hancur melihat perlakuan keduanya.
Suatu hari, Kamila menemani sahabatnya, LIVIA (Tika Putri) pergi bersama FADIL (Jonas Rivanno), pacar Livia. Fadil kemudian melamar Livia. Dengan berbunga-bunga, Livia memasangkan cincin yang baru diterimanya ke jari Kamila, dengan harapan agar Kamila juga akan segera dilamar oleh Edo. Kamila sangat sedih mendengarnya. Belum sempat cincin itu dikembalikan, ketiganya mengalami kecelakaan.
Dalam keadaan kritis, Fadil menyampaikan ke keluarganya untuk merestui hubungannya dengan kekasih hatinya. Belum selesai Fadil berbicara, ibu Fadil, AMBAR (Nunu Datau) tertegun melihat Kamila, wanita yang pernah ia lihat bersama Fadil dan juga mengenakan cincin yang sama dengan Fadil. Semua pun mengira kalau Kamila lah kekasih Fadil, begitu pun dengan Farah.
Keluarga Fadil tidak menyetujui hubungan Fadil dengan Kamila. Fadil yang kemudian mengetahui bahwa Livia telah tiada, kemudian mengakui bahwa bayi dalam kandungan Kamila adalah anaknya. Hal itu semata-mata Fadil lakukan menyelamatkan hatinya sendiri yang terluka karena kehilangan kekasihnya, juga untuk menyelamatkan Kamila dan bayinya yang telah ditolak oleh Edo. Ternyata Edo tidak bisa begitu saja melupakan Kamila, ia sangat cemburu melihat kedekatan Kamila dan Fadil. Edo pun kembali mendekati Kamila.
Edo tidak diperbolehkan keluar oleh ibunya. Tetapi, jika ia pergi keluar rumah ia tidak diperbolehkan kembali ke dalam rumah. Lalu, Eldo meminta agardilakukan tes DNA antara Fadhil dan Edo. Terbukti Edo yang sudah menghamili Karmila. Pernikahan pun dilaksanakan, namun gagal.
Fadil pun memboyong Kamila ke Jakarta untuk tinggal dengannya dan keluarganya. Hubungan mereka menghadapi berbagai kesulitan karena Ambar tidak menyetujui hubungan mereka dan Edo terus menerus mengejar Kamila. Merasa bahwa putrinya membutuhkannya, Farah pun pindah ke Jakarta. Di saat yang sama, sepupu Fadil, Indy, kembali dari Prancis setelah menyelesaikan kuliah fashion design. Tak dinyana, Farah bertemu kembali dengan Harris, pacarnya dahulu yang juga ayah kandung Kamila. Akhirnya diketahui bahwa hubungan Farah dan Harris dahulu tidak disetujui ibu Harris, Tini, yang merupakan bos Kamila di restoran tempat Kamila bekerja. Suatu kali, Farah mengalami kecelakaan. Pada awalnya ia merasa baik-baik saja, namun ternyata ia mengalami penyakit otak. Mengetahui ia tidak akan berumur panjang, ia meminta Kamila dan Fadil berfoto dalam pakaian pengantin. Sebelum ia meninggal, ia berniat memberitahu Kamila bahwa nama ayahnya adalah Harris, namun Farah mengembuskan napas terakhir sebelum menyampaikannya pada Kamila.
Belakangan, diketahui bahwa Fadil memiliki saudara kembar bernama Taufan yang telah pergi dari rumah selama lima tahun. Taufan menjalin cinta dengan Alena, anak angkat Harris yang merupakan seorang pengacara. Suatu kali, Alena secara kebetulan bertemu Ambar dan ia membuat Ambar terkesan atas kepintarannya sebagai pengacara. Ambar pun beranggapan bahwa Alena merupakan calon istri yang lebih tepat bagi Fadil dibandingkan Kamila dan berusaha mempertemukan Fadil dan Alena.
Melalui berbagai kejadian, Kamila pun akhirnya bertemu Taufan dan membujuk Taufan agar pulang. Ambar pun akhirnya mengetahui bahwa Alena adalah pacar Taufan. Akan tetapi, Taufan tidak datang di malam dimana ia berniat pulang. Ternyata, Taufan mengalami kecelakaan mobil dan setelah ia menyelamatkan diri, ia ditabrak Laras, perempuan pilihan Tini untuk Harris dan juga sahabat Farah. Laras pun merawat Taufan dan mendatangkan ahli medis terbaik untuk Taufan. Semua orang mengira Taufan telah meninggal, sebab di mobil yang mengalami kecelakaan (dan terbakar) hanya ada satu jenazah yang sudah hangus dan gelang emas pemberian Alena tergeletak di mobil itu dan berhasil selamat. Alena dan Ambar sama-sama depresi atas "kematian" Taufan.
