Monday, 25 May 2009

Hutang

Sekarang ni every weekend aku cabut balik kampung tulun mak aku apa yang patut, biasala selagi majlis kawin adik aku belum selesai selagi tu la kami semua kebusy-busyan, Aku just nak kongsi satu citer ni jer.

Ada sorang hamba Allah ni aku rasa dia tak tau pun aku balik kampung agak nyer... sebab selalu tuh kalau balik dengan kete hubby, tapi last weekend aku balik ngan kete aku...

Kebetulan member tu datang hantar ubi kayu yang mak aku pesan,lagi satu biasala kalau dah dekat2 ni kenduri kendara ni jiran-jiran duk datang bertanya kan kerja apa nak buat. Kenduri kat kampung tak sama cam kat kl ni semua kena wat sendiri paling tak pung upah katering jer...mungkin tu salah satu sebab juga dia datang nak menolong...

Aku perasan member tu terkezut nengok muka aku, aku wat selamba jer... dia pun sama kontrol cun...kami duk sembang-sembang almaklumla lama tak jumpa. Dalam duk rancak bersembang tu member dapat call. Naik berpeluh aku dengar dia bercerita dalam phone tu, mana taknya dalam gawat-gawat ni cakap takder nyer yang rendah projek main puluh ribu jer...

Projek-projek ribu-ribu pun hutang aku setakat seribu setengah sampaila ni tak berbayar dah makan tahun rasanya...apa punya orang pun aku tak tau la manusia-manusia yang macam ni. Dia boleh duk berbual ngan aku tanpa ada rasa malu atau bersalah pun...

Kalau aku plak berhutang ngan orang selagi tak selesai selagi tu ler aku rasa ada batu berat kat bahu aku nih yang aku harus pikul tapi org leh wat dont know jer...muka punya selamba tanpa rasa bersalah pun... tak malu ker woiii!!!

Tensionnya aku...dulu bila aku tanya, dia selalu bagi alasan tak cukup duitla macam-macam lagila, la ni bila aku wat senyap member lagila senyap...aku sampai dah malas nak minta aku cuma doa jer kalau dia mampu gerakkanlah hati dia untuk bayar duit aku tuh, tapi kalau dia betul tak mampu ikhlaslah hati aku untuk halalkan jer hutang dia tuh... tapi bila dengan cara dia bercakap tu ikhlas aku ntah kemana-mana dah terbangnya...

Bagi aku dia bukan tak mampu nak bayar tapi memang jenis liat nak bayar...

Aku nak bagi peringatan la kat manusia-manusia yang suka berhutang nih... kalau dah namanya hutang tu bayarla... jangan lari-lari atau buat-buat lupa, hutang ni ko lari dalam lubang kubur pun dia tetap mengejar... takkan lupus gitu jer... kalau dah rasa-rasa susah sangat berbahasala pasang niat memang nak bayar hutang orang yang kita berhutang tuh...

Disamping tu usaha dan doa setiap kali solat tu, Ni aku nak ajar baca doa ni...

Ya Allah Ya Tuhan kau permudahkanlah rezekiku lapangkanlah dan perluaskan rezekiku serta kau berkatilah apa jua yang kau rezekikan kepadaku, janganlah kau duga aku dengan sesuatu yang diluar kemampuan aku sebagai hambamu, janganla kau duga aku dengan kesusahan sehingga aku hidup terpaksa meminta-meminta dan di kelilingi hutang, Ya Allah ya Tuhanku janganlah kau matikan aku dalam keadaan berhutang sesama manusia...permudahkanla ianya bagiku...

DOA AGAR
TUKAR TAKDIR BURUK


اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِي شَقِيًّـا ، فَـامْحُنِي وَاكْتُبْنِي سَعِيْدًا

Ya Allah, sekiranya Engkau sudah tulis (dalam loh mahfuz) bahawa aku akan menderita, maka hapuskanlah (takdir buruk itu) daripadaku dan gantikanlah agar aku bahagia.
(Doa yang diamalkan oleh Abdullah Bin Umar Bin Al-Khattab)

Doa yang kat atas tu memang yang selalu aku amalkan setiap kali aku solat dan nak tidur, minta-minta dijauhkanla ajalku di jemput selagi aku ada terikat berhutang sesama orang disekelilingku...

Doa yang kat bawah tu aku dapat dari kawan-kawan yang gi class ustaz Abdullah Yasin...itu pun elok kita amalkan...

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete