Lama kiranya blog ini saya tinggalkan tanpa khabar, sekarang ni saya dah mula giler dengan membaca novel semula, dulu dah terasa bosan untuk membaca almaklumlah hari-hari hubby duk bising suh baca buku ilmiah plak, pegang jer buku ilmiah mata pun terpadam…so nak buat cam ner terpaksalah senyap sekejap tunggu mulut hubby senyap sambil tu merapu-rapula dalam blog ni…
Tapi memang betulla tak lengkap hidup rasanya tanpa membaca jiwa rasa kosong… rasa bodoh pun ada. Sudahnya sekarang ni mula balikla hobi lama tu membaca, adatla bila dah mula kemaruk membaca bersawang pula blog saya ni..
Apa pun sesuatu yang saya rasa patut di kongsikan dengan semua orang disini, tentang pembuangan bayi, yang terparu semalam di Ipoh seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat di temui didalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah.
Sayangkan? Dan dah tentu diantara kita mengutarakan rasa sayang dah kasihan. Tetapi cukupkah setakat kata – kata sayang dan kasihan begitu yang paling mudah terluah dari bibir bukan hati, Mengapa saya katakan begitu?
Kebanyakkan kanak-kanak yang di buang begitu biasanya bukan anak-anak yang lahir dari sebuah perkahwinan yang sah, Kata sopannya anak tak sah taraf mana kala kata kasarnya anak luar N…h.
Mana mungkin seorang ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan sanggup membuang zuriat mereka seperti sampah begitu jika anak itu terhasil dari sebuah pernikahan yang sah.
Bila terjadi kes-kes pembuangan seperti ini siapa yang selalu di persalahkan? Tentu ibu atau gadis-gadis yang mengandung luar nikah di persalahkan seratus peratus.
Tapi pernah kita terfikir yang kita juga mungkin tergolong dalam peyumbang gejala pembuangan bayi seperti ini
Atas sebab apa saya katakan begitu? Kerana saya sendiri pernah melaluinya…bukanlah saya yang mengandung, tapi saya pernah memelihara anak yang tidak sah taraf ini.
Bertahun saya berkahwin mungkin rezeki tak menyebelahi saya dan hubby kami tak di kurniakan zuriat, jadi kami mengambil keputusan mengambil anak angkat. Kalau sebut anak angkat ni.
Mana ada ibu-bapa yang sanggup menyerahkan anak mereka pada orang lain. Mereka sanggup tak makan dari menyerahkan anak mereka kepada orang lain untuk di pelihara.
Alhamdulillah dalam kami tercari-cari kami dapat seorang wanita yang hamil yang ingin menumpangkan anaknya kepada kami dalam jangka waktu yang dia sendiri tak pasti berapa lama.
Dan menurut perjanjian anak itu akan saya pelihara sehingga si ibu tadi mampu berdikari sendiri dan keadaan hidupnya dah stabil semula, Pada saya dan hubby pulak tak kisahla niat kami pun cuma membantu di samping menumpang kasih, sampai masa nanti dia nak ambil semula silakan, asalkan jangan terputus hubungan sudah.
Apa yang ingin saya katakan di sini pandangan masyarakat sekeliling yang suka menghukum wakaupun dah terang-tarangan silapnya bukan si anak. Namun si anak juga yang di hina bukan itu saja kami yang memelihara ni pun sering di peril-perli.
Tak perlu keluar rumah. Yang dalam rumah, orang yang terdekat dengan kita pun kadang-kadang menyakitkan hati kita kerana memelihara anak seperti itu. Apatah lagi di luar.
Pernah sewaktu mahu mendaftarkan dia di Sekolah Agama Rakyat, hubby memberikan surat beranak kepada ustaz tujuan pendaftaran, Dengan lantang ustaz tu berkata” Bin Abdullah? Ic Encik lain? Hubby pun menyatakan “saya penjaga dia” jelas kedengaran suara-suara di belakang hubby menyebut “anak luar nikah la tu.
Sedihnya… kami yang menjaga dia tuhan jer yang tahu. Yang menyedihkan kami anak kami menjauhkan diri keluar dari klass tersebut, faham mungkin orang bercerita tentang dirinya, hubby lebih lagi la malu nyer kerana orang-orang di belakang menganggap itu anak luar nikahnya.
Sikap ustaz tu sepatutnya dia lebih arif tentang tu tak perlulah sebut benda-benda yang boleh mendatangkan syak wasangka pada orang lain tu kuat-kuat. Itukan dah di kira membuka keaibkan orang.
Namun tak semua orang bersikap seperti Ustaz tersebut, Ramai juga yang berperi kemanusian. Sewaktu mendaftar di Sekolah Kebangsaan tak timbul pun ayat sumbang seperti itu. Bila melihat surat beranak dan saya memberikan isyarat mata dan bibir bahawa saya penjaga guru tersebut terus diam tak kedengaran sebarang komen yang tidak baik pun.
Dan sekarang anak ku itu sudah balik ke ibu yang melahirkannya, saya tak pernah kesal diberi peluang membesarkannya selama 11 tahun, sekarang dia dah berumur 16 tahun, namun sekarang dia dah tak mahu bersekolah lagi, saya faham apa yang dia lalui.
Cuma selalu yang saya ingatkan dia. “tak berjaya dalam akademi tak semestinya tak berjaya dalam hidup selagi ada usaha dan kemahuan selagi itu ada kejayaan menanti kamu,Cari kelebihan dalam diri kamu, dengan kelebihan itu kamu majukan diri kamu.
Bila kamu berjaya takkan ada orang pertikaikan siapa kamu, kamu tetap ada mak, mama dan papa yang sentiasa menyokong kamu.
Setengah masyarakat kita ni masih berfikiran kolot menteliti kelas ke tiga, lagi-lagi bangsa kita sendiri bukan nak membantu menghina lagi adalah. Bila terjadi kes-kes buang bayi macam ni masing-masing menunding jari menyalahkan orang sana sini tapi bila di fikirkan balik siapa yang bersalah sebenarnya.
Ibu-bapa memberikan pendidikkan yang sempurna dunia akhirat, anak-anak menjadi mangsa arus kemodenan dan pembangunan hingga lupa lupa halal haram, Nak salahkan komodenan dan pembangunan tak boleh juga sebab ianya satu keperluan.
Terlanjur, mengandung kesal ingin pulang ke pangkal jalan, tetapi sikap kita yang selalunya memesongkan niat mereka. Akhirnya apa yang terjadi? Itulah kesannya bersalin dalam toilet takut pandangan masyarakat dan takut nak bertanggung jawab, buang…mudahkan?
No comments:
Post a Comment