Akhirnya, terungkaplah kebenaran bahwa Taufan masih hidup. Ambar dan Alena awalnya marah pada Laras karena menyembunyikan Taufan, namun akhirnya mereka saling memaafkan. Ambar bahkan merestui hubungan Fadil dan Kamila dan menyuruh Kamila tinggal bersama keluarga Fadil, keluarga Renaldi. Kamila menolak dan ia memilih tinggal bersama Laras yang akhirnya ia kenal dan ia anggap ibu sendiri. Edo terobsesi dengan Kamila meskipun Martha memaksa Edo menikah dengan Indy. Indy terus memprovokasi Ambar agar Ambar membenci Kamila.
Ternyata, kandungan Kamila bermasalah dan perkembangannya lambat. Fadil dan keluarganya memindahkan Kamila ke vila di puncak agar terhindar dari stres yang bisa membahayakannya dan janinnya. Taufan pun pindah ke sana agar bisa cepat pulih dari sakitnya pasca kecelakaan. Tini tidak menyetujui hubungan Taufan dan Alena dan meminta Alena berhenti berhubungan dengan Taufan. Taufan yang merasa ia sudah tidak pantas bagi Alena pun mengatakan ia tidak mencintai Alena lagi dan telah mencintai wanita lain yaitu Kamila. Alena pun mencoba bunuh diri dengan meminum obat penenang. Untungnya ia terselamatkan. Alena memberitahu Harris bahwa Taufan telah mencintai perempuan lain, Kamila. Harris yang awalnya menganggap Kamila sebagai putrinya sendiri pun marah dan pergi ke vila di puncak. Ia melihat Kamila sedang bersama Taufan dan ia salah sangka. Ia memarahi mereka berdua. Kamila pun ke Jakarta untuk menjelaskan yang sebenarnya bersama Taufan, namun mereka diusir dari rumah sakit oleh Harris dan Tini. Tini (yang sudah tahu bahwa Kamila adalah putri Harris namun merahasiakannya dari Harris) mengatakan bahwa ia tidak akan memberitahu Harris kenyataannya. Kamila kecewa dan sesampainya di vila, ia dan Taufan disambut keluarga Renaldi. Kamila pingsan dan setelah sadar, Fadil menjelaskan bahwa Ambar meminta mereka bertunangan. Fadil dan Tama, ayah Fadil (yang sudah tahu bahwa ayah dari bayi Kamila adalah Edo), beranggapan bahwa mereka tidak perlu melangsungkan pertunangan. Kamila mengatakan bahwa ia baru mau bertunangan setelah Ambar tahu bahwa ayah dari bayi Kamila adalah Edo.
Edo membuntuti Fadil yang sedang mengunjungi Kamila. Edo yang awalnya tidak tahu bahwa Kamila tinggal di puncak pun akhirnya tahu. Ia menculik Kamila dan membuat Taufan yang mencoba menghalanginya jatuh dari kursi roda (Taufan mengalami kecacatan setelah kecelakaan yang membuat ia merasa tidak pantas bagi Alena). Taufan pun segera menelepon Fadil dan keluarga Renaldi di Jakarta. Fadil dan Tama segera menuju vila di puncak, namun Fadil keluar dari mobil dan mencari Kamila dengan naik ojek.
Di dalam mobil Edo, Kamila menangis dan memaksa Edo untuk membawanya kembali ke vila. Edo mengatakan bahwa ia sedang mengamankan Kamila sebab keluarga Fadil dan Fadil itu jahat. Di tengah jalan, Kamila mengalami pendarahan dan Edo pun membawanya ke rumah sakit terdekat. Kamila dibawa ke IGD dan Edo memaksa untuk menemani Kamila. Kamila mengusir Edo dan meminta dokter menelepon Fadil. Fadil tiba di rumah sakit dan memaki Edo. Fadil lalu menemani Kamila selama persalinan darurat. Kamila melahirkan bayi laki-laki. Saat Fadil mengazankan bayi Kamila di ruangan bayi, Edo mengintip dan meminta maaf dalam hati pada bayi itu sebab ia telah menyebabkan si bayi lahir. Ia pun mengaku bahwa ia tidak pantas menjadi ayah si bayi.
Setelah melahirkan, Kamila sempat mengalami koma, dimana ia secara tidak sadar bertunangan dengan Fadil. Di saat ia koma, Edo ditangkap polisi berkat laporan dari Ambar. Edo menerima nasibnya sebab ia sadar ia salah, namun Martha tidak terima. Setelah Kamila sadar dari koma, ia memberitahu Ambar bahwa bayinya bukan anak Fadil. Ambar sebelumnya telah merobek surat tes DNA yang menyatakan bahwa bayi Kamila adalah anak Edo, dan Ambar mengatakan bahwa ia tidak peduli. Fadil pun menyatakan cintanya pada Kamila dan mereka pun bertunangan. Fadil sudah menganggap bayi Kamila seperti bayinya sendiri, dan mereka menamakan bayi itu "Kafa Arjuna Putra Renaldi".
Indy mengancam akan bunuh diri bila Ambar tidak mencabut tuntutannya pada Edo, sehingga Ambar terpaksa membebaskan Edo. Edo berkunjung ke rumah sakit dan bertemu dengan bayi Kamila. Awalnya ia berharap bayi itu bernama "Eka" yang berarti Edo dan Kamila, seperti di mimpinya. Ia agak kecewa mengetahui bayi itu bernama Kafa. Edo merasa memiliki ikatan batin dengan bayi itu dan rajin berkunjung untuk melihat Kafa. Kamila dan keluarga Renaldi khawatir, sehingga Ambar pun membawa pulang Kafa dengan inkubator dan seorang suster untuk menjaga Kafa. Edo tidak terima dan ia memaksa bertemu Kafa. Ia pun meminta melakukan tes DNA ulang.
Kamila menolak dan mengatakan bahwa Edo tidak akan pernah menjadi ayah dari Kafa dan Kafa bukanlah Eka. Ia pun mengatakan bahwa Edo sudah terlambat untuk mengakui Kafa sebagai anaknya dan Fadil-lah yang akan menjadi ayah dari Kafa. Edo sakit hati namun ia tetap bersikeras ingin melakukan tes DNA.
Info
http://id.wikipedia.org/wiki/Kemilau_Cinta_Karmila
Thursday, 11 November 2010
Kisah Untuk Renungan Bersama
Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai
sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan
hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar
dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa
pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa
letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang
sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi,
semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh
berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya
kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan
keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan
penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta
yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang
mengerjakan sesuatu, padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang
tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang
boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia
bertanya.
"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran
Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab
dengan perlahan.
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti;
Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang
ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang
memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah
yang Abang akan lakukan untuk Siti?"
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan
memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah
mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menenui selembar kertas dengan coretan tangannya
dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati
saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik
program didalamnya dan akhirnya menangis di depan
monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya
boleh membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti
ketika pulang."
"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di
tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai
yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik'
Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan
tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang
sengal itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang
dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing
menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir
yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang
bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat
airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan
tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi,
jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang
masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang
tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia
Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang
terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan
pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan
wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita
merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam
'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah
hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita
bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari
cerita ini..

Friday, 5 November 2010
Semalam Aku Bermimpi
Malam Pertama...
Semalam aku bermimpi....
Aku duduk diatas satu bukit yang tinggi dihadapanku lautan terbentang luas dan di belakangku anak sungai yang airnya mengalir lesu, tetapi anak sungai yang tadinya mengalir lesu dengan tiba-tiba berombak kencang sehingga ikan-ikan didalamnya melompat-melompat tinggi, limpahan besar air sungai tadi menengelamkan keseluruhan rumah dan kawasan-kawasan di sekelilingku sehingga limpahannya membawa ke laut di hadapanku..Aku terkejar-kejar nak menyelamatkan diri walaupun tempat aku berdiri tak terkena tempias walau sedikit pun.
Malam Kedua...
Beberapa minggu yang lepas...
Semalam aku bermimpi...Masih sama aku duduk di satu bukit yang tinggi berladang bersama beberapa orang yang tidak aku kenali, tiba-tiba awan mendung berarak hitam petanda hujan lebat akan turun, masing-masing cuba menyelamatkan diri, tetapi sayang bukan hujan yang turun tetapi angin kuat seolah-olah puting beliung yang meranapkan segala yang ada di sekelilingku tidak ada yang terselamat disitu habis semua tumbuh-tumbuhan dan rumah yang berada di sekeliling itu, cuma aku yang sempat berpaut pada pokok besar...dan saat aku memandang ke bawah aku sempat melihat seorang lelaki yang berjubah putih berserban menghulurkan tangan untuk membantu aku namun tidak sempat kerana datang sekali lagi taufan yang kuat tadi langsung menyapu habis keseluruhan apa yang ada di sekeliling aku sehingga pokok tempat aku berpaut juga terbelah dua...aku masih selamat tetapi tiada apa yang tinggal semuanya hitam hancur lebur...
Dua mimpi yang aku alami, aku tak tahu ianya mainan tidur atau apa, klu nak kata tidur dalam keadaan tak bersih biasanya aku tidur lepas solat isyak masih dalam uduk dan setakat suruh 4 QUL tu ayat QURSI tu mmg sentiasala...
Dlam kedua-dua mimpi itu kesudahannya aku tetap keseorangan, mungkin juga mimpi ini mainan tidur tapi bila terjadi dua kali mimpi yang begini boleh tak aku katakan aku sedang di tegur, aku kena mula muhasabah diri aku mencari mana-mana yang tak betul yang patut aku betulkan...
Ada sesiapa boleh bagi pendapat...

Subscribe to:
Posts (Atom)