Hari ni aku buka blog aku baca komen-komen kat post aku tentang perpalinglah sayang tu, ada member-member yang tinggalkan msg. Aku just nak imform k...tu bukan tentang diri aku, tapi tentang someone yang rapat ngan aku, tentang someone yang aku sayang dan someone tu orang penting dalam hidup aku, dia tengah bermasaalah sekarang ni dan dia duk bercerita kat aku meluahkan apa dia rasa.
Mungkin kerana background kehidupan aku juga yang buat dia rasa selesa bercerita dengan aku, yerla aku pun datang dari keluarga yang berpecah belah ni, dan dia pun tau aku bukan nyer jenis yang nak ambil pusing hal orang lain, banyak benda lagi aku boleh buat dari busy body menjaga tepi kain orang.
Aku plak bila dengar-dengar bab macam ni memang tak tahan aku rasa sedih giler tu yang aku teremosi lebih macam aku plak yang melalui tu semua. Aku macam dapat rasa apa yang dia rasa.
Bila dia duk citer kat aku, aku rasa macam sedih sangat sebab aku tak tahu macam mana aku nak tolong meringankan bebanan yang dia tanggung...aku tak tau nak komen apa, aku takut tersilap cakap akan makin menyedihkan dia...
Aku kesian kat dia, kadang-kadang bila ada masaalah-masaalah yang begitu kita perlukan seseorang untuk melegakan hati, yang boleh mendengar dengan baik setiap luahan hati kita. Nak luahkan pada keluarga tak terkeluar dari mulut tu atau tak mahu orang keliling yang rapat turut sama bersusah hati...nak tak nak terpaksa telan sendiri.
Aku hairan bila ada perempuan yang sanggup jadi peruntuh rumahtangga kaum sejenisnya, tak berperasaan ker? kenapa dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni laki orang juga yang dia nak? Bab-bab macam ni aku takla salahkan 100% lelaki tu, dah memang semula jadinya lelaki memang mudah teruja dengan wanita yang lebih muda, yang lebih cantik, yang lebih mengoda senang cakap yang lebih segalanyala...
Tapi kadang-kadang kaum aku gak yang mengedik lebih, yerla kalau bertepuk sebelah tangan takkan jadikan. Jangan salah faham plak aku bukan menidakkan jodoh. Tapi sebagai manusia, kita di kurniakan akal untuk berfikir, akal untuk kita berfikir membezakan antara jodoh atau mengatal, janganla sebab nak hidup senang tak nak bersusah payah sampai sanggup menidakkan hak orang lain...
Janganla tengok lelaki tu cukup semuanya, ingat lelaki tu senang tanpa sedar sebenarnya lelaki tu senang pun banyak ehsan dari si isteri tadi...
Kalau nak juga pandai-pandaila bawa diri belajar-belajarla mengalah, dah terang-terang awak yang terkemudian, mengalah tak bermakna kita kalah...mengalahlah menggunakan akal tanpa sedar kita yang menang sebenarnya...
Sorryla kalau ada yang tak setuju ngan aku, Aku bukan merendah-rendahkan kaum sejenisku...apa yang cuba nak aku sampaikan aku harap orang tak salah faham aku kesian dengan mangsa-mangsa keadaan ini...
Aku kesian pada si suami yang terleka sekejap pada panahan godaan wanita yang ntah siapa-siapa, aku kesian pada si isteri yang tercari-cari dimana silap dirinya dan paling penting aku kesian pada anak-anak yang menjadi mangsa badai keretakkan rumahtangga ibubapanya.
No comments:
Post a Comment