Thursday 28 July 2011

Malaysia vs Singapura

Semalam saya duk mamak sebab nak nak sama-sama merasai semangat bola sepak Malaysia ramai-ramai, padahal boleh jer tgk kat rumah tapi tak happeningla kan tgk kat rumah walaupun screen tv tu berinci-inci besarnya..Sebabnya saya akan tengok sensorang.

Nanti saya tengok bola Che husben saya tuh siap boleh berdengkur, boring giler kalau itu terjadi...jadi kenalah keluar belanja dia teh tarik secawan semata-mata nak tgk bola...Walaupun bila dah habis bola semalam baru saya perasan saya jer sorang yang berlainan jantina kat situ pastu leh lak tergedik-gedik menjerit bila Malaysia jaringkan gol pada minit yang ke 53....tapi ader aku kisah...lantakla dah teruja sangat bukan sedar pun perangai ko tu membuatkan orang senyum kambing kat ko kan...mesti dalam hati diaorang cakap over giler minah nih...

Tahniahla pada team Malaysia, walaupun Malaysia kalah saya tetap bangga pada harimau Malaya...sebab S'pura menang pun kerana ada 4 pendatang asing yang dengan sengaja diizinkan tuh... apa kes..

Malaysia patut bangga walaupun tertinggal dua mata tapi kita usaha dgn titik peluh rakyat kita sendiri tanpa bantuan orang luar ...

Tak kisahla kalah atau menang kita sepatutnya teruskan menyokong pasukan negara kita...

Sakit hati sangat bila orang kita ni asyik duk pandai nak kondem pasukan kita bila kalah, cuba ko duk tengah padang tu tengok...boleh ke ko buat lebih baik dari diaorang. Mati hidup balik pun belum tentu tau...yang menengok nih mmgla senang...cakap jer bukan keluar peluh pun...

Yang tambah sakit hati tuh bila ko tahu org duk kondem itu ini tuh kaki bangku, macam tin kosong cakap jer lebih tapi habuk pun tarak...

*Psssttttt terasa tak macam aku nak perli seseorang...agak-agak dia terasa tak kalau terbaca nih. Kalau yer dia terasa ibarat kata Amir(Rajalawak) im sorrryyy...

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete